- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Thursday, June 18, 2009

Belimbing Masak Lemak Putih



Kebykan org tahu yg belimbing buluh jer bleh dimasak & digunakan dlm masakan. Belimbing lain tu mcm belimbing besi, biasa org mkn mcm tu jer @ dibuat jus. Tp tahukah anda ada lg lain2 jenis belimbing. Dr segi btk & warna, ia mcm belimbing besi tp saiz dia agak becil. Rasanya takde la semanis belimbing besi. Rasanya agak kelat & masam. Saya tak tau la org panggil belimbing apa, saya cuma panggil belimbing jer, tp ada org panggil belimbing kg. Selain drpd mkn mcm tu jer, kitaorg masak buah tu, buat sayur masak lemak putih.
Dulu masa kecik2 arwah nenek slalu gak masak bcoz' my cousin suka sgt masakan ni. Lgpn depan umah saya ada sebtg pkok belimbing mcm ni smpai skrg. Tp dh lama dh x makan masakan ni. Buah belimbing tu gugur mcm tu jer, takde sape nk kutip & mkn. As my mom said, biasa la, dulu zaman org lapar, x cukup mknan, sbb tu seme mkn. Skrg ni, dh xde org nk mkn masakan mcm tu sbb ada byk lg mknan lain. Sedih gak bila dgr statement my mom. & krn itulah, tnpa kita sedari byk mkanan org lama2 terus pupus & dilupakan.

Belimbing Masak Lemak Putih
My Mom's Recipe

Bahan-bahan
5 biji buah belimbing (agak masak ranum)
2 ulas bawang merah - dimayang
1 biji cili merah - dihiris
2 ekor ikan selayang - direbus & diambil isinya
1 mangkuk santan
Garam halus secukupnya
Garam kasar

Cara-cara
1. Hiris buah belimbing memanjang.
2. Celur seketika utk buang rasa kelat. Boleh juga diramas isi belimbing td dgn garam kasar utk buang rasa kelatnya.
3. Masukkan santan ke dlm periuk bsama2 bawang merah, cili merah & isi ikan. Kacau supaya santan tak pecah minyak.
4. Masukkan buah belimbing tadi & garam halus. Kacau lg hingga santan masak.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).