- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, June 19, 2009

Donut


Apabila anda melihat donut2 ini, apakah perasaan anda? Terliur? @ anda hnya memandangnya kemudian blalu sbb anda tau ia menggemukkan? Chewah, mcm iklan plak. I'm not a hottest fan of doughnut tp bila sebut pasal dunkin donut, i can't resist myself, msti terliur, mmg menggoda. Usually my hubby yg belikn utk saya bcoz' he knew that i love them very much. Paling best yg ada filling orange, apple & strawberry. Skrg ni pn air liur saya dh kecur bila citer bab dunkin donut. Ari tu ada dgr pasal big apple plak & dgr citer best gak. Nnti kna cari ni, bleh acu cuba try test rasa..hehehe...
Selama saya hidup, blom prnh buat donut. Mkn tu slalu gak la. Dunkin donut dlm sekali sebulan. Hubby ckp cuba2 la belajar wp hasilnya tak sesedap dunkin donut. Takde la mahal sgt klau buat sndiri..hehehe...


Donut
Resepi asal dari kelly @ www.allrecipes.com.
oleh:
skyblue

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )
3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.




DONUT SURIA
By courtesy of Puan Suria Insani of Resipi.Net
Post by rinnchan

Bahan A
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
3 sudu besar gula caster
** I like this count of threes....senang ingat!!!!

Bahan B
200ml air suam
2 sudu teh instant yeast
=> 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.

Kaedah penyediaan
1. Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
2. Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
3. Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
4. Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
5. Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.




DONUT
Sumber : Kak Liza

Bahan A
600 gm tepung gandum
100 gm tepung naik sendiri
100 gm gula
30 gm susu tepung
1 s/k garam
11 gm [ 1 paket] yis mauripan

Bahan B
1 biji telur [pukul sikit]
330 ml air suam
60 gm majerin
1 s/k bread softener

Bahan C [untuk goreng donut]
500 ml minyak
1 s/b majerin

Cara
1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunak mesin selama 20 minit.
3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.
4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit.
6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.
7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan.

Nota:
semasa mencanai doh..memang harus bermain dengan tepung...macam mandi tepung tangan tu...




DOUGHNUT
Sumber :
Kak Zu Mazola

* untuk adunan doh
4 cawan tepung gandum
1 pek yis ( jenama MAURIPAN)
2 sudu besar susu krimer pekat manis
1 senduk majerin
1 biji telur
4 sudu besar gula pasir
2 cawan air suam ( untuk larutkan gula dan yis)

* cara adun
1. Sebelum membuat doh, larutkan gula dan yis dalam air suam,( biarkan yis naik, sementara yis naik bolehla adun bahan-bahan dalam langkah 2.)
2. masukkan semua dalam 1 bekas (tepung gandum, telur, majerin dan susu), gaul hingga sebati
3. masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
4. uli doh hingga lembut
5. taburkan tepung gandum di atas dulang (untuk elakkan donut dari melekat)
6. bentukkan donut mengikut saiz yang anda mahu
7. apabila donut yang anda bentuk tadi dah naik bolehla digoreng(gunakan api yang sederhana)
8. goreng donut hingga warnanya keemasan
9. biarkan hingga sejuk dulu donut yang dah digoreng, kemudian bolehla disalut dengan gula icing( anda boleh juga mengisar halus gula pasir)
10. Donut anda sedia untuk dihidang!!




DONUT
Sumber: Sabrina Bakar @ Resipi.net
Kiriman :
cek de sam

Bahan2:
2 sudu teh yis mauripan
1 sudu teh gula
1 cawan air suam kuku
(campurkan bahan ini dalam mangkuk... tutupkan mangkuk...biarkan yis
mengembang naik)

a. 4 cawan tepung gandum
b. 4 camca besar tepung susu
c. 4 camca besar mentega / butter
d. 1 butir telur - di kacau sebati
e. 1 cawan air biasa

Cara:
1. Adunkan bahan-bahan (a) sampai (c) menjadi serbuk roti, selepas tu baru masukkan telur (d)
2. Setelah tengok yis dah mengembang naik, masukkan ke dalam adunan diatas. Gaulkan rata
3. Masukkan (e) air sedikit demi sedikit, uli sehingga lembut sebati...sehingga tak
melekat di jari
4. Biarkan doh naik berganda (dlm 30 minit atau lebih)...tutup dengan kain maslin basah. Kita masukkan dlm oven krn suhu kat sini sejukkk....
5. Kemudian tumbuk lembut doh dan bentukkan donut
6. Biarkan seketika dan bagi naik lagi.
7. Kemudian gorengkan.
8. Akhir sekali nak sadur donut dengan gula custor atau coklat , ikut citarasa masing2.
9.Kalau dengan gula custor... masa tengah panas setelah di angkat dari kuali.... campurkan dgn gula custor
10.Kalau dgn coklat biarkan sejuk.... masak coklat masakan cara marie baine.... then celupkan... taburkan dengan coklat urai ke, kacang ke...
apa2 lah...

Nota: Kita perapkan doh di dalam oven yg dipanaskan sekejap..biar suam2 kat dalam oven tu krn suhu bilik sejuk..yalah time winter nie mmg sejukk..suhu sampai -7c..merajuk doh tak naik2....
Kita goreng semua, tp kita tak sadurkan semua donut dgn gula krn if nak simpankan, baik jgn sadurkan dulu. Bila nak makan lagi, masukkan sekejap ke dalm mikrowave selama 30-40 saat, kemudian sadurkan dgn gula. Boleh simpan dalam kontena dan freezer , boleh makan pada bila2 masa.




Donut
Sumber ;
noorsha

Bahan-bahan
500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara
1.Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2.Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. 3.Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
4.Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
5.Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
6.Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
7.Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..
8.Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan
9.Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
10. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).