- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, July 25, 2008

Happy Birthday 2 Me - Nasi Tomato

Happy birthday to me, happy bithday to me, happy birthday to me, happy birthday to me.
Today is my birthday.My age?Biarlah rahsia....but i'm 30's right now.Today my fiance come back especially to celebrate my birthday.There's no party, no guest,only the 2 of us.I guess,when we've become an item,we preferred to celebrate most of important occassion in our life like our birthday, together.
So today,he volunteers himself to cook for me a special, Nasi tomato & Ayam Masak Merah.Very delicious...yum,yum!


NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH
NASI TOMATO
Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..

AYAM MASAK MERAH

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.



NASI TOMATO

Bahan-bahan:
Beras basmathi - 2 pot (dibasuh bersih & ditoskan)
Bawang besar - 1/2 biji sederhana dihirs nipis
Bawang putih - 2 ulas besar dicincang
Halia - 3 cm dihiris nipis
Rempah penumis - kayu manis 1 1/2 inci, bunga lawang 1biji, buah pelaga 5 biji
Minyak sapi 1 1/2 sudu besar + Majerin 1 sudu besar

Buah tomato segar - sebiji sederhana besarnya, dicincang
Sos tomato 3-4 sudu besar
Garam secukupnya - utk setiap pot beras, garam 1 sudu kecil paras rata
Air pula, utk setiap pot beras basmathi, 1 1/4 pot air, utk 2 pot beras = 2 1/2 pot air, kurangkan 1/2 pot air, gantikan dengan susu cair atau susu segar

Cara:
1. Panaskan minyak sapi dan majerin di dalam periuk.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia & rempah penumis sampai agak garing.
3. Masukkan buah tomato cincang & sos tomato.
4. Padamkan api, masukkan bahan tumisan ini ke dalam beras didalam periuk nasi, kacau rata secara perlahan-lahan, takut beras patah.
5. Masukkan air & susu cair/segar.
6. Akhir sekali masukkan garam & gaul rata.
7. Bila nasi dah kering, taburkan kismis ke atasnya, jangan dikacau, biarkan sahaja.
8. Apabila nasi dah benar2 masak, biarkan selama 10-15 minit dalam periuk nasi, kemudian digembur dari tepi secara perlahan-lahan agar nasi tak patah-patah.

***
1. Kalau nak rasa sedap, campurkan minyak sapi & majerin, butter saya rasa kureng sikit, minyak sapi tak bergaram, majerin masin sikit so kombinasi yang baik!
2. Masa mengacau bahan2 yang ditumis ke beras adalah langkah yang paling penting, pastikan semua beras benar2 rata dengan bahan2 yang ditumis.

AYAM MASAK MERAH BERMADU

Bahan-bahan:
Ayam - dibersihkan, dipotong, digaulkan dengan sedikit serbuk kunyit & garam, kemudian digoreng separuh masak, ketepikan...

Bawang besar - 1 labu besar, dicincang/dihiris nipis
Bawang putih - 3 ulas besar , dicincang/dihiris nipis
Halia - 3cm, dihiris
Cili kisar - 5-6 sudu besar
Sos tomato - 4 sudu besar
Air - 1 cawan
Bawang besar - 1/2 atau 1 labu , dipotong bulat
Madu - 1-2 sudu besar
Garam secukupnya

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih & halia yang dihiris nipis tadi..
2. Setelah naik bau, masukkan cili kisar, tumis hingga cili masak.
3. Kemudian masukkan sos tomato, kacau rata, kemudian dimasukkan air.
4. Masukkan ayam yang di goreng separuh masak tadi & bawang besar yang dipotong bulat, tutupkan kuali, biar sampai mendidih.
5. Bila dah mendidih, masukkan madu & garam secukupnya, bila dah masuk madu takleh biar lama atas api, nanti rasanya jadi lain, hanya biarkan mendidih sekali lagi, kemudian tutupkan api.
6. Siap dihidang.

Nota tambahan:
***Masak merah bermadu ni, yang pentingnya, cili kisar mesti melebihi jumlah sos tomato, baru ok rasanya..
***Kalau rasa kuahnya tak cukup, doublekan jumlah bawang2, cili kisar & sos tomato..

Tentang salad pulak, selalunya kalau orang buat nasi tomato ke nasi beriani ke mesti nak dimakan dengan acar kan, tapi saya tak suka makan acar pasal rasa cuka tu, saya lebih suka makan salad tomato, memang sedaplah dikenakan dengan nasi tomato ni.. Terutamanya mayonis tu, memang kena digandingkan dengan nasi ini.
Salad

Bahan-bahan
Daun salad - dibersihkan & dipotong
Buah tomato - di cuci bersih, dipotong kecil2 & dibuang empulur tengahnya
Mayonis

Cara-caranya :
1. Gabungkan daun salad & tomato yang dipotong2 tadi di atas mangkuk hidang.
2. Picitkan mayonis ke atas salad ini.
3. Siap dihidang!

