- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, June 24, 2009

Slemang/Sema


Dipetik daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Slemang"

"Slemang merupakan sejenis makanan tradisional Terengganu. Ia merupakan gula terurai yang dibebat dalam tepung. Mempunyai rasa yang manis. Tp kt kelantan org panggil sema."

Dulu masa kecik2 slalu mkn kuih ni. Mula2 dgr perkataan slemang tu, saya ingat2 lupa rupa kuih ni tp bila dh tengok gambar, terus ingat. Kuih ni manis. Bila mkn, tak bleh cakap byk, nnti tsembur keluar sbb kuih ni mcm bdebu ckit. I've no idea how to make this kuih. As usual my mom tak prnh buat kuih ni. Biasa kitaorg beli jer kt pasar.


Sema Tarik Kelantan
Kiriman: Yusnida Mohd Yusof
Sumber: turun temurun utk keluarga diraja kelantan

Bahan-Bahan:

peralatan:
2 batang buluh (sederhana panjang dan leper)
1 biji biji periuk tembaga
1 periuk biasa(kecil)
1 biji pengayak
1 biji besen sederhana diisi air
1 helai kertas minyak
1 biji kuali
1 senduk kayu

bahan-bahan:
2 keping gula kelapa/gula gerek
1 kg tepung gandum
1 mangkuk sedang air
1 botol kecil minyak jagung

Cara:
Goreng tepung gandum sehingga naik bau harum kekuningan, angkat dan ayak ke dalam bekas.Masukkan air dlam periuk biasa(kecil) dan masak dgn gula kelapa sehingga gula cair dan berbuih.Ambil 1 batang buluh dan celup ke gula yang mendidih, angkat dan lihat sama ada gula agak bersarang apabila terkena udara, maka ia sedia diangkt. Kecilkan api, masukkan 1-2 titik minyak jagung ke dalam periuk tembaga, sapu sehingga rata, kemudian tuang adunan didih td.Biar dan lenggang sehingga agak kelihatan beku, sapu minyak pada 2 batang buluh td, dan angkat dengan menggunakan 2 batang buluh, kemudian tarik gula sehingga kelihatan keemasan. Panaskan tepung yang telah digoreng jangan sampai hangit, kemudian ayak atas kertas minyak, gula yang ditari-tarik td, diletak di atas tepung yang diayak atak kertas minyak td. Kemudian tarik- tarik gula td di atas tepung, dan selang seli ditabur tepung gandum panas seperti cara membuat mi wantan. Tarik gula sehingga kelihatan teksturnya halus dan kelihatan seperti bihun, sedia dihidangkan.

Cadangan Hidangan:
Bolehlah disimpun, sebesar ibu jari atau dipotong-potong sederhana panjang.

Tambahan:
Cara membuat memerlukan masa yang tepat,tangan yang tahan panas dan pantas supaya gula tidak cepat sejuk dan berketul.


No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).