- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, June 2, 2009

Masak Lemak Pucuk Mengkudu


Gambar : Kak Jie

Pernah tengok tak pokok ni? Buahnya? Ni pokok & buah mengkudu. Pokoknya byk kt umah saya kt trganu. Keliling umah ada. Bukan tanam tp dia mmg tumbuh melata. Biasalah kwsn kg. My mom suka amik pucuk dia, buat sayur. Dia masak lemak. Sedap. Tp satu jer yg tak syok, lps mkn kna kumur btul. Klau tak, hitam jer gigi tu sbb daun2 tu melekat kt celah gigi. Pucuk mengkudu yg tlh dimasak akan btukar mjd warna kehitaman.
Dulu2 klau ada org nk masak sayur ni, msti ada org nk tumpang skali. Bukan nk tumpang mkn tp nk tumpang amik daun yg telah siap ditumbuk. Kt tpt saya, pucuk mengkudu perlu ditumbuk terlbih dahulu. Kt umah saya ada lesung kayu yg besar. Dulu parents saya tanam padi. So bila musim padi, lesung tu digunakan utk tumbuk padi. Samada nk dijadikan beras ataupn utk buat loklik @ emping. Klau guna lesung batu pn bleh tp leceh la ckit, nk kna tumbuk ckit2 byk kali. So klau guna lesung kayu tu, dpt tumbuk byk2. So sbb tu msti ada yg mintak ckit daun yg tlh siap ditumbuk utk dimasak sndiri kt umah masing2.
Mula2 pucuk tu kna hiris halus2 spy senang ditumbuk. Daun tu kna tumbuk sampai agak halus tp takde la sampai hancur luluh. Sbb tu la td saya ckp kna kumur lps mkn sayur ni sbb daun tu ditumbuk halus. Kt kl ni susah nk dptkn pucuk ni, so mmg tak dpt la nk mkn kt sini. Kt kedai lg la xde jual.
So kt sini saya sertakan resepi masak lemak pucuk mengkudu resepi mak saya.

Masak Lemak Pucuk Mengkudu
Sumber : My Mom

Bahan
Pucuk mengkudu
Bawang besar - dimayang
Cili merah - dihiris
Ikan bilis - ditumbuk kasar
Garam
Bahan perisa (ajinomoto)
Santan

Cara-cara
1. Pucuk mengkudu perlu dihiris halus. Kemudian ditumbuk hingga agak halus.
2. Rebuskan pucuk mengkudu yg tlh dihiris hingga lembut & kering airnya. Sukatan air : masukkan air hingga tenggelam pucuk mengkudu td.
3. Kemudian masukkan santan, ikan bilis, cili merah & bawang besar. Kacau.
4. Masukkan garam & serbuk perisa. Kacau.
5. Kacau hingga mendidih. Tidak perlu dimasak terlalu lama sebab pucuk mngkudu tlhpn masak ketika direbus/dicelur td.



Masak lemak pucuk mengkudu
Kiriman-zarina

Bahan-bahan
Pucuk mengkudu
santan
bawang besar
keledek (opsyen)
udang kering/ikan bilis
garam

Caranya
1. Pucuk mengkudu dubuang tulangnya (tulang daun)
2. Semasa membasuh daun mengkudu, ramas sedikit supaya keluar rasa pahitnya.
3. Rebus daun mengkudu hingga lembut, dan toskan.
4. Santan diperah kepada 2 bhg. Satu bhg pekat (sedikit shj) dan selebihnya diperah menjadi santan cair (kemancar).
5. Masak santan cair bersama pucuk mengkudu, bawang yg dimayang, udang kering/ikan bilis, keledek yg dipotong kecil dan garam.
6. Bila keledek empuk, masukkan santan pekat, kacau hingga mendidih dn angkat.
7. Sedia utk dihidang.



Masak lemak pucuk mengkudu
oleh:
chenu

Bahan-bahan ( satu keluarga boleh makan )
pucuk mengkudu (dicelur dahulu)
300 gram udang hidup
300 gram cili padi
5 biji bawang merah
1 batang serai
Santan ( dari satu biji kelapa)
sedikit kunyit hidup,garam dan serbuk perasa

Cara-cara
1. Hiris pucuk mengkudu yang telah dicelur tadi, buangkan urat ditengahnya.
2. Tumbuk cili padi,bawang merah dan kunyit hidup sehingga lumat.
3. Perah kelapa dan asingkan patinya.
4. Masukan pucuk mengkudu yang telah dihiris ,santan,serai dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk.
5. Apabila dah mengelegak bolehlah dimasukan pati santan,garam dan serbuk perasa. masak sehingga kuahnya agak pekat.
6. sedap dimakan bersama dengan nasi putih.
7. selamat mencuba

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).