NASI TOMATO & ayam masak merah
From : [RNaliza@csd.tnb.com.my]

Bahan-bahan:
3 tin susu beras - direndam lebih kurang 15 minit
5 sudu besar susu cair
1/2 tin tomato heinz
Bahan untuk menumis :
5 ulas bawang merah - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
sedikit buah pelaga, kulit kayu manis,bunga cengkih dan bunga lawang
sedikit halia - dimayang
daun pandan
sedikit minyak sapi
1 kotak kismis kalau suka

Cara - Caranya :
Tumis minyak sapi, masukkan bahan-bahan yang hendak ditumis bila sudah naik bau masukkan tomato serta susu cair kemudian masukkan beras dan air.
Bila nasi sudah kering masukkan pula kismis tadi

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
½ ekor ayam - digoreng jangan garing
sedikit cili kering
bawang merah
bawang putih
halia
serai
lengkuas
dimesin
sos tomato
tomata heinz
sedikit susu cair
garam
gula dan kacang peas

Cara-caranya :
Panaskan minyak tumiskan bahan yang dimesin, biarkan sampai pecah minyak
masukkan sos tomato, tomato heinz sedikit susu cair bolehlah dimasukkan ayam dan masukkan garam serta gula dan biarkan ia kering dan masukkan kacang peas


Nasi Tomato Bonda
Kiriman: Zamzuhaili Azrin

Bahan-bahan untuk membuat nasi tomato:
1.Tomato (dicincang dadu)
2.Tomato Puree (satu tin kecil)
3.Halia (dikisar halus)
4.Bawang Besar dipotong Dadu (2 Labu)
5.Minyak Masak
6.Marjerin
7.Rempah Tumis
8.8 pot Beras
9.Sedikit Daun Pandan.
10.Sedikit air
11.Garam
12.Serbuk Perasa

Bahan-Bahan untuk Membuat Ayam Masak Merah Madu:
1.Ayam yang telah digoreng.
2.Halia (dikisar)
3.Bawang Putih 1 Labu dan Bawang Merah 2 Labu dikisar bersama
4.2 camca besar Madu
5.Sos Tomato
6.Cili kering dikisar
7.Sedikit Minyak Masak
8.Bawang Besar,Cili Hijau dan Cili Merah (sekadar hiasan)
9.Garam
10.Serbuk Perasa
11.Gula
12.Air

Cara-Cara Memasak Nasi Tomato:
1.Panaskan sedikit minyak masak di campur dengan Marjerin.
2.Setelah panas,masukkan rempah tumis.
2.Selepas itu,masukkan pula halia dan bawang besar sehingga naik bau.
3.kemudian masukkan tomato yang dipotong dadu dan sedikit air bagi membolehkan tomato tadi sedikit hancur,garam dan sedikit serbuk perasa.
4.Masukkan pula tomato puree.
5.masak sampai pes untuk nasi tomato tadi sedikit hancur.
6.setelah pes tadi kelihatan hancur masukkan pula beras yang telah dicuci ke dalam pes tadi.
7.Masukkan pula air mengikut sukatan beras dan daun pandan.
8.Tunggu Nasi Tomato tadi sehingga masak.

Cara-Cara Memasak Ayam Masak Merah Madu:
1.Panaskan Minyak
2.Tumiskan bawang putih,bawang merah dan halia yang dikisar sehingga naik bau.
3.kemudian masukkan cili kisar.
4.kacau sampai kelihatan garing dan naik bau.
5.masukkan sos tomato dan madu,sedikit serbuk perasa,gula,garam dan air.
6.masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
7.gaul sehingga sebati.
8.Akhir sekali Bawang Besar,Cili Hijau dan Cili Merah untuk hiasan hidangan ayam masak merah madu tadi.

Tambahan:
Boleh dihidangkan bersama-sama Rendang Daging, Kari Ayam, Acar Nenas dan lain-lain mengikut kesesuaian citarasa anda.

NASI TOMATO BERLAUK

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 cawan air - kandungan air bergtg kpd jenis beras samada perlu tambah atau kurang
3/4 cawan susu cair
1 kg ayam
1 sudu besar rempah kurma
1/2 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 biji buah tomato } dicincang
2 sudu besar tomato puri
1/2 cawan kacang pea (frozen peas)
2 sudu besar kismis
2 tangkai daun pudina } dihiris sepanjang 2 cm
3 tangkai daun ketumbar } dihiris sepanjang 2 cm
garam secukup rasa
sedikit bawang goreng } hiasan

Bahan tumis:
3 sudu besar minyak sapi atau majerin
6 biji bawang merah } dimayang
3 ulas bawang putih } dimayang
2 cm halia } dimayang
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan

Cara membuat:
1. Ayam dipotong kecil, dibersihkan lumur sedikit garam dan sesudu kicap cair kemudian dipanggang di dalam oven hingga masak.
2. Panaskan minyak sapi/majerin ke dalam periuk.
3. Masukkan bahan-bahan yg telah dimayang, goreng sehingga wangi dan garing kemudian masukkan bahan tumis yg lain
4. Kacau sebentar kemudian masukkan rempah kari , serbuk lada sulah dan rempah kurma.
5. Kacau sekejap kemudian masukkan air, susu cair, garam, buah tomato dan tomato puri.
6. Bila menggelegak, masukkan beras.
7. Bila nasi hampir masak masukkan daun pudina, daun ketumbar, kismis , kacang peas dan ayam
8. Tutup periuk rapat-rapat.
9. Bila nasi masak kacau/gemburkan perlahan-lahan sehingga rata.
10. Angkat dan hiaskan dengan bawang goreng.
11. Sedap dimakan bersama dalca, acar buah dll.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).