- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, June 26, 2009

Remunggai/Buah Munggai

Serius, aku tak tau nama benda alah ni. Tak prnh tengok pn sblom ni. Rasanya kt kg aku takde. Sejak 2 menjak ni jer aku slalu tengok buah ni kt pasar mlm tepi umah aku. Aku tengok bangsa india & bangla jer yg slalu beli. Since kt kwsn aku ni ramai buruh asing dr india, pakistan & bangladesh, so sayur yg pelik2 yg mjadi kegemaran diaorg ada dijual. Dengar kata daun dia pn boleh dimakan.
Bila dh tau namanya, pd mulanya tergeliat nk sebut namanya; remunggai. Betul ke ejaan aku? Lps aku selidik2, baru la ku tau kalau kat kedah dipanggil buah munggai/remunggai, kat kelantan lak dipanggil gemunggal, kat johor buah kelo, org india panggil murugai. Btul eh? Biasa org masak kari & campur dlm dalca. Bila sebut dalca, baru aku ingat. Aku ni peminat dalca klau makan roti canai kt kedai mamak. Rasa2 mcm prnh jupe btk buah ni dlm dalca diaorg. Tp tak sure sgt cmner rasanya sbb buah tu dh lunyai, empuk sgt. Dgr khabar daun dia pahit ckit. Kna celur dulu klau nk masak.
Asyik dengar citer jer. Selagi tak mkn sndiri, selagi tu la tak sure rasanya. So pd ari pasar mlm tu aku cuba la beli singgit. Ckit jer tp tak kesah la, aku nk cuba masak sbb tak prnh masak & tak prnh mkn.



Kari Kacang Kelor/Remunggai
Sumber :
Hellikonia


bahan2
beberapa batang buah kelor (sebutan dia kay-lo), kikis dan kerat2
daging hiris2 (kalau guna daging cincang lagi syok)
rempah kari
bahan menumis (spt buat kari daging)
sedikit air asam jawa
santan kelapa

cara2
-tumis bahan2 tumis
-masukkan rempah kari, renihkan sehingga naik minyak
-masukkan daging & sedikit air asam jawa & garam, renihkan hingga empuk
-masukkan kelor
-renihkan sehingga kelihatan lembut
-masukkan santan
-didihkan



Gulai Buah Ramunggai
Sumber : sunshine2sally
Gambar :
kamsiah-yusoff


Bahan-bahannya:
3 batang buah ramunggai dikerat2 anggaran 5cm
1 bungkus rempah ikan
300gm udang sederhana besar dibuang kulit
3 ulas bawang putih dimayang
5 ulas bawang merah dimayang
1 mangkok santan
1 tangkai daun kari
suku cawan air asam jawa
1 sudu teh halba campor
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara memasak:
Panaskan minyak, masuk halba,daun kari,bawang merah dan bawang putih tumis sehingga kekuningan pastu masuk rempah yang dicampor sedikit air biar sampai pecah minyak baru masukkan buah ramunggai dan air asam jawa biar sampai buah ramunggai ni lembut masukkan santan dan udang dan garam, biar mendideh sekejap siap boleh dimakan.




Dalca Kelo & Kambing
Sumber :
sudipkayu


Bahan2:
5 btg KELO
1/2 kilo tulang kambing
100 gram kacang dhal ( rendam dulu sekurang2nya 4 jam)
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1/2 inci halia
2 sudu besar kari daging
1 sudu kecil garam masala
1 sudu kecil serbuk cili
1 btg kulit kayu manis
2 ketul bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 ketul buah keras
10 helai daun kari
1 keping asam keping
4-5 btg cili hijau
1/2 cawan santan cair
2 btg carrot potong panjang
Minyak utk menumis
Garam / Gula secukup rasa
Air secukupnya

Cara2:
Tumbuk bwg merah/putih/uah keras & halia. Panaskan minyak, tumiskan rencah tumis (kulit kayu manis/bunga lawang& buah pelaga)& juga bahan tumbuk tadi. Kacau sehingga naik bau. Kemudian, masukkan serbuk kari,garam masala,asam keping & daun kari. Biarkan seketika...jgn sampai rentung pulak yek!. Kemudian, masukkan daging kambing tadi & juga kacang dhal.Masukkan air separas daging. Masak sehingga daging empuk.Tambah air bila perlu.Bila daging dah empuk & kacang dhal pun lembut..baru masukkan cili hijau,carrot & kelo tadi. Masak lagi sehingga kelo pulak lembut. Kemudian, masukkan santan cair& garam. Masak lagi sehingga mendidih. Hidangkan dgn nasi panas & ikan masin bulu ayam.. mak aiii!!!




