Today i bought heavy breakfast (but i called it brunch as the food was for my breakfast & lunch) i.e. 'nasi kerabu' & some kueh as the 'side dish' i.e. karipap, 'burger malaysia', doughnuts & 'pulut lepa'.I've been looking for 'pulut lepa' for quite sometimes at this area but all the time i only found 'pulut panggang' a.k.a 'pulut inti serunding'.People from east coast, like me prefer 'pulut lepa' bcoz' of the filling.My mom always made it especially when my sister-in-law comes back bcoz' she likes it very much .It was so easy to make it & i always help my mom whenever i was at home.There are a lot of banana trees around my house,so there is no problem to get banana leaves to wrap the 'pulut'.My mom used the banana leaves from only certain type of banana trees (but i forgot its name) bcoz' the leaves won't easily break when we wrap the 'pulut'.
NASI KERABU TERENGGANU
Nasi:
3 cawan beras biasa
4 cawan air
1 batang serai } diketuk
10 kuntum bunga talang (ditumbuk & diperah airnya) atau sedikit pewarna biru
Cara memasak:
Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama serai, air bunga talang atau pewarna biru hingga masak.
Cara menghidang:
1. Sendukkan nasi ke dalam pinggan.
2. Letakkkan sedikit sambal kelapa/ikan, cili padi jeruk, tumis belacan diakhiri dengan ulam.
3. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, keropok goreng, budu, daging bakar, ayam bakar dan ikan goreng celup tepung.
Sambal kelapa/ikan:
1/2 biji kelapa parut } ditumbuk sedikit
2-3 ekor ikan kembung/selayang dipanggang
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa
Cara membuat:
1. Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam kemudian masukkan isi ikan, tumbuk lagi sehingga lumat.
2. Kemudian campurkan kelapa parut kemudian disangai atas api kecil sehingga agak kering dan berderai.
Sambal Cili Padi
1. Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.
2. Campurkan 1 sudu kecil garam, 2 sudu besar gula dan ? cawan cuka.
3. Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.
Kuah Tumis Belacan
2 inci belacan, dibakar
5 biji cili kering }ditumbuk
5 ulas bawang merah} ditumbuk
2 ulas bawang putih }ditumbuk
1.5 cm halia }ditumbuk
1 batang serai, dititik
sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
1/2 biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2 sudu air asam jawa
Cara membuat:
1. Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
2. Masukkan bahan-bahan tumbuk, belacan, serai, gula merah dan air asam jawa.
3. Masak lagi hingga pekat dan agak kering.
4. Sesuaikan rasa dan angkat.
Ulam-Ulaman - kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh
2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemangi
5 batang kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
1 biji timun
5 biji bawang putih jeruk
1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya
Solok Lada
10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
1/2 biji kelapa parut putih
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
2-3 ekor ikan kembung/selayang, ambil isinya sahaja
sedikit garam, gula dan serbuk perasa
Cara membuat:
1. Tumbuk bawang dan halia hingga lumat kemudian masukkan garam, gula dan isi ikan.
2. Tumbuk lagi hingga lumat.
3. Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
4. Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.
5. Susunkan ke dalam periuk kukus.
6. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak
Ikan Goreng Celup Tepung
6 ekor ikan }dibersihkan dan tos
1 cawan tepung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.
2. Panaskan minyak.
3. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.
Nasi putih
[boleh juga buat nasi warna biru..kak liza masak ngan bunga warna purple [org kelantan yg bagi bunga ni..masak macam nasi lemak tapi bubuh bunga purple ni, serai ketuk, bawang merah [hiris] dan garam..].
Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - dijadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Cara Buat Sambal Ikan :
Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat
Bahan untuk kuah :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 gm belacan
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Cara
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.
Bahan untuk ulam :
1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
20 gm belacan
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus
50 gm taugeh
2 sudu besar budu
2 sudu kecil lada sulah
Cara
1, Gaulkan semua ulam-ulaman.
2. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan.
NOTA:
Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..
Beras
Air
Serai dititik
Daun pandan
Air dari bunga telang (bunga telang tu diblend dan tapis airnya).
Masak dalam rice cooker........senangkan.
2. Sambal kelapa
Kelapa parut - ambil yg bhg putih. (Nini pakai kelapa parut utk buat biskut tu pun ok...senang dan putih nya pun cantik je) - di goreng sehingga sedikit kekuningan.
Ikan kembung/sardin etc - bakar dan ambil isi - tumbuk.
Bawang merah
Lada hitam
gula, garam - sesedap rasa
Cara:
Tumbuk kelapa parut goreng hingga pecah minyak sedikit. Tumbuk bawang, isi ikan, lada hitam, gula dan garam. Gaul rata.
3.Tumis
Cili blend/giling
serai - dititik
Santan pekat
Asam keping
Bawang merah dan putih - ditumbuk
Sehiris halia - ditumbuk
Garam
Didih santan hingga pecah minyak sedikit. Masukkan bahan-bahan tumbuk, asam keping, serai, garam. Masak hingga pekat.
