& today they ask him to cook 'mee bakso',something that he haven't cook or eat in his life.So,to save his grace,he asked me to look for the recipe.So,here are some of the recipes i found & i put it here for my future reference.....
Bahan
500 gm tulang lembu
200 gm lemak muda atau tetal
300 gm daging [kisar]
5 s/b tepung jagung
2 kiub pati daging
1 bungkus rempah sup bunjut
sos cili kicap
daun sup & daun bawang [hiris]
hirisan kobis
500 gm mee kubing [celurkan]
air secukup
garam
10 ulas bawang merah [mayang nipis]
Minyak
Bahan tumbuk
1 s/b lada hitam[kisar]
5 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm lengkuas
Cara
1. Bersihkan tetel/lemak muda dan tulang lembu dan rebuskan bersama bahan tumbuk dan rempah sup bunjut sehingga lembut.
2. Panaskan minyak dan gorengkan bawang untuk buat bawang goreng.
3. Masukkan bawang goreng kedalam periuk sup dan renehkan sehingga lembut.
4. Daging kisar tadi di gaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam dan bulat2kan. Sekiranya lembek bolehlah tambahkan tapung jagung.
5. Bila kuah tulang telah mendideh masukkan bebola daging dan rebuskan sehingga masak.
6. Untuk menghidangkan, ambil mee kuning dan daun sup & daun bawang, hirisan daun kobis dan sos cili kicap. Tuangkan sup dan bebola daging atas mee.
BAKSO
Bahan-bahan:
2 ulas bawang besar (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (ketuk)
sedikit pepper n garam secukup rasa
air
(stok ayam or stok daging)
daun sup/bawang
Mee kuning
tauge
bunga kobis (rebus seketika)
jagung muda (baby corn)- rebus
lobak merah (optional)- rebus
Bebola daging (dah siap in paket) - boleh beli @ any supermarket
OR
isi ayam
bwg putih
lada sulah
tepung jagung
garam&gula
putih telur
(isi ayam di blend bersama bwg putih,smpai hancur,gaul isi ayam yg diblend td dengan lada sulah,garam,gula,tpung jagung
akhir sekali masukkan telur putih.) - buat mcm bebola ayam ..bulat2 kan..masukkan dalam sup yg mendidih..bila dah terapung di angkat dan ketepikan.
Cara- cara buat sup:
Panas minyak..masukan kesemua bahan kisar n halia hingga naik bau..kalau anda suka bole gunakan rebusan tulang ayam atau pun rebusan daging..OR (stock ayam/daging) setelah mendidih masukkan lada sulah,garam secukup rasa..bila dah masak..matikan api dah boleh dihidangkan bersama mi kuning,taugek,sayur-sayuran dan juga bebola daging atau ayam..
Bahan Bakso:
1 kg daging cincang
250 gm tepung ubi
180ml air
2 biji telor garam & gula (ikut rasa)
5 ulas bawang putih (dihaluskan)
1 sudu teh serbuk lada putih (merica) air untuk merebus
Cara:
Kesemua bahan di atas dicampurkan. Uli sehingga bahan tadi tidak
melekat. Setelah sebati kesemuanya, ambil sedikit adunan daging cincang
tadi dan kepalkan ditangan, keluarkan melaluicelah ibu jari dan jadri
telunjuk (jadi bulat). Didih air di dalam periuk dan masukkan bakso yang telah
dibulatkan. Masak sehingga bakso timbul (macam rebus buah melaka).
Setelah bakso timbul. angkat dan toskan.
* Kuahnya sama macam kuah mee sop cuma ia menggunakan stok daging.
Boleh gunakan daging atau tulang daging untuk dapatkan stok daging tersebut.
Kalau nak senang, gunakan saja stok daging segera. Jangan lupa letakkan
beberapa daun salam dan sehelai dauh limau purut untuk mendapatkan
aromanya. Setelah kuah hampir mendidih, masukkan bakso tadi.
Bahan untuk hiasan bakso:
(jika suka): bawang goreng, daun sop dan daunbawang, mayangkan sayur
kobis, taugeh, sos cili/tomato, cili api tumbuk dan juga kicap.
Bahan2:
mee kuning
telur direbus
Bahan Untuk Sup:
bawang putih(cincang halus@kisar)
lada putih
daun sup&daun bawang
Bahan Untuk Bakso:
isi ayam
bwg putih
lada sulah
tepung jagung
garam&gula
putih telur
Cara membuatnya:
isi ayam di blend bersama bwg putih,smpai hancur,gaul isi ayam yg diblend td dengan lada sulah,garam,gula,tpung jagung
akhir sekali masukkan telur putih.
sementara itu didihkan tulang ayam,bwg putih,bila mendidih,msuk lada sulah,garam,gula.tabur daun sup n bawang.
bulat2kan isi ayam,msukkan dalam sup yg mendidih,msakla hingga bebola2 ayam td terapung@masak sempuna.
hidang dgn mee kuning n telur rebus
No comments:
Post a Comment