Gambar : Kak Jie Jie
Pernah tengok tak kuih ni? Kt kl ni rasanya mmg susah yg amat nk nmpak kuih ni tp klau gi klantan, msti btimbun2 kt pasar @ gerai jual kuih. Kt trganu tak perasan la plak, mcm takde. Saya prnh mkn hasil tgn my cousin's wife. Wife dia ni org klantan, so mmg terer la buat kuih ni. Pelik gak nape la dinamakn kuih peria sbb setau saya peria yg amat pahit sdgkn kuih ni langsung tak rasa pahit, sebaliknya amat manis, gara2 intinya. Satu lg, peria mn ada inti kan. Rasanya sbb btk kuih tu mcm buah peria, sbb tu nama dia kuih peria. & satu lg, biasa buah peria warna hijau tp klau tengok kt pasar, diaorg buat kuih ni mcm2 warna selain dr hijau. Apa2 pn, kita layan je la kuih ni.
Kuih Peria
Sumber : waheedeana77
Bahan2nya:
350gram keledek- dibuang kulit dan dihiris nipis dan direbus hingga empuk
1 cawan tepung keledek
3 sudu besar tepung pulut
50ml jus pandan
Sedikit pewarna hijau
Sedikit minya masak
Daun pandan secukupnya – dipotong 3-4cm
Bahan inti:-
½ biji kelapa parut ( putih )
1/2 ketul gula melaka
1 sudu besar tepung gandum – utk lekatkan kelapa supaya mudah dikepal
Sedikit air
** Masukkan kesemua bhn kedlm kuali dan masak sehingga kering**
Cara2nya:
1. Lenyek keledek hingga hancur dan masukkan tepung keledek dn tepung ubi dan gaul rata sehingga berderai.
2. Masukkan garam, jus pandan dan pewarna sedikit demi sedikit hingga doh mudah di uli dan tidak lekat ditangan
3.Bahagi doh kpd beberapa bahagian dan celupkan hujung jari kedlm minyak masak dan leperkan doh di tapak tangan da masukkan inti kedlm doh dan tutup rapat. Kalo nk cepat dn senang kerja sediakan dulu seperti gambar dibawah.
4. Kepal perlahan-lahan doh dan buat bentuk bujur, selepas itu kelarkan doh menggunakan belakang pisau buat 4-5 garisan disekelilingnya dan dialas dgn daun pandan.
5. Sementara itu panaskan kukus, ulangi langkah 3-4 sehingga selesai.
6. Kukus selama 8-10 minit sehingga masak. Setelah siap sejukkan sebentar dan siap
Kuih Peria Pulut
Sumber: Sajian Selera Malaysia
Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung pulut
1 biji kelapa
½ cawan tepung gandum
½ cawan air pandan
Sedikit larutan air kapur
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya
Sedikit air
Inti:
½ biji kelapa parut (yang tidak terlalu tua dan dibuang kulit arinya)
½ cawan gula merah
½ cawan gula pasir
1 helai daun pandan
Cara:
Untuk menyediakan bahan inti, gaulkan semua bahan-bahan inti dengan sedikit air di dalam kuali. Kemudian jerangkan di atas api dan kacau selalu sehingga sebati dan merengas. Setelah itu angkat dan ketepikan. Perah santan anggaran 2 cawan. Kemudian bancuh tepung pulut, tepung gandum, sedikit garam dan air daun pandan. Kemudian uli adunan ini sehingga cukup lembut dan boleh dibentuk. Curahkan 1 camca air kapur dan uli lagi sehingga sebati. Ambil sedikit adunan tepung dan isikan inti kelapa tadi ke dalamnya. Setelah itu bentukkan bujur memanjang dan leperkan sedikit. Sepitkan bahagian atasnya seperti buah peria. Kemudian alaskan bawahnya dengan potongan daun pisang. Panaskan alat pengukus dan atuskan kuih-kuih ke dalamnya dan kukuslah sehingga masak.
Kuih Peria
Dicatat oleh Aya
Bahan-bahan
1 bungkus tepung pulut
1 cawan tepung beras
sedikit air , pewarna merah dan hijau
Bahan Untuk Membuat Intinya:
Kelapa muda di masak dengan gula atau rebusan kacang hijau.Masak sehingga hampir kering.Tutup apinya.
Cara Membuatnya:
1. Tepung pulut dan tepung beras digaul bersama air.
2. Asingkan separuh berwarna merah dan separuh lagi berwarna hijau.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan dan masukkan inti,tutup dan pulas sedikit dengan daun kelapa untuk memberi bentuk seperti buah peria.
4.Sapu minyak dan sapulah dengan sedikit minyak kelapa dan atur di dalam loyang .Kukuslah hingga masak di dalam kukusan.
No comments:
Post a Comment