- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Thursday, May 1, 2008

My Fiance's Favorite - Spaghetti


SPAGHETTI BOLOGNESE

Bahan2
Bawang putih - dihiris halus/diketuk
Red and yellow peppers - dipotong dadu
Tomato puree
Daging cincang
Air suam (dicampur dgn kiub stok ayam/daging) / stok ayam/daging
Lada putih
Garam and gula secukup rasa
Minyak
Basi leavel or any other italian herbs - dicarik2

Caranya :
1. Panaskan minyak (api sederhana) dan gorengkan bawang putih dan peppers sampai layu.
2. Campurkan tomato puree (tomato puree tu mesti digoreng lama sikit)
3. Tambah daging cincang. goreng lagi.
4. Lepas tu, campur air stok tadi. Gaul hingga sebati.
5. Tambah garam, gula dan lada putih secukup rasa.
6. Masukkan herbs tadi.makan sama spaghetti atau pasta yang lain-lain.
7. Tabur parmesan cheese kalau ada.
Tips :
Ni ada twist sikit - kalau yang berminat dengan seafood, boleh gantikan daging cincang dengan kupang, sotong dan udang. air stok tu boleh digantikan dengan air rebusan ikan bilis. boleh jadi spaghetti seafood marinara !
Dan yang suka kick sikit, tambah cili boh and cili kering dikisar tanpa air, boleh jadi spaghetti arrabiata dan yang best sekali, sauce ni boleh disimpan dalam jar di peti sejuk dan digunakan sebagai base sauce buat pizza atau disapukan kat toast dan grill sama cheese.



SPAGHETTI HOME STYLE

Bahan-bahan :
1 kotak spaghetti (250 gm) - direbus dahulu bersama sedikit minyak masak. Ditapis dan gaul bersama sesudu butter/marjerin)
2 cawan minced beef (nak guna isi ayam pun boleh
1 tin button mushroom (asingkan dari airnya, dan di belah dua)
1/2 tin kecil tomato paste (or tomato puree)
1/2 tin kecil sos tomato
sebiji bawang besar (di cincang halus)
2 biji bawang putih (di cincang halus)
Sedikit celery (di hiris)
Serbuk oregano dan mixed herbs (ada di jual di supermarket)
Sebiji tomato (di belah empat)
4 or 5 keping cheese

Caranya :
1. Tumis bawang yg dicincang sebentar saja, dan masukkan minced beef tadi. Kalau suka banyak daging, boleh lebihkan sedikit.
2. Kacau hingga air daging kering.
3. Masukkan sos tomato, tomato puree, oregano dan mixed herbs dan sedikit air. Jangan terlalu cair.
4. Setelah memdidih, masukkan mushroom, tomato dan sedikit garam, kacau sebentar dan padam api.
5. Masukkan cheese dan celery, gaul hingga sebati.
6. Bolehlah di makan bersama dengan spaghetti yg dah di rebus dahulu.
Spaghetti direbus dengan air yg mendidih hingga kembang (jgn terlalu kembang tak sedap)





SPAGHETTI ALA SINGAPORE

Bahan-bahan :
1 bungkus spaghetti

A (Bahan kisar)
2 sudu besar cili kering - kalau nak pedas blh taruk lebih
1 sudu teh bawang putih
3 sudu besar bawang merah
1 tin cendawan butang - slice it
$2 daging kisar - kalau banyak sangat blh dikurangkan
$1 or 5 biji buah tomato (dipotong dadu)
3 sudu besar
Maggi tomato sauce
2 sudu besar minyak utk menumis
1 sudu teh garam - tambah jika perlu
Cara-caranya :
1. Rebus dulu mee spaghetti hingga lembut (taruk sedikit minyak bila merebus mee biar tak melekat).
2. Mula-mula panaskan minyak.
3. Masukkan cili kering, tumis hingga garing baru masukkan bawang2.
4. Agak2 dah naik baunya, masukkan daging.
5. Daging dah empuk, masukkan cendawan, buah tomato, tomato sauce dan garam.
6. Dah mendidih, blh matikanlah apinya. Hidangkan.




