- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, June 5, 2009

Tepung Pasung @ Serunai



Org trganu panggil tepung pasung, org klantan panggil kuih serunai @ suna@ sunai. Tak tau la nape org panggil tepung pasung. Yg serunai tu mungkin sbb btk dia mcm serunai kot. Kuih ni mmg diletakkan dlm daun pisang yg berbtk kon. Sedap kuih ni tp lg sedap klau part yg atas tu, warna putih lg byk dr part bawah yg warna coklat sbb warna putih tu bsantan, lemak rasanya manakala yg warna coklat tu manis disebabkan oleh nnisang (gula melaka).
As far as i can remember, my mom tak prnh buat kuih ni tp dia slalu beli kt pasar. So i've no idea apa bhn & cara membuatnya dgn tepat. Ni pn nsib baik jupe resepi dlm internet, bleh la cuba buat sndiri. My mom msti 'takjub' bila tau saya buat kuih ni sbb dia pn tak prnh ajar saya. See mom, saya xde la teruk sgt bab2 masak ni.


Tepung Serunai
oleh:
Delila

Bahan-bahan ( 20 biji )

BAHAGIAN BAWAH
300 g gula merah
1 biji telur
200 g tepung beras
100 g tepung sagu
2 cawan santan pekat

BAHAGIAN ATAS
500 g tepung beras
2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam

Daun pisang secukupnya (layur dahulu)
Bilah lidi yang ditajamkan (1 inci setiap satu)

Cara-cara
1. Potong bulat 9 inci daun pisang.Kemudian potong daun yang telah bulat itu kepada dua (semi sfera).Gulung dari kiri ke kanan membentul seperti kon.Sematkan dengan lidi.
2. Sementara itu sediakan kukusan.Setelah mendidih letakkan kelongsong daun pisang di dalam celah lubang pengukus.
3. Dalam mangkuk besar campurkan kesemua BAHAN BAWAH. Adun hingga sebati.
4. Dalam mangkuk besar lain adunkan BAHAGIAN ATAS hingga sebati.
5. Sendukkan bahagian bawah dan masukkan ke dalam kelongsong daun pisang.Isi separuh kelongsong dan kukus hingga 3/4 masak.
6. Kemudian sendukkan pula bahagian atas dan kukus hingga masak.Siap untuk hidangan.




Tepung Pasung
Sumber: Majalah Wanita Disember 1999 (Keluaran Khas)

Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung beras
3 keping manisan (gula) melaka
8 gelas air
1 biji kelapa
Sedikit air kapur sirih
Sedikit garam
2 pelepah daun pisang (untuk dibuat kelongsong)

Cara:
Gula melaka dimasak dengan tiga gelas air sehingga hancur. Satu bungkus tepung beras dibancuh dengan lima gelas air. Kemudian masukkan sedikit air kapur. Tuangkan manisan kedalam bancuhan tepung, kacau hingga sebati dan masukkan sedikit garam. Daun pisang dibuat kelongsong dan didirikan tegak. Masukkan adunan bersama manisan. Anggaran 3/4 penuh kelongsong tersebut. Kemudian kukus sehingga masak. Apabila masak, masukkan lapisan yang putih diatas kelongsong supaya penuh dan kukus sehingga masak.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).