It has been a week i caught a fever.Last night i had a running nose & headache.This morning i can't get out of the bed.So my fiance decided to take day off to accompany me.I heard he was cooking in the kitchen.Surprise,surprise!He cooked macaroni soup for me using the macaroni leftovers.He pursuaded me to eat a little coz' soup is good for fever & running nose.I asked him where did he get the idea to cook this soup.Well oh well,actually he went through my written book recipe i put on top of the kitchen cabinet & he saw there was macaroni left in the cabinet.Very special & very concern...i guess it's ok if i get sick everytime bcoz' i know somebody will take care of me.
Bahan
200 gm macaroni [rebus sehingga lembut dan toskan]
500 gm ayam [potong kecil]
3 biji kentang [potong dadu]
1 batang carrot [potong kecil]
sedikit kobis [potong kecil]
1 pokok daun sup [racikkan]
1 pokok daun bawang [racikkan]
1 s/b lada hitam [tumbukkan]
bawang goreng
air secukupnnya
minyak
garam
Bahan tumis
2 ulas bawang putih [hiris]
3 ulass bawang merah [hiris]
2 cm halia [hiris]
1 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
hirisan ciliapi + jus limau
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan ladahitam. Kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan air, garam kentang dan carrot. Biarkan mendideh.
4. Bila sudah masak hidangkan dengan macaroni dan daun sup, daun abwang dan juga bawang goreng.
5. Jika nak pedas tambahkan cili hiris dan perahan limau.
Bahan-bahannya
1 paket (250 gram) pasta penne
4 keping isi dada ayam
1 batang karot, dibersihkan dan dipotong ikut suka
3 biji kentang, dikupas kulitnya dan dipotong ikut suka
2 liter air
1 batang kayu manis
3 kelopak bunga lawang
3 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 tangkai daun sup, dibersihkan dan dipotong sepanjang 2 inci
Sedikit bawang goreng
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan halus
Bahan untuk Sambal Kicap
5 batang lada merah
10 tangkai cili padi thailand
1 ulas bawang putih
5 sudu makan kicap
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Masukkan juga bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan rempahnya masak.
2. Masukkan air, isi dada ayam, lobak dan kentang. Biarkan kuahnya mendidih dan pastikan kentang dan lobak empuk.
3. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan daun sup dan sedikit bawang goreng. Padamkan api. Kuah telah pun siap dimasak. Cara untuk menghidang
4. Rebus pasta penne mengikut peraturan di paketnya. Angkat dan toskan. Sewaktu merebus pasta boleh letak 2 sudu makan minyak, ini supaya pasta tidak melekat bila ia ditoskan.
5. Isi dada ayam yang didalam kuah dikeluarkan dan disiat-siat. Ketepikan.
6. Letakkan pasta penne kedalam mangkuk, tuangkan kuah dan letak juga karot dan kentang.
7. Kemudian letakkan isi dada ayam yang telah disiat-siat. Taburkan dengan bawang goreng dan hidangkan dengan Sambal Kicap.
Nota: Enak dihidangkan panas dan jangan lupa Sambal Kicapnya.
Bahan-bahan ( 4 orang )
300 g pasta kerang, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
1 keping dada ayam, didadu*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
1/2 camca teh garam*(*disatukan dan perap 15 minit)
10 kuntum cendawan butang, belah 4 setiap satu
1 biji ubi kentang, didadu sederhana besar
2 liter air
2 kiub ayam "MAGGI"
1 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:-
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji pelaga
1 batang leek, dihiris halus
4 ulas bawang merah, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
BAHAN HIAS:-
Bawang goreng
Hirisan daun sup/bawang
Hirisan cili padi (jika suka)
Cara-cara
1. Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak dan masukkan kesemua bahan2 tumis dan tumis hingga wangi. Masukkan kentang dan cendawan, kacau goreng utk 1 minit. Tuang air dan masukkan kiub ayam. Biar masak atas api sederhana hingga kentang 3/4 empuk.
2. Kemudian masukkan ayam, serbuk lada sulah dan perasakan dgn garam secukupnya. Biar mendidih hingga daging ayam masak dan kentang empuk.
3. PENYEDIAAN PASTA:- Dalam mangkuk, isikan pasta secukupnya, tuang kuah dgn isi2nya sekali dan hias dgn bahan hias sebelum dihidangkan. Jika tak tahan pedas tak payah bubuh hirisan cili padi tadi..
4. Penggunaan pasta tu terpulang pada kemahuan masing2, apa jenis pasta pun ok. Untuk kali nie mat cuba pasta bentuk kerang yg comel2 (dalam gambar tu pasta yg belum direbus....)
Bahan-bahan :
1 paket macaroni
1 sudu besar minyak masak
air secukupnya
Cara membuat:
1. Rebus air dalam periuk hingga mendidih.
2. Kemudian masukkan macaroni ke dalam air yang mendidih .
3. Bila dah lembut, tapiskan semua macaroni tu dalam penapis sambil dibilas dengan air paip/air sejuk.
4. Tujuannya supaya macaroni tu cepat sejuk dan tak melekat
5. Gaul dgn minyak sehingga sekata
Bahan-bahan Sup:
5 ulas bawang merah }dimayang
3 ulas bawang putih }dimayang
1 inci halia }dimayang
3 keping dada ayam } dipotong kecil-kecil
1 batang lobak merah } dihiris bulat-bulat
1 potong pokok kobis bunga
1 potong pokok brocolli
2-3 biji ubi kentang } dipotong kecil-kecil
1/3 peket serbuk rempah sup (campur dengan sedikit air)
1 sup bunjut
sedikit minyak masak untuk menumis
garam, ajinomoto dan gula secukup rasa
1 tangkai daun sadri
bawang goreng untuk hiasan
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi dan kekuningan.
2. Masukkan rempah sup yang telah dicampurkan dengan air tadi dan ditumis.
3. Bila dah pecah minyak, bolehlah masukkan air hingga paras ¾ periuk tadi.
4. Masukkan ayam, sub bunjut dan ubi kentang ke dalam periuk dan biarkan ubi kentang empuk dan sup tu mendidih.
5. Kemudian masukkan sayur-sayuran yang dipotong tadi serta garam secukup rasa
6. Bila sayur-sayuran dah masak bolehlah diangkat dan tabur sedikit bawang goreng dan daun sadri
Bahan-bahan Sambal Kicap:
5 sudu besar Kicap Masin
1 sudu besar Kicap Manis
5-6 ulas cili padi boleh tambah jika suka pedas
Cara membuat sambal kicap
Kisar cili bersama kicap
Cara menghidang:
Bila nak makan baru campurkan macaroni bersama sup dan kicap
No comments:
Post a Comment