- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, July 11, 2008

All About Pepper-Chicken

It has been few weeks i bought black pepper chicken for lunch at a food court near my office.I love it so much.So do my fiance.I haven't try this kind of cooking yet,but i'm thinking of trying it.My fiance told me to use black pepper sauce instead but i haven't bought it.Luckily i managed to get recipes using fresh black pepper.

BLACK PEPPER CHICKEN

Bahan-bahan
500 gm ayam
1 batang carrot [potong kecil]
1 s/b kicap pekat
2 s/b sos tiram
1 s/b tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

bahan hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci]
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah [hiris]

Cara membuat
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan carrot dan gorengkan sehingga masak/lembut.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.




AYAM GORENG LADA HITAM


Bahan
300 gm isi ayam [potong nipis]
1 s/k lada hitam
1 batang kecil carrot [potong kecil]
3 batang kacang panjang [potong pendek]
1 pokok daun ketumbar [potong kecil]
minyak
garam

Bahan mayang/hiris
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris, kacau sehingga layu.
2. Masukkan isi ayam, dan lada hitam kacau rata. Masakkan sehingga lembut.
3. Masukkan carrot, kacang panjang dan garam . Kacau rata dan biarkan sehingga lembut. Tambah sedikit air.
4. Tutup api dan daun ketumbar. Kacau rata.
5. Hidangkan dengan nasi atau roti.


AYAM LADA HITAM
Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-bahannya
1 ekor ayam, buang segala lemak dan kulit, potong 12
2½ sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
Garam secukup rasa

Bahan diatas digaul rata dan diperap selama ½ jam
4 sudu makan kerisik putih
1 sudu makan lada serbuk
1½ sudu teh serbuk jintan halus
1½ sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh kunyit serbuk
3 biji bawang besar, dihiris halus
3 biji tomato, didadu
1 jari kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
1 pelepah daun ketumbar, dirampai
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
1 cawan minyak kanola
Lagi 2 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar

Cara-caranya
1. Panaskan minyak didalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan pula minyak yang sama, hirisan bawang, kayu manis, cengkih dan pelaga. Tumis sehingga naik aromanya.
3. Masukkan pes halia/bawang putih dan tomato. Masak selama 5 minit. Selepas itu, masukkan lada serbuk, kerisik, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, kunyit dan garam. Tuang ½ cawan air.
4. Masukkan kepingan ayam goreng dan masak selama 5 minit lagi. Taburkan gula, lada hitam, hirisan daun ketumbar dan renihkan selama 5 minit.
5. Enak disajikan dengan sebarang nasi mahu pun roti.



AYAM PERCIK LADA HITAM
Bahan
1 ekor ayam [belah 4]
2 cawan santan [1 biji kelapa]
1 batang serai [ketuk]
3 keping asam keping
garam

Bahan Mesin
1 s/b lada hitam
5 tangkai ciliapi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit
3 batang serai

Cara
1. Bersihkan ayam.
2. Masukkkan semua bahan dalam kuali dan biarkan mendideh.
3. Keluarkan ayam dan masukkan dalam loyang.
4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 20 minit [gunakan api atas]
5. Masskkan kuah yg lebihan sehinga agak pekat.
6. Bila ayam telah garing boleh hidangkan dengan kuahnya.

Ayam bakar black pepper

Bahan-bahan ( 4 orang )
Ayam 1 ekor, cuci bersih
Sos black pepper 1 botol
bawang Putih 5 biji ditumbuk
Serbuk lada hitam kasar
Butter

Cara-cara
1. Campurkan sos black pepper ngan bawang putih.
2. Sapukan rata pada ayam.
3. bakar di ketuhar pada 150 degrees celcius selama 30 hingga 45 minit atau sampai masak.
4. Waktu dibakar, sapukan butter pada kulit ayam setiap 10 minit. Kalau takde roasting yang berpusing, pusingkan ayam supaya bakar rata.
5. Letakkan loyang di sebelah bawah oven, supaya jusnya jatuh ke dalam. Taklah comot oven, bole juga gunakan jusnye buat kuah
6. Kalo nak buat kuah, setelah selesai bakar ayam, alihkan loyang ke atas stove. Buka api perlahan, masukkan secawan air, gaulkan dengan jus tadi menggunakan sudu. tambah sedikit tepong jagung supaya pekat.
7. Potong ayam ke 4 bahgian. Sajikan dengan kuah kalo mahu.


Ayam black pepper

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
1/2 ekor ayam dipotong kecil
sedikit garam & kunyit untk mengoreng ayam
4 biji bawang merah (ditumbuk)
3 biji bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 biji Bawang besar (dipotong bulat)
3 s/b cili giling (kalo x nak pedas blh kurangkan)
1 tangkai cili merah & hijau (dibelah tengah)
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
jintan manis & jintan putih (dikisar)
1 s/b lada hitam - dikisar (kalo nak letak lebih, lg power)
kicap manis & masin (ikut citarasa masing2)
2 s/b sos tiram
minyak untk menumis
garam & serbuk perasa (ajinomoto)
air (ikut citarasa masing-masing)

Cara-cara
1. lumurkan ayam dgn garam & kunyit, kemudian digoreng( x goreng terlalu garing). angkat ayam & ketepikan
2. tumiskan bahan-bahan yg ditumbuk
3. masukkan kulit kayu manis,bunga lawang ,jintan manis & jintan putih, diikuti lada hitam, tumis sehingga wangi
4. kemudian masukkan cili giling, tumis sebentar.
5. kemudian masukkan kicap manis & masin, dikacau sebentar. diikuti sos tiram
6. masukkan air (kalo suka kuah bnyk boleh masukkan lebih), biarkan kuah mendidih
7. kemudian masukkan garam & serbuk perasa. diikuti ayam yg telah digoreng, biar sebentar sehingga ayam mesra dgn kuah tadi dan pekat
8. akhir sekali masukkan cili merah & hijau, diikuti bawang besar dipotong bulat.




Grilled Chicken With Black Pepper Sauce
Ingredients:
Half organic chicken with skin - cleaned and dab excess moist with kitchen towel.

Marinade sauce:
2 tbsp of HP sauce
1 tbsp of osyster sauce
2 tbsp of black pepper sauce
1 tbsp of dried rosemary herb
Dash of Tabasco sauce

Method:
1. Mix all the sauces and rub the chicken thoroughly making sure the sauces goes under the skin too. Marinate the chicken for at least half an hour before you grill it.
2. After the chicken has been thoroughly rubbed, you have an excess of all the sauces. Keep them for its sauce.
3. Put the chicken on a grill pan and grill at 230 degree Celcius in a preheated oven for 40-45 minutes. You will the juice at the end of the grilling. Keep the juice.

Black Pepper Sauce:
Remainder of marinade sauce
Chicken juice from the grilling
1 tbsp freshly milled black pepper
1 onion - diced
2 cloves of garlic - crushed
1 tsp of ikan bilis granules
1 tbsp of flour
1 tbsp of unsalted butter
Sugar and salt to taste

Method:
1. Heat up the wok and melt the butter. Stir fry the onion and garlic until fragrant. Add in the remainder of the marinade sauce, black pepper and ikan bilis granules. Stir for a few seconds.
2. Add in the flour and fry a little longer. This will make your sauce thicken and once thicken, add in chicken juice (from grilling), season with salt and sugar. The thickness of your sauce shall depend on you. If you like it a little bit thin, just add hot boiling water. Simmer for a minute and pour over the grilled chicken. Serve hot.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).