- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, June 14, 2009

Puli Ubi Kayu

Kuih puli ubi kayu merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat menggunakan ubi kayu yang disagat dan dibungkus di dalam daun pisang sebelum direbus/kukus. Ia kemudiannya dimakan bersama kuah manis yang dibuat daripada nisan atau gula kabung.

Ni kuih feveret saya; puli ubi kayu. Tak tau la cmner dpt nama tu, lupa nk tnya my mom. Kuih ni ala2 versi kuih lopes la, cuma tukar pulut dgn ubi kayu jer. Dulu2 masa duk kg, mak saya slalu buat kuih ni. Bhn utamanya ubi kayu. Our family xde problem nk dptkn stok ubi kayu coz' my mom tanam sndiri ubi kayu ni kt depan umah. My mom ni sejak dr muda suka bcucuk tanam. Mcm2 pokok dia tanam keliling umah & tangan dia btul2 mjadi. Bak kata, apa saje yg dia tanam, msti mdtgkn hasil.
My mom ni mmg jenis yg tak bleh duduk diam. Pg2 sblom dia gi keje, sempat lg dia siram tanaman dia supaya tak layu dipanah sinaran mentari. Klau hari minggu, dia cbuk duk mbaja. Dulu masa kitaorg msih kecil, my parents tanam padi sndiri. Lps abis musim menuai, bendang tu ditanam dgn ubi keledek. Msuk jer musim tengkujuh, ramai2 la kitaorg cabut ubi keledek tu. Bukan utk dijual pn, utk mkn sndiri jer. Maklum la adik beradik ramai, bila musim tengkujuh, mulut tu asyik nk kna suap jer. Mcm tu juga dgn ubi kayu. Bila musim tengkujuh, ubi2 tu jd menu utama apatah lg klau ubi tlalu byk bila ubi kna cabut sbb takut ditenggelami air bah.
My mom ni reka2 mcm2 kuih dgn ubi kayu ni instead of rebus mcm tu jer. Pengat ubi kayu la, puli ubi la, bingka la, buat gadung la, mcm2 la. But i like pengat & puli the best bcoz' dua2 manis. Klau mkn puli, saya suka mkn dgn kuah manisan yg byk. Org trganu panggil kuah nissang. Ditabur pula dgn beras goreng. Manis, lemak & wangi.


PULI UBI KAYU
oleh:
missayu

Bahan-bahan:
* Ubi kayu
* Garam
* Kelapa muda
* Gula nisan
* Beras pulut
* Air

Cara-cara
1. Parut ubi kayu dan perah airnya sehingga tidak ada air ubi kayu. Kemudian masukan air dan sedikit garam dan gaul rata.masukan dalam loyang dan tekan untuk padatkan ubi dalam loyang kemudian kukus(nak tahu masak caranya sama mcm kek, masukan lidi).
2. Masak gula nisan (jangan tlalu pekat ) dan parut kelapa muda ambil putihnya sahaja dan masukan sedikit garam. Goreng beras pulut sehingga kekuningan.
3. Setelah semuanya masak dan siap. Potong ubi kayu kecil² dan gaul dalam kelapa muda dan taborkan bers pulut tadi di atas. Kemudian curahkan gula nisan di atas..sedia di makan..




PULI UBI KAYU
Sumber :
villaqaseh
Gambar : ummabdrahmaan

Bahan-Bahan :
1 kilo Ubi Kayu
1 biji Kelapa
5 keping Gula Kabung
½ kilo Gula Pasir
2 helai Daun Pandan
Sedikit Daun Pisang
Sedikit tali untuk mengikat
Segenggam Beras / digoreng sehingga garing

Cara-Cara :
1. Ubi Kayu disagat, perah dan buang airnya.
2. Kemudian dibungkus dengan menggunakan daun pisang.
3. Setelah dibungkus Ubi Kayu tadi diikat kemudian direbus sehingga masak.
4. Kelapa diparut dan dimasukkan sedikit Garam.

Cara-cara membuat Air Gula :
Gula Kabung dan Gula Pasir dimasak hingga pekat. Masukkan Daun Pandan dan biar seketika. Lopes yang telah dimasak tadi digaul bersama Kelapa Parut, taburkan Beras Goreng kemudian hidangkan bersama Air Gula.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).