Masak lemak buah munggai/kacang kelo + ikan bilis
Sumber :
Kak Ton


bahan2 :
1. 5/6 biji buah munggai
2. 2 sudu teh ketumbar
3. 1 1/2 sudu teh jintan manis
4. 5 ulas bawang merah
5. 5 biji cili kering...(atau pes lada kering, ikut nak pedas ke tak)
6. 2 genggam ikan bilis (kalau nak letak udang basah pun boleh..lagi sedap)
7. 100 ml santan pekat...
8. 500 ml air (Ikut le setakat mana nak kepekatan kuah tu)

cara2
1. kikis kulit buah munggai, potong pendek2 dan bersih kan....
2. Ketumbar, jintan manis dan cili kering direndam 10 minit dgn air panas untuk lembutkan...
3. Blend ketumbar, jintan manis, bawang merah dan cili kering dan sedikit ikan bilis...
4. Masukkan semua bahan blend, buah munggai, ikan bilis dan santan...
5. Masak atas api sederhana hingga buah munggai masak.
6. Perasakan dgn garam secukup rasa.
7. Sedia untuk dihidangkan...
*** kalau suka boleh letak kacang dal dalam 2 genggam. Kacang Dal juga perlu di rendam dgn air panas untuk lembutkan. Jadi tak perlu masak terlalu lama untuk empukkan kacang dal itu...




Gulai Buah Remunggai
Sumber :
kamsiah-yusoff


Bahan2
buah remunggai
1 paket serbuk kari ikan
ikan bilis/udang
bawang merah
bawang putih
daun kari
gula & garam

Cara2
1. remunggai dipotong2..ada org cuma basuh je ,ada pulak yg 'menyiat' kulit luarnya
2. saya rebus bersama sepaket serbuk kari ikan dan ikan bilis..udang pun boleh..
3. dah kering air rebusan tu,masukkan santan
4. dah masak,masukkan bawang merah,bawang putih dan daun kari yg digoreng berasingan....masukkan sekali dgn minyak gorengan tu
5. akhir sekali masukkan gula & garam



Gulai Lemak Ramunggghai@Ramunggei
Sumber :
saujanautama3

Bahan:
1. Ramungghai@ramunggei 7 batang. Setiap satu dipotong 3. Cuci bersih...kalau kreatif ukir je le kulit dia kasi nampak gerek sket...
2. Santan sebijik kelapa
3. Cili 7 bijik + bawang kecik 5 ulas dikisar...kalau rasa lidah tebal cam Rajoo boh la byk lagi cili tuh...
4. Serai sebatang dititik/ketuk/penyek...ikut suka nak panggil apa
5. Garam, gula, ajinomoto, MSG dsb secukup rasa...aku tak gemor pak aji tuh...

Cara masak:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Nyalakan ler apa tuh...kalau tak bila nak masaknya...ala...cam buat normalnyer gulai lemak ler...nak tambah ingredient lain ikut kreativiti memasing...jgn sampai gulai lemak rasa kari udah...
2. Pastikan sentiasa dikacau untuk mengelakkan kejadian 'pecah minyak'...tak best nanti...selamat mencuba...



Murunggai Goreng Bersama Daging
Sumber :
kak jie jie


Bahan-bahan
1 ikat daun murunggai/kelo yang muda. Digetus daunnya dan dibersihkan
Daging~dihiris nipis
1 biji telur
1 labu bawang besar~dihiris bulat
3 biji cili kering~dipotong kecil
3 ulas bawang putih~dimayang
4 biji cili api~dipotong kecil
1 biji cili merah~dihiris
1 sudu kecil perencah ikan bilis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung+ sedikit air
sedikit air
garam secukup rasa
sedikit gula.
sedikit minyak untuk menumis

Cara
1. Panaskan kuali, tumis bahan hiris sehingga layu dan cili kering sedikit garing.
2. Masukkan daging, kacau sebati.
3. Masukkan sedikit air untuk melembutkan daging.
4. Masukkan sos tiram, perencah ikan bilis dan biarkan daging empuk.
5. Masukkan telur dan biarkan telur separuh masak dan kacau biar rata.
6. Masukkan daun kelo/murunggai, kacau rata.
7. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung, kacau sehingga kuah sedikit pekat. Rasakan dengan garam dan sedikit gula. Angkat dan hidangkan.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).