- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, June 12, 2009

Bubur Sum Sum

Percaya @ tdk, saya dulu prnh la buat kuih ala2 bubur sum sum ni. Masa tu my hubby (masa tu tgh bcinta), dia ckp nk mkn kuih tp at that time poket plak tgh pokai. Ada duit utk tambang gi keje jer. Tengok2 dlm almari kt dapur, tjumpa la tepung beras. Fikir pnya fikir, nk masak apa ek. Santan takde, kelapa takde, pewarna hijau takde, daun pandan takde. Yg ada gula melaka & gula kasar jer. Puas la duduk berfikir. Last2 saya kacau jer tepung beras dgn air, letak sedikit garam. Lps tu masak air gula melaka. Sedap gak. Skrg ni bila diingat2, kuih yg saya buat tu pn ala2 bubur sum sum gak, cuma takde santan jer. Janji kenyang. Klau perhatikn blik, mcm kuih lompat tikam pun yer, cuma takde santan & part warna hijau tu jer. Kelakar plak bila diingat2kan. Mcm tu la, bila dh takde sgt, apa2 pn bleh direka.


BUBUR SUM-SUM
Sumber : Kak Liza

Bahan
1.5 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan [1/2 biji kelapa]
1/2 s/k garam

Cara.
1. Panaskan kukusan.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan dalam periuk atau non-stik wok.
3. Kacaukan adunan sebentar dan tuangkan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
4. Kukuskan selama 5 minit.
5. Tutup api dan sejukkan.
6. Potong dan hidangkan bersama air gula merah.

AIR GULA MERAH

Bahan
1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan simpulkan

Cara.
1. Panaskan semua bahan sehinggan mendideh.
2. Tapiskan dan sejukkan.




Bubur Sum Sum
Sumber : sajionline

BAHAN-BAHAN:
500 gm tepung beras
250 ml santan kelapa
1 helai daun pandan
1 titik pewarna hijau
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tepung beras dicampurkan dengan santan.
2. Masakkan atas api yang kecil.
3. Masukkan daun pandan dan pewarna hijau.
4. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berketul.
5. Rasa garamnya dan biarkan sejuk.
6. Panaskan gula melaka dengan air hingga larut dan mendidih.
7. Biarkan pekat.
8. Hidangkan bila sejuk.




Bubur Sum Sum
Posted by
anawahid

Bahan2nya:-
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
Sedikit garam
1 sudu besar tpung jagung (optional) – nih bkn nk derhaka resipi yerrr, tp penah tnya kwn yg reti buat
Sedikit jus pandan / pandan paste (optional) – ni letak pasal dak wahid suka yg ader rasa pandan2 sket

Bhn2 kuah:-
1 ketul gula melaka – diracik hancur
2 mug air
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
** Dimasak Kesemua hingga gula hancur n mendidih***

Cara2nya:-
1. Masukkan semua bahan2 sum sum kedlm periuk, masak dengan api sederhana, jgn berhenti mengacau dan kacau sehingga pekat dan berkilat.
2. Masukkan kedlm loyang atau remekin sejukkan. Siap




BUBUR SOM SOM
Sumber : rinnchan

Bahan-bahan:
100gm tepung beras
30gm tepung Hoen Kwee (Tepung pulut pun ok, kalau tak ada..
guna semua tepung beras)
1 camca teh garam halus
500ml santan
500ml air

Cara-cara:
1. Satu semua bahan dalam periuk atau casserole.
2. Masak atas api sederhana. Sentiasa kacau supaya bancuhan tidak berketul.
3. Masak sehingga likat dan berkilat.
4. Angkat dan sejukkan seketika. Tuang dalam mangkuk atau bekas yg sesuai.
5. Siram sirap gula kabong ke atas Bubur Som Som apabila menghidangkannya.

Bahan-bahan Sirap Gula :
2 ketul gula kabong atau 150gm gula merah
250ml air
1 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan dalam periuk dan panaskan atas api hingga menggelegak.
2. Masak sehingga gula larut.
3. Tapis larutan sirap sebelum menggunakannya.
* Tuang siap-siap ke dalam mangkuk2 kecil lebih mudah utk dihidang. Jika tidak pun, tuang ke dalam bekas besar tetapi perlu mencedoknya ke dalam bekas kecil lain apabila menghidangnya nanti.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).