- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, May 20, 2008

Pasar Malam

Today i went to 'pasar mlm' or night market in front of my office.Since my gum still ache,i decided not to buy many food as i know i can't finished them all by myself.If only my fiance is here,surely he'll buy all kind of food.
I bought our favorite mini 'kuih' cucur meneram, 'keropok lekor' & few of others soft 'kuih'.



CUCUR PENDARAM

Bahan-Bahan:
600 gm tepung beras
600 gm gula merah
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Masak gula dengan air hingga pekat (anggaran satu mangkuk) dan tapis.
2. Bila air gula masih panas, tuangkan ke dalam tepung dan gaul sebati.
3. Simpan adunan kira-kira sejam. Ambil sedikit-sedikit dan bentukkan bulat-bulat seperti roda. 4. Setelah itu, goreng di dalam kuali minyak panas sehingga nampak kekuningan.



APAM MEKAR

Bahan
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate
pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

NOTA:
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..

APAM SALJU TUKAZ

Bahan A
1 mug tepung beras ] ayakkan
1 mug tepung gandum ]
1 1/2 mug gula
1/2 s/kecil yis mauripan

Bahan B
1 mug nasi
1 1/2 mug air
pewarna..merah.. hijau..kuning
kelapa parut [muda] ]
garam ] gaulkan

Cara
1. Gaulkan bahan A sama rata.
2. Mesinkan bahan B sehingga halus dan gaulkan bersama bahan A.
3. Bahagikan adunan pada 3 mangkuk.
4. Masukkan satu warna dalm setiap mangkuk.
5. Peramkan sehingga 3 atau 4 jam
6. Panaskan kukusan sehingga air mendideh.
7. Tuangkan adunan sehingga penuh acuan/mangkuk yg digunakan.
8. Kukus selama 10 - 12 minit.
9. Bila telah masak sejukkan.
10 Keluarkan kueh dan hidangkan bersama kelapa parut yg telah digaulkan dengan kelapa.


PUTERI AYU

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )
• 5 biji telur (saiz kecil)
• 250gm tepung gandum
• 300gm gula
• 2 camca teh ovallate
• 1 camca teh baking powder
• 250ml santan
• Pewarna hijau
• 2 camca teh paste pandan
• Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Cara-cara
1. Panaskan kukusan.
2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. 5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).