- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, July 6, 2008

Weekend 'Sotong' - Sotong Goreng Tomyam

It has been quite so long i didn't eat 'sotong'.So today,we went to the market early in the morning & bought some squid.I asked my fiance to cook today as i've long for his cooking.So,here is our dish for today....

Sotong Goreng Tomyam

Bahan
500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asalm jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

Bahan tumbuk
5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut,, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong dan kentang. Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yg dipotong.



Sotong Goreng Tom Yam

Bahan-bahan ( 4 org )
300gm / 5-6 ekor sotong sederhana besar
1 labu bawang besar - mayang
1 inci halia - mayang
5 biji bawang putih - mayang
3 batang serai - ketuk
daun limau purut
cili api
sos tiram
kunyit & garam
minyak masak

Cara-cara
1. Sotong dibersihkan, dipotong ikut suka kemudian diperap dengan sedikit garam dan kunyit.
2. Bawang besar, bawang putih, halia dan serai ditumis dalam kuali hingga layu dan naik bau. Masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau sekejap, tutup kuali dan perlahankan api.
3. Setelah dibiarkan selama 3 minit, kacau lagi. masukkan daun limau purut, cili api dan sos tiram. Kacau lagi. Apabila kelihatan agak masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
4. Kadang2 saya masukkan sayuran seperti tomato & carrot dlm masakan ini. Dan guna daun bawang utk hiasan. Terpulang pada citarasa masing2.



Sotong Goreng Berempah Tomyam

Bahan-bahan ( - )
400gm sotong (dihiris bulat)
Serbuk kunyit
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Setengah ulas bawang besar (dihiris)
Sedikit halia (ditumbuk)
Serai (dihiris)
Daun limau purut (dihiris)
1 sudu makan pes tomyam
Sedikit air
Sedikit perasa

Cara-cara
1. Goreng sotong tanpa minyak untuk buang air sotong dan hanyir sotong sehingga kering.
2. Kemudian perap sotong tadi dengan serbuk kunyit dan kemudian goreng dengan minyak.
3. Tumis bawang putih, halia, bawang besar dan serai sehingga naik bau kemudian masukkan pes tomyam dan hirisan daun limau purut.
4. Tuangkan sotong tadi dan kacau. Tambahkan sedikit air. Kalau kurang masin, bolehlah tambah garam dan perasa.


SOTONG GORENG SOS TOMYAM

Bahan-Bahan:
1 kg sotong
4½ sudu besar minyak
6 helai daun limau purut
3 peket pes tom yam (30gm sepeket)
10 biji cili padi - dihiris nipis

Bahan Bahan A (Dikisar Halus)
3 biji cili merah
6 ulas serai
2 1/2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
175 ml air
7 sudu besar susu cair

Bahan - Bahan Perasa
3¼ sudu kecil gula
1/8 sudu kecil serbuk ikan bilis

Cara Membuatnya:
1. Bersihkan sotong, tanggalkan bahagian kepala.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan A sehingga wangi, masukkan pes tom yam. Goreng selama 2 minit. Kemudian masukkan sotong goreng selama 5 minit.
3. Masukkan air, daun limau purut dan bahan perasa. Masak sehingga sos menjadi pekat. Tuangkan susu cair.
4. Hias dan hidangkan panas-panas

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).