- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, June 15, 2009

Hasidah/Khasidah/Qasidah


"Kuih hasidah merupakan sejenis kuih tradisi yang lemak dan manis. Ia dihasilkan dengan menggunakan campuran tepung dan minyak sapi dan gula.
Pada kebiasaannya kuih hasidah akan dicanai bulat dan diletakkan di atas talam, sebelum bunganya dicekit, dengan menggunakan pengepit membentuk seperti sekuntum bunga mawar. Selepas itu, bawang goreng akan ditabur pada bahagian atasnya."

Masa kecik2 dulu tak tau nama kuih ni tp mak slalu beli. So dulu saya mmg suka la kuih ni. Yg mbuatkn saya jatuh kt kuih ni adalah sbb btk dia mcm bunga. Tiap kali my mom gi pasar kedai payang, msti suruh mak beli kuih ni. Since saya tak tau nama kuih ni, saya ckp nk kuih bunga bawang warna kuning. Instantly my mom faham sbb rasanya kuih ni jer yg berbtk bunga & ditaruk bawang goreng atasnya. Beli singgit, saya sorang jer mkn. Masa tu singgit murah, bleh dpt 5 ketul.


Hasidah
Sumber : sajionline

BAHAN-BAHAN:
600 gm tepung gandum
500 gm gula
750 ml santan
4 biji telur
2 helai daun pandan
10 ulas bawang merah (hiris)
Sedikit minyak sapi

CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan tepung gandum, santan, telur, gula dan tapiskan.
2. Kacau adunan di atas api sederhana hingga kental dan berkilat.
3. Angkat dan tuangkan adunan ke dalam dulang, lapikkan daun pisang. Biarkan sejuk.Bentukkan seperti bunga ros.
4.Goreng bawang merah yang telah dihiris dengan minyak. Kemudian taburkan di atas kuih tadi.




Kuih Hasidah
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_hasidah"
Gambar : BeachBoys

Bahan-bahan
300gm tepung gandum
2 helai daun pandan
2½ - 3 cawan santan dari satu biji kelapa
1½ cawan gula, atau secukup manis yang diperlukan
5 biji telur ayam, dipukul
4 sudu besar minyak sapi
secubit garam
sedikit pewarna kuning

Untuk hiasan
10 biji bawang merah,dihiris nipis dan gaul sedikit garam, kemudian digoreng hingga kuning.

Cara penyediaan
1. Tepung disangai hingga ia berbau wangi dan kekuningan. Ketepikan dan biarkan ia sejuk sebentar. Kemudian tepung dicampurkan bersama santan, telur, daun pandan, secubit garam dan pewarna kuning, jika suka.
2. Kacau atas api kecil hingga pekat. Barulah dimasukkan gula. Kacau lagi hingga gula sebati dan kering, baru dimasukkan minyak sapi. Kacau lagi hingga keluar minyak.
3. Proses mengacau kira-kira 1½ - 2 jam. Bila telah menjadi seketul adunan yang lembut, bolehlah diangkat. Terapkan dengan acuan bentuk bunga teratai dan taburkan bawang goreng diatasnya. Boleh juga digentel bulat-bulat dan disepit menggunakan penyepit kuih bagi membentuk seperti bunga.




Qasidah
Sumber :
amal5041

Bahan2nya:
11/2 cwn tepung gandum
1/2 cawan gula (ini elok2 je manisnya)
2 cwn air (boleh tambah lagi ikut kepekatan)
sedikit pewarna kuning

Bahan atas qasidah
Minyak sapi, bawang merah (hiris halus) bijan dan kismis

Caranya:
Semua bahan digaul sebati dlm periuk dan dikacau2 tanpa henti..hingga nampak pekat, licin dan berkilat..kalau masih berketul2 boleh tambah air sikit2 sampai dapat tekstur spt diatas, tutup api..masukkan dlm loyang. Panas kuali..masukkan bawang..goreng hingga garing sikit..masukkan bijan dan kismis..terus tabur atas qasidah.




KUIH HASIDAH (HIJAU)
Sumber :
nonie
Gambar : Kak Madiha

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
5 biji telur ayam
5 - 7 helai daun pandan (dikisar, ambil patinya)
5 cawan santan (siap campur pati pandan)
secubit garam
2 cawan gula
4 sudu minyak sapi

10 biji bawang merah (jadikan bawang goreng)

Cara :-
Tepung gandum disangai tanpa minyak sehingga kekuningan. Sejukkan. Kemudian campurkan santan, telur dan secubit garam dan kacau rata-rata. Masukkan dalam kuali dan kacau atas api perlahan hingga kental. Masukkan gula. Kacau lagi hingga air gulanya kering. Kemudian masukkan minyak sapi dan kacau lagi hingga betul-betul kental dan keluar minyak. Proses memasak adalah selama 1 1/2 - 2 jam. Kemudian bolehlah dipadamkan api dan dikeluarkan dari kuali. Boleh diratakan dalam loyang dan garis-gariskan dengan garpu. Taburkan bawang goreng ketika menghidang.

Nota :
Asalnya kuih ini berwarna kekuningan dan menggunakan daun pandan yang disiat-siat sahaja. Tetapi untuk lebih aroma, saya suka menggunakan pati pandan. Ada orang menggantikan santan dengan susu cair dan melebihkan kandungan telur dan mengurangkan kuantiti tepung gandum.. Terpulang kepada selera masing-masing..

Kalau tak ada atau tidak suka menggunakan minyak sapi, boleh ganti dengan minyak jagung atau minyak masak. Tapi rasanya tak "kick", macam tak menjadi kuih tu..

Kuih ini asalnya dikepalkan bulat-bulat dan disepit menggunakan sepit kuih untuk dibuat corak ataupun menggunakan gunting untuk dibentuk menjadi bunga teratai. Terpulang kepada citara rasa masing-masing.




Qasidah

Ramuan untuk buat;
2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
4-5 sudu makan minyak sapi
15 ulas bawang merah dihiris nipis
1 sudu teh tepung jagung
garam secukup rasa

Cara membuat;
1. Tepung gandum dan tepung jagung dibancuh dengan 4 1/2 cawan air hingga sebati. Tapis dan masukkan ke dalam periuk yang tidak melekat.
2. Masukkan gula pasir dan garam. Jerangkan dengan api kecil. Kacau hingga pekat dan tidak melekat di periuk. Tuangkan dalam mangkuk kaca tahan panas.
3. Panaskan minyak sapi dalam kuali dan goreng bawang hingga kuning. Angkat dan masukkan ke dalam kuih tadi dengan minyaknya sekali.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).