- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, May 25, 2008

Lazy Day - Nasi Goreng

Here i am,all alone.Too lazy to do anything.I woke up quite late as i slept very late last night,watching midnight movie,alone.Oh i wish he was here.Too lazy to walk to the market.Nothing in the freeze,only a bunch of 'kangkung', fish ball & a piece of chicken (very small).I'm feeling hungry but too lazy to cook.Oh,i lost my stamina,i lost my spirit.
After moping the floor, cleaning & sweeping the house,my stomach began to 'sing'.Erm,thinking what too cook with a very limited sources,i decided to cook 'nasi goreng' or fried rice for brunch & dinner....hahaha...what a lazy girl.....

NASI GORENG IKAN MASIN

Bahan-Bahan:
2 mangkuk nasi putih
1 keping ikan tenggiri masin [ gorengkan dan pecah2kan]
2 biji telur
6 pokok kangkung [potong kecil]
1 s/b sos nampla [sos ikan]
1 pokok daun bawang [racikkan]
minyak

bahan tumbuk
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
sedikit belacan
sediki ikan bilis
garam

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau.
2. Masukkan nasi, kangkong dan sos nampla. Gaulkan rata.
3. Masukkan telur dan biarkan agak masak sikit baru di kacau hancur. Gaulkan rata.
4. Taburkan ikan masin dan gaulkan rata.
5. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
6. Taburkan daun bawang dan hidangkan bersama keropok keping.


NASI GORENG USA

Bahan-Bahan:
4 pinggan nasi putih
4 ulas bawang merah [cincang]
2 ulas bawang putih [cincang]
1 biji cili capsicum merah
1 biji telur ayam (digoreng hancur)
1 mangkuk kecil daging ayam [dipotong nipis dan kecil]
1/2 cawan mix-vege
1 sudu kecil lada hitam [ditumbuk lumat]
Garam
majerin

bahan hiasan
telur mata kerbau
salad coleslow
daun sup
tomato buah

Cara:
1. Panaskan majerin, kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dicincang beserta lada hitam.
2. Tumis hingga naik baunya.
3. Masukkan daging ayam dan biarkan seketika sehingga daging tersebut masak
4. Kemudian masukkan mix-vege dab telur hancur tadi.
5. Kacau hingga semuanya sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa.
6. Kemudian masukkan nasi dan gaulkan hingga sebati.
7. Angkat dan masukkan dalam pinggan hidangan dan hiaskan saperti dalam gambar.


NASI GORENG USA

Bahan:
2-3 camb minyak
1 labu bawang besar (yg sedang), dicincang halus
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1 camt pes cili
3 camb sos cili
4 camb sos tomato
1 camb stok pekat ayam/kiub
1 biji cili Benggala hijau (kecil), dikiub
80 g sayuran campur
4-5 camb air (utk merenjis)
450-500 g nasi (yg sudah sejuk)
1-2 camt serbuk lada sulah
garam secukupnya

Bahan Hiasan
minyak utk menggoreng
3 biji telur
daun parsli/daun sup/daun bawang

Bahan Lauk
300 g daging batang pinang/sirloin steak
1 camt serbuk (kasar) lada hitam/coarse black pepper
2 camb sos barbeku
2 camb mentega
2 camb minyak

Bahan Sos(atau gunakan 'Black Pepper Sauce' di dalam botol)
3 camb mentega
3 camb tepung gandum
200 ml air panas
300 ml susu segar/UHT
1 kiub stok daging
1/2 -1 camb kicap hitam
2 camt puri tomato
1 camb serbuk (kasar) lada hitam
sedikit garam

Untuk lauk:
Perap daging dengan sos barbeku selama 4 jam. Panaskan mentega dan minyak, perangkan seluruh daging di atas api sederhana. Ubah ke dalam ketuhar 200 C dan bakar selama 15-20 min atau hingga masak. Biar sejuk sebelum dihiris nipis.
Untuk sos:
Cairkan mentega atas api perlahan, masukkan tepung dan kacau 2 min. Masukkan semua bahan lain dan kacau tanpa henti hingga pekat.

Untuk nasi goreng:
Panaskan minyak, masukkan bawang besar dan bawang putih. Bila sudah wangi, masukkan pes cili dan kacau 1 min. Bubuh pula sos cili, sos tomato, stok ayam, cili Benggala dan sayuran campur. Renjiskan sedikit air supaya ia tidak terlalu kering. Bila sayuran empuk, masukkan nasi dan kacau rata. Tambah serbuk lada sulah dan garam secukupnya sebelum diangkat. Padatkan nasi ke dalam mangkuk kecil kemudian terbalikkan di atas pinggan. Letak hirisan stik di sebelah, curahkan sedikit sos.

Bahan Hiasan:
Panaskan sedikit minyak, goreng telur "mata kerbau" dan letak di atas nasi goreng. Hias dengan hirisan daun (pilihan ikut suka).

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).