- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, June 16, 2009

Kerabu Kaki Ayam

I like kaki ayam & saya tau ramai org tak suka kaki ayam including my hubby. Dia tak prnh mkn kaki ayam. Katanya dai tak lalu nk mkn bila mbayangkan kaki ayam tu mencakar ntah apa2 kt tanah tu. Lps tu plak ada yg ckp dia tak lalu nk mkn sbb terbayang btk kaki ayam mcm tgn kanak2. Mcm2. Saya tak kesah as long as benda tu halal dimakan. Yg ptg saya suka, so tak kesah la apa org nk ckp. Klau nk tau, org cina suka sgt kaki ayam ni. Kaki itik & kaki angsa pn diaorg mkn tau. Lg dahsyat (saya tak prnh lg mkn kaki itik & angsa ni sbb mcm takde isi jer).
Lgpn dr kecik my mom dh ajar mkn kaki ayam. Maklumla, kaki ayam ni murah kt kg dulu, takde harga. Nk mkn daging ayam tak mampu, mahal. Klau nk mkn ayam pn, kna sembelih ayam kg yg dibela. Tpt kebykan ayam tu dibela utk dijual. So, nak tak nk, mkn la kaki ayam. Ada gak la rasa ayam tu.
Erm, pjg plak citer bab kaki ayam. Sblom ni, klau beli kaki ayam, abis2 pn buat sup. Lps tu plak ada blajar buat kaki ayam masak kicap. Ari ni plak jupe resepi kerabu kaki ayam. Ini sudah bagus & menarik. Byk cara rupanya nk masak kaki ayam ni. Ari ni ada pasar mlm, msti beli kaki ayam, nk cuba buat kerabu ni.


Kerabu Kaki Ayam
Sumber : Hanieliza
Gambar : Suzana Hashim

Bahan-Bahan
200 gm kaki ayam
5 ulas bawang merah - hiris halus
2 batang serai - hiris halus
1 tangkai bunga kantan - hiris halus
½ cawan perahan limau nipis
5 tangkai cili api - hiris nipis
5 tangkai cili merah
1 sudu besar sos ikan
1 pokok daun ketumbar - hiris kasar
Garam
Gula

Cara
1. Rebus kaki ayam beserta sedikit garam hingga lembut.
2. Buangkan tulangnya dan hiris kasar.
3. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk dan gaul sebati.
4. Sejukkan dalam peti sejuk sebentar sebelum dihidang




Kerabu Kaki Ayam
Sumber : sajionline

BAHAN-BAHAN:
1 kg kaki ayam (bersihkan)
4 biji limau nipis (ambil jus)
4 ulas bawang merah (mayang)
5 helai daun saderi (hiris)
1 tangkai cili merah

CARA MENYEDIAKAN:
1. Rebus kaki ayam dan buang tulangnya.
2. Kemudian gaulkan bersama jus limau nipis, bawang merah, cili merah, garam dan gula.
3. Apabila rata, taburkan hirisan daun saderi di atasnya dan hidangkan.




Kerabu kaki ayam
oleh: nisa_hr

Bahan-bahan ( utk 6 org makan )
1 mangkuk kaki ayam (dipotong dadu, letak garam skit n direbus sehingga empuk)
bawang besar n bawang puteh, cili padi dihiris
kacang panjang n tomato dipotong dadu
sedikit taugeh
bunga kantan, daun kesum n serai dihiris nipis
gula n garam secukup rasa
2 sudu besar perahan air limau

Cara-cara
1. toskan kaki ayam yg telah direbus empok
2. campurkan kesemua bahan2 yg telah dihiris dan sayur/ulam bersama kaki ayam tadi dan digaul sebati
3. tambahkan garam, gula n perahan air limau secukup rasa




Kerabu Kaki Ayam
Sumber : Resepi Tradisional Keluarga
Gambar :
sayasha

Bahan-bahan
10 pasang kaki ayam
1/2 biji timun
1 biji bawang besar
10 helai daun pudina
2 helai daun bawang
1 sudu besar air limau
1 sudu besar pati santan atau susu cair
Garam

Cara Membuatnya
1. Kaki ayam dikikis kulit yang bersisik. Dibuangkan tulangnya. Kemudian dihiris mengikut suka hati. Rebus hingga lembut.
2. Timun, bawang besar, daun pudin dihiris halus dan gaulkan dengan kaki ayam.
3. Kemudian curahkan air limau dan pati santan sedikit-sedikit sambil digaul rata.
4. Bagi yang sukakan pedas bolehlah tumbukkan sedikit cili padi dan gaulkan rata-rata.
5. Enak dimakan masa masih panas.



Kerabu Kaki Ayam
Posted by Pa'chik

Bahan
Kaki ayam dalam lima pasang [buleh gak pakai kaki ayam yang dah siap disiang yang ada dijual kat supermarket tuh..]

bahan 1
Cili padi 3-5 ekor [nak pedas, tambah lagi...]
serai sebatang [tengok saiz lah...]
bawang merah 2-3 bijik
daun ketumbar setangkai dua

bahan 2
kicap sotong siam tuh [err.. sos ikan lah...]
[kalau ikut.. aku ada lagi satu kicap siam punya gak... cap tudung mas... ni pun masuk gak...]
gula sikit [kalau suka lah...]
1 sudu sos tiram
air limau nipis dalam 2-3 sudu [sukati lah nak masam lebih tambah lagi...]

