- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, June 2, 2009

Jem Manggis

Kami kt trganu panggil buah ni buah mette/metta. Ada gak yg panggil buah semete. Klau kt tpt lain of course la org kenal sebagai manggis; the queen of all fruits.

Skrg ni pegi mn2 pn nmpak buah manggis. Dulu gerai buah kt pasar mlm yg penuh dgn buah mangga skrg dh btukar kpd manggis plak. Geram mmg la geram tengok sbb manggis ni one of my favorite fruit, tp bila melihatkn harga, mak oih, cancel. Mahal giler. Mcm hubby aku slalu cakap, aku ni mmg kedekut. Tengok mahal ckit, lbih rela tengok jer...hehehe...klau la disbbkn mengidam, rasanya dh lama aku beli wp harganya singgit sebiji tp hati aku bkata, sabar..sbb ari tu masa blik kg, aku tengok buah manggis kt atas pokok keliling rumah bgayutan tp masa tu msih hijau lg, blom masak. My mom dh sound awal2, bila buah tu dh masak nnti, klau terasa nk mkn, blik la ke kg. Ok set, no problem. Kebetulan hubby pn suka buah ni tp kt umah dia takde pokok. So bila ckp bleh mkn free sebyk mn yg dia suka, dia ok jer bila sebut blik kg aku.
Sejak kecik, aku jer yg suka mkn buah ni kt umah. Bila tiba musim, aku sanggup panjat pokok sbb klau nk kait, tinggi sgt. Kadang2 waktu ptg lps blik dr skolah, mula la adegan memanjat pokok manggis. Kacang jer nk panjat pokok ni sbb dahan dia rapat2. Lps tu, siap bawak papan naik atas pokok tu, buat tpt duduk, konon2 rumah atas pokok. Sambil mkn manggis, sambil amik angin, sambil baca buku. Bila mkn buah manggis tu, selamba jer buang kulit ke tanah. Tak kesah dh sape yg lalu bawah pokok tu. Nasib la klau kulit jatuh atas kepala diaorg. Jahat gak aku masa tu yer. & satu lg, masa tu aku panjat pokok pakai baju kurung tau sbb tak tau la nape, sejak akil baligh, baju kurung jer uniform aku bila gi mn2. Uih, menarik sungguh pengalaman itu.
My mom of course suruh aku blik sbb takde sape nk mkn. Slalunya buah manggis yg dh ranum gugur mcm tu jer. Ada 1 masa tu pokok manggis kt umah aku tak berbuah mcm slalu bilatiba musimnya. Mak kata pokok tu merajuk sbb takde sape nk mkn. Ada jugak org dtg ke rumah borong buah tu utk dijual semula kt pasar. Tp mcm last year, buah tu terbiar jer sbb harga murah sgt. Ari tu aku tengok byk buah yg blom masak. Tak sabar rasanya nk tunggu buah tu masak. Pokok takde la byk sgt. Btul2 tepi umah ada la 3 pokok. Kt depan & belakang umah ada la dlm 3 pokok gak tp kt tepi umah tu la yg berbuah byk.
Citer pasal buah manggis, dulu aku terkejut gak bila org gunakannya utk buat bahan kosmetik. Ada nilai gak buah ni rupanya. Lps tu tengok tv ada org buat jem manggis. Diaorg kata sedap. Lps tu ada dgr terhasilnya jus manggis. Tp frankly speaking aku blom prnh merasa jem & jus manggis ni. Biasa aku mkn mcm tu jer. Gaknya klau my mom tau buat jem, msti buah tu tak terbuang mcm tu jer. Ni aku kna blajar ni. Mn la tau bila blik kg nnti bleh tunjuk skill..hehehe



JAM MANGGIS
Sumbangan Sifu Anis
Kiriman Chetam



Bahan2 :-
2 kg manggis (timbang sebelum dibuang kulitnya)
500 g gula pasir
200 ml air panas (opsyenal - cuma masukkan klu jem terlalu pekat)

Cara2 :-

1. Buang kulit manggis dan ambil isinya saja. (gambar JAM1)
2. Bilas sket isi tu utk pastikan xde serdak2 kulit yg tertinggal (klu masuk kulit dlm jem, nanti jemnya kelat)

3. Gaul isi manggis dgn gula hingga rata (JAM2). Ketepikan selama 2 jam. (hasil lepas 2 jam - JAM3)

4. Masukkan isi manggis tu dlm periuk yg dalam & tebal (paling mudah - guna periuk nasi tu)
5. Masak atas api kecil sambil dikacau sekali-sekala (tempoh yg saya ambil - 2 jam. tp ni akan berubah ikut dapur masing2lah ye)
6. Bila dh pekat, matikan api. (klu ikut penyumbang asal, jem ni patut gelap warnanya. klu jem dh pekat, tapi masih cerah, tambah air & sambung masak sampai dpt warna yg dikehendaki. tp jgn sampai terlalu pekat sebab jem ni bila dah sejuk, makin pekat)

7. Siap utk makan/simpan.


No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).