- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, July 2, 2008

Pasta Taucu

BIHUN GORENG TAUCU

Bahan
1 paket bihun [rendam sehinggan lembut dan toskan]
250 gm daging [hiris kecil dan rebus lembut]
1 mangkuk sawi/ sayur kucai
1 mangkuk kobis racik
1/2 batang carrot sagat
1/2 cawan taucu masin
1/2 cawan air

Bahan tumis
3 s/b minyak
3 s/b cili mesin
3 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] tumbuk

Bahan hiasan
1 keping tahu goreng [hirips kecil]
1 pokok daun sup [racik]
1 pokok daun bawang [racik]
2 tangkai cili merah [hiris]
bawang goreng

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan daging. Masukkan sedikit air dan kacau rata.
3. Bila daging telah sebati masukkan taucu, bihun dan sayuran.
4. Kacau rata dan rasakan garam.
5. Angkat dan haskan dengan bahan hiasan.

Bihun Goreng Taucu

Ingredients :
2 packets of 30 gm Adabi Fried Noodle paste
600 gm vermicelli (soaked till it’s soft and rinsed)
100 gm taucu
50 gm dried prawns (pounded)
200 gm fresh prawns (skinned)
8 red onions (finely sliced)
3 cloves of garlic (finely sliced)
300 gm beans sprout (cleaned and rinsed)
A handful of kuchai leaves
7 red chillies (finely pounded)
1 cup of tamarind water
20 tablespoons of cooking oil
1 teaspoon sugar
Salt to taste

Cooking Method :
1. Heat the oil
2. Add Adabi Fried Noodle paste, taucu, dried prawns, fresh prawns, red onions, garlic and red chillies together
3. Add tamarind water, sugar, salt, vermicelli and fry it crisply
4. Add beans sprout and kuchai leaves
5. Ready to be served

Mihun Goreng Berkuah Taucu

Bahan – bahan
1 bungkus mihun, direndam hingga kembang
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2sm halia
3 camcam teh serbuk cili
sedikit belacan
4 camca besar taucu
300 gm udang, dibersihkan
50 gm tauge, dibuang ekor
100 gm kucai, dipotong 3 cm panjang
garam secukupnya
telur rebus, cili hiris dan limau kasturi sebagai hiasan

Cara membuatnya
1. Bawang merah ,bawang putih dan halia ditumbuk hingga lumat .
2. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik baunya dan garing . Masukkan serbuk cili, belacan dan taucu. Masukkan udang, biar garing.
3. Masukkan tauge, kucai dan tauhu. Tuang mihun yang telah disejat. Gaul rata dan rasa garamnya.
4. Hidangkan dan hias bersama telur rebus, cili hiris dan limau kasturi. Tuangkan kuah keatasnya

Bahan – bahan untuk kuah
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
3 camca besar serbuk cili
200 gm udang
50 gm taucu
air secukupnya
gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Bawang merah ,bawang putih dan halia ditumbuk hingga lumat .
2. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik baunya dan garing . Masukkan serbuk cili, biar garing.
3. Masukkan udang dan taucu. Kacau, masukkan air secukupnya .Masukkan gula dan garam dan sesuaikan rasanya .Tuangkan keatas mihun

MAKARONI GORENG TAUCU


Bahan-bahannya:
200 gm makaroni - direbus hingga masak
20 ekor udang bersaiz kecil
4 ulas bawang putih - dihiris
3 keping cendawan butang - dihiris
2 batang daun bawang - dihiris
1 biji cili merah - dicincang halus
1 sudu makan taucu
2 sudu teh kicap pekat
1.5 sm halia -dihiris
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Goreng bawang putih & halia dalam minyak panas sehingga naik bau.
2. Masukkan udang & gaul hingga rata.
3. Campurkan cendawan, cili, taucu, daun bawang & kicap pekat. (renjiskan sedikit air jika terlalu kering)
4. Kacau 1 - 2 minit kemudian masukkan makaroni.
5. Tambah garam secukupnya. Kacau rata hingga masak & sedia dihidang.

Mee siam berkuah taucu


Bahan Untuk Kuah
2 sudu besar minyak masak
2 1/2 sudu besar taucu
2 gelas air
Sedikit gula

Bahan Untuk Mee
1 Bungkus meehoon
Isi Ayam
Udang
Sawi
Taugeh
Daun kucai
Sedikit daun sup
2 sudu besar taucu
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan menumis untuk diblender
10 tangkai cili kering
10 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
1/2 cawan udang kering

Cara-cara Untuk kuah
1. Panaskan minyak. Tumiskan taucu hingga naik bau. Masukkan air, gula dan biar mendidih. Kecilkan api biar mendidih lagi sehingga anggaran air tinggal segelas. Sejukkan.
2. Blendkan kuah taucu supaya semua kekacang soya hancur dan kuah memekat.

Cara-cara Untuk mee
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 penumis yang telah diblender sehingga naik bau.
2. Masukkan sedikit garam, taucu, udang dan isi ayam.
3. Masukkan bihun yang telah direndam sehingga lembut.
4. Gaul bihun sebentar. Kemudian masukkan sayur2an dan gaul sebati.
5. Hidang mee siam bersama semangkuk kecil kuah. Bila nak makan baru tuangkan kuahnya.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).