- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, July 21, 2008

All About Sago

Yesterday i went to a supermarket near my house to buy some house grocceries. When i wanted to pay,i realized i had taken thing that i've no plan to buy, sago.I thought of to put it back at the rack, but then i guess it was ok to buy it as i can make something from it.So,last night i made 'asam gumpal' & i used the recipe i got from the net.& it was my mom's favorite.I remember, my father always bought this food for my mom during fasting month.It was a little bit weird to hear its name & when i was first tasting it,i dislike it, may be bcoz' of the taste of 'halba'.But when i've grown up,whenever my mom or my father bought it,i'll have some bcoz' actually the taste is not that bad.


ASAM GUMPAL

Bahan
500 gm sagu mata ikan
1 biji kelapa [3 cawan santan]
1 s/b halba
2 cm halia [hiris]
2 ulas bawang merah [hiris]
1 cawan kacang hijau
1 cawan gula

Cara:
1. Kacang hijau direbus sehingga empok dan nampak pecah.
2. Bila nampak agak kering masukkan gula dan kacau sehingga kering betul.
3. Tutup api dan biarkan sejuk.
4. Bulatkan inti kacang hijau dan ketepikan.
5. Sagu direndamkan dan toskan. Siramkan dengan air panas dan kacau rata.
6. Kepalkan sagu dan masukkan inti kacang hijau tadi.
7. Letakkan dalam kukusan. Kukuskan sagu sehingga masak.[lebih kurang 20 minit]
8. Masakkan santan dengan halia, halba, bawang merah dengan api perlahan sehingga mendideh.
9. Masukkan sagu dan masakkan sebentar.
10. Sejukkan dan hidangkan

ASAM GUMPAL

Bahan-Bahan:
250 gm biji sago
2 liter air
5 gm garam halus

Kuah:
1 liter santan
60 gm gula merah
15 gm biji halba
20 gm bawang merah (dihiris)
15 gm halia (dihiris)

Cara:
1. Rebuskan biji sago bersama-sama dengan air garam sehingga masak.
2. Tapis dan sejukkan. Gumpalkan sago tadi sehingga menjadi padat. Tumiskan bawang dan halia sehingga naik baunya.
3. Masukkan santan, gula merah dan biji halba. Didihkan sehingga menjadi pekat.

ASAM GUMPAL TRG [NoorMasri]

Bahan-bahan:
500 g sagu mata ikan
1 biji kelapa parut (buang kulit arinya)
200 g kacang hijau (yg telah dibuang kulitnya)
3 ulas bawang merah } dimayang halus
? cawan gula pasir } boleh tambah/kurang ikut citarasa masing2
sedikit halia } dimayang halus
sedikit halba
sedikit garam

Cara membuat:
1. Kacang hijau direbus hingga empuk dan hancur.
2. Masukkan gula dan kacau hingga kering. Kemudian angkat dan sejukkan
3. Kepal adunan kacang tadi menjadi bulat-bulat kemudian ketepikan
4. Sagu dibersihkan dan percikkan sedikir air hingga kembang
5. Siramkan sekali lagi dgn air panas mendidih sampai rata
6. Buat begini hingga sagu boleh dibulat-bulatkan
7. Masukkan adunan kacang tadi dlm sagu sbg inti.Bulatkan semula sagu tersebut hingga kemas. Buat begini hingga selesai
8. Setelah selesai, kukuslah sampai masak
9. Perah santan anggaran 2 cawan. Kemudian jerang santan atas dapur. Masukkan bawang merah, halba dan halia. Kacau selalu hingga mendidih. Masukkan sedikit garam
10. Bila telah mendidih, masukkan sagu yg telah dikukus tadi. Kacau perlahan dan rata kemudian bolehlah diangkat.


I've some sago left after making 'asam gumpal' last night.So,today i was thinking to make another dish using sago, bronok @ bolok sago (people from my place called it), or known as sago rose.

Kuih Bronok Sagu

Bahan-Bahannya
1/2 gelas sagu biji
3 gelas air
1 senduk besar gula
1/4 biji kelapa
sedikit garam dan pewarna merah

Cara membuatnya:
1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya. Kelapa dibuang kulit dan airnya, kemudian diparut dan gaulkan dengan sedikit garam.
2. Masakkan gula dengan air hingga hancur dan mendidih setelah itu masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang. Bila sagu kembang angkat dan sejutkan. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan kelapa parut yang telah digaul garam.


NONA ROSE @ Sagu

Bahan-bahan ( 1 loyang besar )
3 cawan sagu (basuh & toskan)
5 cawan air
2 1/2 cawan gula
sedikit pewarna merah
sedikit esen ros

Cara-cara
1. rebus air dan gula sehingga mendidih
2. masukkan pewarna dan esen ros
3. masukkan sagu biji, kacau sampai rata dan kembang
4. masukkan ke dalam acuan yang telah disapu minyak
5. kukus selama 10-15 minit
6. masukkan pewarna dan esen ros
7. masukkan sagu biji, kacau sampai rata dan kembang
8. masukkan ke dalam acuan yang telah disapu minyak
9. kukus selama 10-15 minit

SAGU ROS

Bahan-Bahan
300 gm sagu mata ikan
1.2 liter air
1,000 ml sirap ros
½ biji kelapa parut

Cara:
1. Masukkan air ke dalam periuk dan campurkan sirap ros, masak sehingga mendidih.
2. Masukkan sagu dan kacau perlaha-lahan sehingga sagu bertukar jernih.
3. Setelah masak, alihkan ke dalam acuan.
4. Sebelum menghidang, taburkan kelapa parut di sekelilingnya.

SAGU BRONOK

Bahan-Bahannya:
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1/2 biji kelapa parut [muda] ]
sedikit garam ] gaulkan rata
pewarna merah
daun pandan [simpulkan]

Cara
1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
2. Masakkan gula dan daun pandan dengan air hingga hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang.
4. Bila sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan
5. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam.
6. Hidangkan.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).