- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, July 13, 2008

Special Dish For Our Visitor

Today my fiance invites his friend to have lunch together.He's from indonesia & my fiance wants to cook something different from what his friend has always cooked for him at the site project.Early morning we went to the wet market to buy fresh ingrediants.After surveying the market,finally he decided to buy 'ikan bawal'.So,here are our cooking for our visitor (based on the following recipes).

IKAN 3 RASA

Bahan
1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
Tepung jagung [untuk salut ikan]
1 labu bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ]
1 s/b halia
Minyak untuk goring ikan

Bahan Sos
½ cawan sos toamto
3 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
3 s/b air
1 s/k gula

Bahan Hiasan
1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm]
2 biji cili merah ]
2 biji cili hijau ] mayang
2 biji buah tomato [belah 4

Cara
1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi.
4. Kacau rata sehingga mendideh. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.

Ikan Tiga Rasa

Bahan-Bahannya:
500 gm ikan bawal hitam - dicuci dgn garam dan asam
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil serbuk lada sulah
300 ml minyak sawit

Bahan Bahan Sos
2 sudu besar halia - dicincang
1 sudu besar bawang putih - dicincang
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
½ sudu kecil minyak bijan
200 ml air
1 sudu besar bancuhan tepung jagung
3 sudu besar minyak

Bahan - Bahan Hiasan
3 tangkai daun ketumbar
2 tangkai cili merah - dibuang biji dan dicincang kasar

Cara Memasak:
1.Panaskan minyak masak.
2.Campurkan kedua-dua jenis tepung, sadurkan serbuk lada sulah bersama ikan.
3.Sadurkan ikan bersama tepung dan goreng sehingga masak dan toskan minyaknya.
4.Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis halis dan bawang putih, layukan sahaja.
5.Masukkan air, kecilkan api, renehkan buat seketika. Campurkan tiga jenis sos dan masukkan ke dalam kuali kemudian kacau rata.
6.Masukkan minyak bijan dan bancuhan tepung jagung dan kacau cepat.
7.Hidangkan ikan dengan sos dan taburkan hirisan daun ketumbar dan cili merah.

SAWI CAMPURAN MEE & BEBOLA IKAN

Bahan:
1 ikat sawi
3 ulas bawang merah ]
1 ulas bawang putih ] ditumbuk hingga lumat
Sedikit lada hitam ]
Garam secukup rasa
Bahan perasa
Mee Hoon @ Suhun
Bebola Ikan
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan air. Apabila air sudah mendidih, masukkan bebola ikan.
3. Apabila bebola ikan sudah masak (timbul), masukkan sawi, mee hoon @ suhun, garam & bahan perasa.
4. Apabila sawi & mee hoon @ suhun sudah masak, matikan api & sedia untuk dihidangkan.

Bahan Untuk Bebola Ikan:
5 ekor ikan selayang @ ikan kembong

Cara Membuat bebola ikan:
1. Siangkan ikan.Asingkan isi ikan & tulang.
2. Tumbuk isi ikan hingga lumat.
3. Bulatkan isi ikan menjadi bebola.


DADAR TELUR PUDINA

Bahan
4 biji telur
3 biji cili merah [mayang]
1 labu bawang besar [ mayang]
6 - 8 pokok daun pudina [racik]
garam
minyak

Cara
1. Masukkan semua bahan dlam mangkuk dan kacau rata.
2. Panaskan minyak dan masukkan adunan telur.
3. Masakkan dengan api yg sederhana.
4. Terbalikkan sebelah lagi.
5. Bila nampak telur kuning keemasan boleh tutup api.
6. Masukkan dalam pinggan. Hidangkan.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).