SPAGHETTI DAGING – CITARASA MELAYU

Bahan2:
Bawang puteh (lebih takpe) – dicincang
1 labu bawang besar (Bombay) – dipotong dadu
5 biji tomato (pilih yang keras sikit) – dipotong dadu
1 tiub daging cincang Ramly
1 tin besar tomato puree
1 peket black pepper mix knorr/Maggie
1 tin cendawan Alishan
1 peket spaghetti

Cara2:
1. Spaghetti direbus dan dittos.
2. Tumis bawang putih. Bila dah kuning, masukkan bawang besar. Bila layu, masukkan tomato dadu.
3. Agak2 layu, masukkan daging. Biarkan sampai daging kecut.
4. Masukkan cendawan dengan tomato puree. Bubuh air dari cendawan tadi dan sikit air masak kosong. Biar merenih.
5. Bancuh black pepper mix. Masukkan. Tambah air ikut kesesuaian. Biar merenih sampai betul2 masak.
6. Rasa ikut suka. Kalau suka garam, tambah garam. Kalau tak suka masam sangat, tambah gula.





SPAGHETTI GORENG PEDAS

Bahan-Bahan:
1 paket spagetti
1 cawan daging cincang
1 mangkuk cendawan butang - dipotong 4
2 biji tomato - dipotong dadu
4 ulas bawang putih - di cincang
2 labu bawang besar dipotong dadu
3 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil tomato puri
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
1 botol besar sos spagetti (original)
daun aregano
daun bawang - hiriskan

Cara:
1.Rebuskan spagetti + sikit garam sehingga lembut. Toskan dan gaulkan dgn sikit minyak.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar & putih dalam kuali hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, tomato puri dan goreng hingga cili masak.
4. Masukkan daging kisar, cendawan butang, tomato. Gaulkan rata.
5. Masukkan lada hitam & garam dan gaul rata. Biar atas api perlahan selama 2 minit.
6. Masukkan serbuk aregano & hirisan daun bawang dan angkat untuk dihidangkan.



SEAFOOD SPAGHETTI

Bahan
500 gm spaghetti
500 gm udang
300 gm sotong sederhana
10 keping crap stik [potong kecil]
3 s/b minyak 1 labu bawang besar [cincang kasar]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan cili sos
1 s/k oregano
1/4 cawan daun pasley [cincang]
1 biji kecil cili capsikum hijau [potong dadu]
1 biji carrot kecil [potong dadu]
500 gm tomato cincang
1/2 cawan air
1 s/b lada hitam
1 s/k gula garam
Cara
1. Rebuskan spagheti dengan sedikit garam sehingga lembut dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak.
2. Bersihkan udang dan sotong. Basuh dan toskan.
3. Panaskan minyakdan masukkan bawang besar dan bawang putih. Masak sehingga layu.
4. Masukkan tomato sos, cili sos, tomato cincang, cili kapsicum, lada hitam, air, gula dan garam. Kacau dan biarkan mendideh.
5. Masukkan udang, sotong dan crab stik dan kacau rata. [Masakkan sekejap saja untuk mengelakkan udang dan sotong liat.]
6. Masukkan daun pasrley dan oregano. Kacau rata dan tutup api. Hidangkan.


SPAGETTI BOLOGNESE
bahan-bahan
1 paket spagetti
400 gm daging cincang halus [mince meat]
1 tin cendawan butang [potong 2]
1 biji carrot [potong dadu]
2 biji putik jagung [potong kecil]
2 biji tomato [potong dadu]
4 s/b cili mesin
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 s/b lada hitam
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan air
minyak
garam
aregano
daun sup [cincang halus]

Cara:
1. Panaskan air dan garam. Bila mendideh masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan.
2. Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
4. Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
5. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
6. Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
7. Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi.
8. Angkat dan tuangkan atas spagetti yg di dalam pinggan.
9. Taburkan aregano dan hirisan daun sup.


Notes :
My fiance LOVES pasta very much especially spaghetti.Whenever we eat out especially at , he'll order spaghetti.He always asks me to learn how to cook spaghetti & now i've found a lot of ways to cook spaghetti.I'm sure he'll love all these recipes apart of the vege.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).