- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, June 1, 2009

Kuih Lipat @ Kuih Ropa

Kahkahkah, kelakar pn ada. Saya biasa mkn kuih ni tp tak tau namanya. Saya panggil kuih lipat jer. Tp bila belek2 kt internet masa cari resepi kuih ni, baru la tau yg org panggil kuih ni kuih ropa. Tp kuih lipat pn org panggil gak. Kuih ni mmg byk kt trganu. Klau gi kedai mkn yg jual sarapan @ kedai kopi, msti ada kuih ni. Mmg sedap sbb ada inti tp kadang2 agak bminyak. As far as i know, kuih ropa yg paling original intinya inti ikan. Sinonim dgn org trganu yg suka mkn ikan. Tp ada gak yg guna inti ubi kentang + ayam @ daging, ala mcm inti karipap tu. Tp for me, yg paling best tetap inti ikan.
Pg2 td cuba la buat kuih ni. Hubby la punya idea. Dia nk buat bekal ke tpt keje. konon2 nk tunjuk kt budak2 dia betapa 'peliknya' kuih org malaysia terutama kuih org trganu. Saya buat inti ikan la, baru ngam. Takde la susah sgt pb. Inti saya dh buah siap2 mlm td. Pg ni cuma bancuh utk kulit jer. Masakkan kulit, taruk inti, last goreng lg smpai kulit agak garing. Siap...


Kuih Ropa
Sumber : nanasarrah

Kulit dia

Bahan:
Tepung gandum
Air
Garam sikit
Telur (optional tak letak pong takpe-selalu saya buat tak letak pong tapi kalu makcik saya buat dia suka letak telur)

Cara:
masuk semua bahan dlm blender, blend jer sampai sebati.. kepekatan macam buat roti jala tuh. Biarkan seketika. Pastu ble laa lengang dlm kuali.

Inti:

Bahan:
4 / 5 biji Ubi keledek (kecik n besar)
2 ekor Ikan selayang size besar (rebus ambik isi)
Santan (saya beli yg siap punya RM1.20-guna tak sampai sebungkus)
air skit.
garam, tok aji skit (kalu nak letak laa)
2 tangkai Cili merah }
2 labu bawang besar } dimayang.

Cara:
1. Blender isi ikan rebus tuh ngan santan.
2. Masukan keledek yg dipotong kiub kecik2 dalam kuali, masukan ikan dan santan yg di blend tadi. Campur air skit. Masak sampai ubi keledek tuh agak ubi nak empuk laa.. Masukan garam + ajinomoto. rasa ler sukup rasa. (macam kita masak inti karipap tuh ler)
3. Agak2 nak kering tuh masukan bahan yg dimayang tuh. gaul rata. biar seketika bole angkat. Sejukan dulu.
4. Buat macam buat popia tuh.. letak inti kat atas kulit gulung macam popia. Dah siap ble goreng cicah ngan sos cili

Sos cili tuh mcm biasa (masak cili boh+garam+gula+nisan(gula melaka)+cuka+air)

Note: Saya buat sambil masak kulit tuh, masak jer kulit tuh satu persatu saya terus lipat dan masukan inti dia. Balance kuih ropa yg blom goreng ble simpan dlm peti ais.




KUIH LIPAT/KUIH ROPA
Posted by
nonie
Gambar : Kak Liza

bahan-bahan untuk adunan bater
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
secubit garam
7 helai daun pandan (blend dan ambil air secukupnya)
santan secukup kegunaan.

Cara :
Campur semua bahan dan tapis. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Panaskan kuali dan dadarkan sesenduk demi sesenduk hingga habis. Isikan inti dan gulung.

Bahan-bahan untuk inti kuih lipat/kuih ropa
3 biji kentang, potong dadu
2 biji bawang besar, potong dadu
1 helai daun sadri
250 gm daging kisar
3-4 sudu rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

bawang putih, bawang merah dan halia dimayang
minyak untuk menumis

Cara Membuatnya
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dimayang hingga kekuningan. Masukkan daging kisar dan kacau hingga daging kelihatan masak. Kemudian masukkan rempah kari daging yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak, baru dimasukkan kentang, garam, gula dan serbuk perasa. Tambah sedikit air untuk mengempukkan kentang. Kacau hingga kering. Akhir sekali masukkan bawang besar dan daun sadri. Kacau rata-rata dan angkat. Sejukkan sebelum digunakan.




KUIH PA
Sumber : BONDA
Kiriman :
Aishah

Bahan utk inti
1/4 kg daging lembu ] direbus dengan sedikit air
2 labu bwg besar ] dipotong dadu
2 sudu kicap
2 sudu serbuk lada hitam (nak pedas leh tambah lagi)
garam secukupnya

Caranya
1. Rebus daging sehingga empuk. Keluarkan daging dan potong dadu,simpan air rebusannya.
2. Tumis 1/4 bwg yg didadu tadi hingg naik bau.
3. Masukkan daging, kicap dan lada hitam. Masak seketika.
4. Masukkan air rebusan tadi.Biar agak kering.
5. Kemudian masukkan baki bwg dadu tadi. Masak sehingga bwg agak layu. Rasa garamnya. Siap.

Bahan utk kulit
1/2 kg gandum
1 biji telur saiz S
air secukupnya
secubit garam

Caranya
1. Masukkan telur,garam,gandum dan air ke dalam blender. Kisar semua hingga sebati.
2. Keluarkan kacau sehingga adunan tak terlalu pekat n tak terlalu cair. Sekiranya perlu tambah air,tambah n kacau sebati.
3. Taruk sedikit minyak pada kuali dan keringkan
4. Panaskan kuali,taruk adunan 1 senduk dan diratakan. Biar permukaannya mengelembung baru ditelingkut atas bekas yg ditaruk tisu(supaya tak melekat).
5. Taruk inti dan lipat
6. Ulang langkah 4 -5 sehingga adunan habis.
7. Boleh dimakan terus masa panas2 atau boleh dicelup dalam telur dan digoreng.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).