- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, June 27, 2009

Ayam Masak Kunyit Halia



Ari tu duk terbaca info dlm blog kak liza ttg cooking demo kt WHI TV3 pd 24hb. Selama duk tengok gambar kak liza jer, so nk la gak tengok beliau secara live tp apa kan daya masa tayangan program tu aku sibuk kt opis. TV ada tp tak sempat nk tengok pn. Ntah mcm mn, esoknya, lbih kurang pkul 5am aku bukak la tv sambil gosok baju hubby. Awainya bangun...hehehe...kebetulan jer tu sbb ari rabu tu hubby blik & awal2 pagi khamis dia kna bgegas semula ke banting. So tpaksa la bangun awal siapkn apa yg patut. Smbil tunggu dia siap mndi, aku gosok baju dulu sambil tengok tv. Kbetulan on that time ada siaran ulangan WHI & rupa2nya siaran ulangan tu adalah siaran utk sehari sblomnya (siaran sebenar ari rabu). Mmg aku tak duga langsung & tak dirancang. So dpt la ku tengok cooking demo tu & dpt la tengok kak liza wp program tu dh lepas. Kira live la gak kan.
Dh tengok demo tu, terberkenan la kt resepi ayam masak kunyit halia tu. Nmpak sempoi sgt. Hubby pn ckp cuba2 la, lgpn baik utk kesihatan sbb guna kunyit hidup & lada hitam. Masakan tu sesuai utk org lps bsalin @ bpantang, tp org yg tak bsalin pn bleh gak mkn kan. Harus gitu...
Ptg rabu tu beli ayam. Balancenya msih ada kt dlm freeze. Ayam ni kan kadang2 buntu gak nk masak apa. Asyik2 yg sama jer. So dh tengok masakan kak liza tu, harus dicuba. Kebetulan kunyit hidup byk kt umah. Ni seme stok masa blik kg ari tu. My mom mmg mcm tu, bila aku blik kg jer, seme benda dia nk bekalkn kt aku especially brg2 basah spt kunyit hidup, lengkuas & halia sbb seme tu byk kt kg. Lada hitam dh mmg sedia ada kt umah. Lada hitam ni kna slalu ada stok sbb aku suka sgt masak sayur tumis air & salah satu bhn utamanya lada hitam, klau tak ada mmg tak sah, cili hidup ke, cili api ke mmg tak bleh ganti lada hitam ni. So since seme bhn utama dh ada, ayuh kita memasak....


Ayam Masak Kunyit Halia
Sumber : Kak Liza

Bahan-bahan
Isi ayam - dihiris nipis
Lada hitam - ditumbuk halus
Kunyit hidup - ditumbuk halus
Garam
Bawang putih - dimayang
Halia - dimayang
Bawang besar - dimayang
Minyak utk menumis
Kacang buncis
Cili merah - dipotong memanjang
Daun bawang
Sedikit air
Sos tiram - org berpantang tak payah letak sos ni, nnti alergik

Cara-cara
1. Perapkan sebentar isi ayam bersama kunyit, lada hitam & garam.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, halia & bawang besar hingga layu.
3. Masukkan isi ayam yg telah diperah td. Kacau.
4. Masukkan sos tiram & kacau lagi. Masukkan cili merah, kacang buncis & daun bawang.
5. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering. Biarkan masak seketika, siap.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).