500g mee kuning
500g tauge (dibuang akarnya)
Bahan kuahnya:
500g ubi keledek(direbus dan dikisar halus)
250g tetel lembu (dicuci bersih dan direbus hingga lembut)
sedikit minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa secukupnya
Bahan kisar:
3 sudu makan tauco (cuci sedikit jika tidak mahu terlalu masin)
4 sudu makan rempah kari daging
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 ibu jari lengkuas
2 ibu jari halia
2 batang serai
1 sudu besar udang geragau kering (disangar)
Bahan taburan :
telur rebus, tahu goreng, limau kasturi, hirisan cili hijau, hirisan daun sop/bawang dan bawang goreng.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Bila sudah berbau wangi, masukkan air rebusan dan tetel lembu. Kemudian masukkan keledek , garam dan serbuk perasa. Jika hendak manis, masukkan sedikit gula. Lebih enak kalau menggunakan gula tanjung. Bila sudah mendidih, matikan api.
Celur mee dan tauge, lalu toskan. Bila hendak menghidang, masukkan mee dan tauge kedalam mangkuk. Tuangkan kuahnya dan taburkan dengan bahan2 taburan. Hidangan ini elok dimakan semasa panas.
600 gm. mi kuning, dicelur
200 gm. taugeh, dibuang ekor & dicelur
Bahan kuahnya:
1 1/2 liter air rebusan udang
10 tangkai cili kering - direndam dan dimesin halus
20 ulas bawang merah- dimesin halus
200 gm. ubi keledek merah- dibuang kulit, direbus dan dimesin
garam secukup rasa
3 sudu besar sos tomato
Air asam jawa (ikut masam)
Bahan cucur udang:
100 gm. tepung gandum
1/2 sudu teh bicarbonate
Air kepala udang yang telah dimesin
Garam & minyak secukup rasa
Cara membuat cucurnya:
Gaul semua bahan. Bancuhan harus sederhana cair. Goreng di dalam minyak yang panas. Angkat dan toskan. Potong bentuk dadu besar.
Bahan hiasan:
3-4 biji telur rebus - dipotong berbaji
2 biji ubi kentang - direbus, dikuliti dan dipotong dadu besar
4 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu besar
4 ekor sotong kering - direndam, direbus dan dihiris
4 biji lada merah - dihiris
2 pokok daun bawang - dipotong 1/4 inci panjang
1 pokok daun salad - dihiris
3-4 biji limau kasturi - di belah dua
Sedikit kacang tumbuk
Bawang goreng
Cara membuatnya:
1. Sediakan bahan hiasan sebelum memasak mi dan kuahnya
2. Masukkan air rebusan udang ,ubi keledek, sos tomato, cili mesin , air asam jawa dan garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih perlahan-lahan sehingga agak pekat.
3. Jerangkan air dalam periuk dan celur diikuti dengan taugeh. Tos danketepikan
4. Untuk menghidang, letakkan sedikit mi dan taugeh ke dalam pinggan. Bubuh bahan
Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
300 gm tauge
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng
Sediit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula
Air secukupnya
2 kg keledek (direbus & dikisar)
2 sudu besar cili kisar
230 gm udang kering
200 gm serbuk kari daging
2 biji kentang (direbus & dipotong nipis)
8 ulas bawang putih (dikisar A)
3 batang serai (dikisar A)
Sedikit halia (dikisar A)
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan dikisar (A) & cili kisar hingga garing. Masukkan udang kering & serbuk kari. Masak selama 2 minit. Kemudian, masukkan keledek & kentang. Tambahkan air mengikut kepekatan yang diinginkan. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih. Angkat dan hidangkan.
Masukkan mee ke dalam mangkuk. Bubuhkan serba sedikit tauge, tauhu goreng, cili merah, daun bawang, telur rebus & limau nipis. Tuangkan kuah panas hingga penuh & taburkan bawang goreng..
Here i jot down a different type of mee rebus recipe.Some call it mee kuah,but actually this is mee rebus recipe at my hometown,kt.My mom always make this kind of mee rebus for us.The more black papper u put,the more 'kick' the taste.All this time,this is mee rebus that i know but since i came to kl,i was a little shock to see other type of mee rebus.To my surprise,it is more like mee kari or mee jawa.But i always adore my mum's mee rebus recipe.It's not too oily,lots of veggie & not too fussy to make as it needs very simple ingrediants.
Bahan2:
5 cawan air rebusan tulang ayam / just plain water
udang, daging, isi ayam
3 ulas bawang putih diketuk
Halia diketuk
1 sudu kecil lada hitam- tumbuk
sawi
taugeh
bawang goreng
sedikit minyak untuk menumis
garam
gula
ajinomoto / bhn perisa
sos tomato- jika suka
sos cili- jika suka
kicap cabai ( kicap manis + cabai dipotong halus + sedikit cuka)
limau nipis
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih & halia sehingga naik bau
2. Masukkan isi ayam, daging atau udang. Kacau balik sekejap dalam 1-2 minit. Masukkan air rebusan
3. Masukkan pula lada hitam yang telah ditumbuk halus
4. Masak sehingga mendidih dan daging empuk.
7. Masukkan mee ke dalam kuah & kacau seketika. Jgn terlalu lama utk elak mee kembang.
9. Kalau nak lagi sedap bolehlah dimasukkan sos tomato, sos cili, kicap cabai dan perahan air limau nipis.
No comments:
Post a Comment