Yesterday i've already cooked black pepper chicken.So my fiance wanted to taste my cooking as today he'll come back home.Instead of chicken,he asked for beef as it was his favorite.So,here is the recipe i've used.
Bahan-bahan
500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...
bahan tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar
bahan hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.
Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )
500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
minyak utk menggoreng
Cara-cara
1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.
Bahan-bahan nya
1 kg daging lembu ( sirloin atau top loin ) daging jenis ni lembut & lekas empuk
2 sudu mkn black pepper sauce
5-6 ulas bawang putih
1/4 sudu teh lada hitam
Minyak utk menumis
1-2 lada capsicum (hijau, merah, kuning terpulang ikut selera)
1 biji bawang dihiris kasar2
Garam secukup rasa
Cara memasak
1. Hiris daging dlm ketebalan 1", jgn terlalu tebal nanti lambat nak empuk. Perap dgn 1 sudu makan black pepper sauce, sedikit garam. Perap utk seketika.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih, masukkan daging, lada hitam, garam, baki black pepper sauce. Masak sehingga daging empuk, kemudian masukkan capsicum & bawang potong. Kalau suka boleh tambahkan daun bawang.
Bahan A:
500g daging batang pinang (dihiris tipis)
1 sudu kecil bawang putih dicincang
1 sudu besar sweet sauce (boleh guna kicap manis saja)
1 sudu makan oyster sauce
1 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
1/4 cawan air
Minyak untuk menumis
Bahan B:
1 cawan capsicum (campur semua warna) dihiris
1 biji bawang bangla di potong enam
1 ikat daun bawang dipotong sepanjang 3 inci
2 biji tomato besar potong enam
3 inci halia di hiris halus seperti batang mancis
Cara:
Panaskan sedikit minyak dikuali.. masukkan bawang putih, daging dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga daging empuk.. Akhir sekali masukkan sos manis, sos tiram, dan kesemua bahan B. Setelah sebati.. masukkan sedikit air. Bubuh garam dan gula jika perlu..
Bahan-Bahan :
Daging - Direbus dan hiris nipis
½ cawan kicap pekat
¼ cawan sos tiram
2 sudu sos lada hitam
3 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
1 mangkuk air asam jawa
4 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 labu cili epal (capcicum) - potong panjang
1 batang salary - potong panjang
1 labu bawang besar - potong kiub
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan segelas air
Gula dan garam secukup rasa
Cara :
1. Tumis bawang merah, putih, halia hingga naik bau.
2. Masukkan kicap pekat, sos lada hitam dan lada hitam.
3. Maukkan daging, air asam jawa. Biar mendidih.
4. Masukkan tepung jagung yg telah dibancuh
5. Masukkan sos tiram, gula, bawang besar, salary, capsicum.
6. Biarkan mendidih dan pekat.
No comments:
Post a Comment