- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, June 7, 2009

Tepung Bungkus

Tepung bungkus ni mmg ada dijual di mana2 kt trganu nih. Tp ada plak yg bg nama anak dara 2 sebilik sbb inti ada 2. Klau inti 3, nama anak dara 3 sbilik. So, klau 1 jer inti, bleh la kita panggil anak dara sebilik jer yek...:-) Arwah nenek sbelah mak slalu beli kuih ni. My mom pn prnh gak la buat kuih ni sbb bhn dia sempoi jer, daun pisang pn senang nk dtg, byk keliling umah tu. Dtg kt kl ni prnh la jupe kuih ni, klau tak silap kt pasar mlm jln TAR tp berani ckp la, tak sesedap yg kt trganu punya. Sbbnya tak rasa lemak langsung, kedekut santan la org yg buat tu. Inti pn kecik jer.
My hubby pn suka gak kuih ni. Cuba risik2 resepi ni from my mom. Apa lg, dh dpt tu, cuba je la...baru tau terer ke, tak terer..


KUEH TEPUNG BUNGKUS
Sumber : Kak Liza

Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan

Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.




Tepung Bungkus
Sumber: Majalah Wanita, Ogos 2000

Bahan-Bahan:
1 cawan tepung beras
2 cawan santan cair
½ biji kelapa muda parut
1 keping gula melaka
Sedikit tepung pulut
Sedikit garam
10 keping daun pisang, potong persegi bujur

Cara:
1. Sira kelapa muda dengan gula melaka hingga kering untuk dijadikan inti. Bulatkan sebesar ibu jari. Golekkan di atas tepung pulut.
2. Bancuh tepung beras dengan santan cair atas api sederhana dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak dan jangan biar berketul.
3. Ambil daun pisang dan bubuh dua sudu tepung separuh masak tadi. Atur tiga biji inti dan tutup semula dengan dua sudu tepung separuh masak.
4. Tutup dengan daun pisang dan lipat kedua-dua hujungnya. Kukus hingga masak.




Tepung Bungkus
Sumber : ppak kelantan

Bahan-Bahan:
1 cawan beras biasa (tepung beras)
2 cawan santan cair
10 keping daun pisang 4" x 2 1/2"
1/4 biji kelapa muda diparut
1 keping gula melaka
sedikit debu tepung beras pulut
sedikit air

Cara Membuatnya:
1. Buat intinya dahulu :
a) Sira kelapa muda dengan gula melaka hingga kering dan boleh digotel
b) Gotel inti kelapa bulat-bulat sebesar ibu jari
c) Golek-golekkan inti tadi ke atas debu pulut
2. Bancuh tepung beras dengan santan cair, masukkan sedikit garam, kacau sehingga separuh masak.
3. Kacau jangan berhenti untuk mengelakkan daripada berketul-ketul.
4. Untuk membungkusnya, ambil sekeping daun pisang yang telah disediakan. Bubuh 2sudu tepung separuh masak tadi ke dalam daun pisang kemudian aturkan tiga biji inti dan tutupkan dengan 2 sudu lagi tepung itu.
5. Tutupkan daun pisang ke kiri ke kanan dan lipatkan kedua-dua hujungnya.
6. Aturkan dalam pengukus dan kukuslah sehingga masak. Bila masak angkat dan hidangkan.




TEPUNG BUNGKUS
From: noraini noraini@antara1.po.my
Gambar :
puncakkasih

Bahan-bahannya
Dadih tepung beras - lihat cara menyediakannya di bawah
Inti kelapa - lihat cara menyediakannya di bawah
Daun pisang atau daun pinang untuk membungkus
Periuk pengukus

Bahan intinya
½ biji kelapa hijau, diparut
2 kpg gula kerek (nisan)/gula melaka/gula merah
sedikit gula pasir
secubit garam
1 helai daun pandan, disimpul
2 cawan air
1 sudu tepung beras

Cara Menyediakannya
1. Masak kelapa dengan air, daun pandan dan secubit garam hingga empuk.
2. Masukkan gula kerek dan gula pasir dan kacau hingga kering.
3. Masukkan tepung beras untuk mengentalkan adunan.
4. Sejukkan dan gentel bulat-bulat kecil sebesar ibu jari.
5. Kemudian salut dengan adunan pulut. Ketepikan.

Adunan pulut
1 cawan tepung pulut
sedikit air kapur
sedikit air daun pandan.

Caranya
campur semua bahan dan uli hingga jadi seketul doh. Gentelkan bulat-bulat sebesar guli dan isikan inti kelapa tadi. Ketepikan.

Bahan dadih
1 mangkuk tepung beras
1 biji kelapa, ambil 3½ mangkuk santan
secubit garam

Cara Membuatnya
Campurkan santan dengan tepung beras dan secubit garam dan kacau atas api sederhana hingga pekat.

Cara Membungkus tepung bungkus
Ambil sekeping daun pisang atau daun pinang, Letakkan sesenduk dadih yang masih panas ke atas daun tersebut dan susun intinya dua atau tiga. Tutup dengan sedikit dadih dan bungkus seperti lepas. Susun ke dalam periuk kukus dan kukus sampai masak.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).