- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, June 10, 2009

Kuih Lopes

Teringin nk mkn kuih lopes sbb dh lama tak mkn pulut. Biasa klau masak pulut, tanak pulut mkn dgn ikan masin @ kelapa muda yg dicampur dgn garam. Ni stok nnisang kerek (gula melaka trganu) byk kt umah, beli masa blik kg ari tu. So dok mereka la nk buat kuih apa. Then dtg la ilham buat kuih lopis ni....gi ziarah umah kak liza, jupe resepinya..c&p je la.


Kueh Lopes
Sumber : Kak Liza

Bahan kuih :
2 cawan pulut [basuh dan rendamkan]
2 cawan santan + sikit garam
1 cawan jus pandan
1/2 biji kelapa parut muda

Cara.
1. Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut kedalam loyang dan kukus sehingga masa [30 minit]
2. Keluarkan dan masukkan dalam tudung botol nescafe yg telah dialaskan ngan pelastik.
3.Tekankan[kuat sikit] supaya pulut tadi mampat dan kemas.
4. Keluarkan [tarik pelastik alas dalam tudung tadi] dan gaulkan dgn kelapa parut tadi.
5. Hidangkan dgn air gula merah




Kuih Lopes
Sumber : sudipkayu

Bahan2
2 cawan beras pulut
4 sudu besar santan pekat
Secubit garam
Pewarna hijau
Gula merah
Daun pandan
Aluminium foil secukupnyer

Cara2
1. Beras pulut direndam semalaman. Bubuh kaler ijau.
2. Pastu, kukus pulut selama 1/2 jam. Kemudian, keluarkan...bubuhler santan pekat tu dgn garam, gaul sebati. Kukus lagi selama 15 minit.
3. Kemudian, amik pulut yg sudah masak dikukus tadi, bulat2 kan mcm bentuk lemang. Gulung sebnyk 2-3 lapis dgn aluminium foil. Make sure, gulung ketat2 yer....pastu bakar lagi dlm oven dgn api sederhana selama 1/2 jam. Bila dah masak, biarkan sejuk..baru potong..spy mendapat potongan yg cun gitu... Dinasihatkan, masak mlm, pagi besok baru potong.
4. Utk air gula pulak, rebus gula merah dgn daun pandan sampai pekat..senang je kannn....




Kuih Lopes
oleh:
Hazel

Bahan-bahan ( 40-45biji )
2 kg Beras Pulut
1-2 biji Abu-chang @ air abu @ kapur makan
Secukup Air
Daun pisang
Air Gula Melaka
Kelapa Parut

Cara-cara
1. Cuci Beras Pulut, Lalu rendamkan bersama abu-chang selama 6jam.
2. Sesudah 6jam, toskan.
3. Bersihkan Daun Pisang, potong saiz kecil, panaskan diatas api supaya daunnya lembut.
4. Lipatkan daun seperti bentuk segi-tiga
5. Kemudian masukkan pulut, padatkan, lalu bungkus ketat hingga menjadi bentuk segi -tiga.
6. Ulangi hingga mendapat 2-3biji, ikat dgn tali rafia supaya bila merebuskannya, pulut tak terkeluar.
7. Bila dah habis membungkus. Masukkan kedlm periuk besar, tuangkan air hingga menutupi kuih. Rebuslah selama 4jam.
8. Bila dah masak, keluarkan dari periuk dan biarkan ianya sejuk.
9. Balutkan kuih lopes dgn kelapa parut, sajikan bersama air gula melaka.




Kuih Lopes
oleh:
tulip77

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam

*** air gula ***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air

Cara-cara
1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.
2. Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
3. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
4. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
5. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).