Cara-cara
1. memula, rebus dulu kaki ayam sampai lembut lah...
2. memula mayang halus semua bahan 1 tuh... masukkan lam satu bekas...
3. pas tu, buh la bahan 2
4. udah tu.. bila kaki-kaki ayam tu dah lembut... potong-potong lah bagi kecik-kecik [kalau nak potong dulu sebelum rebus pun buleh...]
5. sudah tu, masukkan lah sekali kaki-kaki ayam, tu dalam bekas tadi, amik sikit air rebusan tadi, gaul-gaul, penyek-penyek lah semua benda lam bekas tuh.. sampai korang rasa dah bergaul mesra...
6. pastu, amek buh lam pinggan ke piring ke.. mana-mana lah... kalau nak makan sendiri, buleh je amek terus dari bekas tuh... ekekek...
Nota :[buleh saja tukar jadi kerabu perut... cuma tukar bahagian kaki ayam tu kepada perut.. yang lain sama je... sotong, udang, buleh gak...kalau ikan bilis... tak yah masuk kicap sotong tuh... kang tak pasal masin berdengung-dengung....]



Kerabu Kaki Ayam
Kiriman: Adique

Bahan-Bahan:
200gm kaki ayam
5 ulas bawang merah - hiris halus
2 batang serai - hiris halus
½ cawan perahan limau nipis
5 batang cili api - hiris nipis
Garam
Gula

Cara:
1. Rebus kaki ayam beserta sedikit garam hingga lembut. Buangkan tulangnya dan hiris kasar.
2. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk dan gaul sebati. Sejukkan dalam peti sejuk sebentar sebelum dihidang.

Tambahan:
Jika hendak lebih pedas, tambahkan cili api hiris.



Kerabu Kaki Ayam
Kiriman: nik maria
Sumber: makcik kat kampung

Bahan-Bahan:
Kaki Ayam (Direbus empuk & dibuang tulang)
Garam
Gula
Serbuk Perasa
Cuka Cili padi( dipotong jalus @ cincang)
Halia (dimayang halus)
Serai (dimayang)
Bawang Besar (dimayang)
Perahan limau nipis

Cara:
Gaulkan kaki ayam tadi dengan semua bahan. Letakkan garam,cuka,serbuk perasa & perahan limau nipis secukup rasa.

Tambahan:
Utk menyenangkan proses membuang tulang pada kaki ayam, kaki ayam yang telah direbus itu, boleh disejukkan di dalam peti ais selama 1/2 hari.




Kerabu Kaki Ayam
Sumber : tunteja78

Bahan-Bahannya:
10 putung kaki ayam (direbus hingga empuk, toskan, kalu nok buang tulang pon buleh malas buang pon buleh)
1 biji tomato besar(dipotong 4 kemudian dimayang halus)
1 biji bawang besar(dipotong 4 kemudian dimayang halus)
20 biji cili padi (dihiris dihalus)
1 biji limau nipis(ambil jusnya)
3 batang serai (dihiris halus)
1 batang timun (dipotong spt. ulam laksa)
2 pokok daun bawang(dihiris)
2 ketul kiub tom yam/pati ayam knor (optional)

Cara-Caranya:
1. Sediakan satu mangkuk besar/periuk
2. masukkan kaki tadi kemudian gaulkan dengan kiub tom yam tadi sehingga rata.
3. Selepas itu masukkan serai, bawang besar, tomato, timun, daun bawang, cili padi dan jus limau nipis gaulkan semuanya sehingga sebati dan bolehlan dihidangkan.




KERABU KAKI AYAM/ YAM LEP ME NANG
Sumber: Kak Farinata (FRD)

Bahan-bahannya
300 g kaki ayam
2 batang serai (di mayang)
4 - 5 biji cili api(di mayang)
5 ulas bawang merah (di mayang)
daun ketumbar/cili besar yg merah tu (di mayang)
1 - 2biji jus limau nipis
sos nampla,gula kabung @ gula melaka dan garam secukup rasa

Bahan untuk Sos
bancuhkan jus limau nipis,gula,sos nampla dan garam secukup rasa(mcm kita buat acar mentah tu..)

Cara-caranya
1. Rebus kaki ayam sehingga betul-betul empuk,kira senang nak keluarkan tulang,keluarkan semua tulang2 termasuk jari2 tu,haa.. bab nie kena rajin sikit..kemudian potong 2.
2. Masukkan semua bahan-bahan yg telah di mayang tadi tu..
3. Masukkan sos yg telah di bancuh tadi dan gaul sehingga sebati perasakan secukup rasa..mesti ada masam masin n sedikit manis (kalau tak suka manis takyah letak gula pun takpe).
4. Akhir sekali taburkan daun ketumbar dan cili besar untuk hiasan.




Kerabu Kaki Ayam
Sumber :
fizan

Bahan:
Kaki ayam
tomato}
Limau purut/nipis}
serai}
Cili api}
bawang besar}
daun limau purut}
bunga kantan}
Kacang panjang}
garam dan gula secukupnya

Cara:
Kaki ayam rebuskan hingga lembut + asam keping hilangkan hanyir, setelah lembut tos dan potong be

Bahan hirisan:
1. } semua dihiris harus kecuali bawang besar dan tomato potong dadu
2. campurkan semua bahan tadi dan gaul bersama garam dan gula...

1 comment:

Anonymous said...

Wah banyaknye resipi kerabu kaki ayam.. best best..kite suke la kaki ayam... wat percik pun best :)


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).