4. Ulam-ulaman
Daun kesum - hiris halus
Taugeh - buang ekor
Timun - buang kulit dan hiris halus
Bunga kantan - hiris halus
Kacang panjang - hiris bulat2 dan halus
A:
3 cup dessicated coconut-goreng, tumbuk
2 can tuna in brine (150x2) perah buang air-atau 2 cup mackerel or ikan rebus tumbuk
B:
1 inch ginger
1 onion
2 lemon grass
1/2 tbs black pepper
2 tbs sugar
1 tbs salt
cara-cara:
1. blend bahan (B). campur dgn (A). mix well. add sugar & salt to taste.
others:
air lada-tumbuk cili padi + sugar + salt + vinegar
budu
keropok
daging bakar
Kerabu: fine beans.. daun kesom.. white cabbage.. lettuce.. bunga kantan..tauge..timun..basil..rocket
Nasi biru@kuning:(cadangan hidangan 5-6 orang)
Bahan-bahan :
-4 pot beras Siam
-Sebatang serai yg diketuk, jangan lebam udah le…
-1 sudu kecil serbuk kunyit @ serbuk biru @ bunga talang
-2 helai daun limau purut saje
- air ikut suka, elok2nya jangan kasi lembik.
-sedikit garam.
Cara penyediaanya:
caranya taruk je sume bhn tu sekali…kacau skitt dah boleh dimasak.
Sambal Tumis:
Bahan-bahan:
-10 biji bawang merah
-5 tangkai cili kering
-1 inci halia
-2 batang serai
-secubit serbuk kunyit
-1 tin santan/sebiji kelapa
-garam ,gula secukup rasa
-2 keping asam gelugor
*Untuk memasak sambal tumis*
-bawang,cili,halia serai dimesin halus dan gunakan minyak yang agak banyak utk menumis .Bila naik bau,letak santan,asam dan rasa garam,gula dan masak agak pekat,baru kaw2 punye! Juga boleh taruk budu sesudu baru ngam.
*untuk sambal ikan*
-2 ekor ikan kembong @ ikan aji(dibakar)
-2 batang serai
-5 ulas bwg. merah
-garam, gula secukup rasa
-1/2 biji kelapa parut
-ikan bakar tadi diambik isi dan digoreng tanpa minyak sekali ngan kelapa parut. Bila agak garing ,blend kering sume bhn atau pun ditumbuk ngan lesung lagi sedapp…
*untuk ulam2nya, tgk situasi kat mana anda berada!
-taugeh,kacang panjang,timun batang bukan timun cina,kubis,bunga kantan, daun kesum,pucuk putat,pucuk ketereh dan ada lagi segala mcm ulam lagi daa….
*bolehlah dihidang ngan budu yg dicampur ngan cili padi(kalau nak pedas) Lagi satu perah asam limau nipis skitt…dalam budu dan juga taburkan kerepok atas nasi. Boleh dimakan dengan ikan goreng celup tepung,daging bakar, ayam goreng,telur asin,solok lada sebagai pilihan.(lagi byk lauk lagi sedap weih)
PULUT LEPA
300 g pulut, direndam semalaman
125 ml santan (dari 1 kelapa)
sedikit garam
10-12 daun pisang (18x18 cm), dilayur
20-24 batang lidi (pencucuk)
Bahan Inti
400 g ikan kembung, direbus, ambil isi & tumbuk
4 biji bawang merah, dicincang halus
½ kelapa parut putih
200 ml santan (1/2 kelapa)
1/2 kpg asam gelugur (kecil)
½ camt serbuk lada hitam
½ camt gula
sedikit garam
Cara membuatnya :
Jerang pulut, santan dan garam di dalam periuk tidak melekat. Pastikan api perlahan dan kacau sekali-sekala hingga kering. Tutup periuk, perlahankan ke tahap minima dan masak 10 min lagi. Bila pulut masak, gemburkan dengan garfu. (Anda juga boleh mengukus pulut, jika mahu).
Untuk inti: Kacau semua bahan di dalam kuali hingga agak kekeringan (masih lembab sedikit). Angkat dan biar sejuk. Jika tidak suka masam, tidak perlu memasukkan asam gelugur.
Bahan-bahan ( 36 biji )
1 kg beras pulut
5 cawan santan pekat
Daun pisang-layukan atas api
Lidi - dipotong 3 cm
Garam
BAHAN UTK INTI IKAN:
350 gm ikan kembung @ selar-direbus dan diambil isi
150 gm bawang besar-dibelah dua dan dihiris
20 gm bawang merah
20 gm atau 2.5 cm halia
1 batang serai
1 cawan santan
Garam
1 sudu kecil halba
Cara-cara
PULUT:
Basuh beras pulut dan rendam selama 3 jam. Kemudian kukus pulut sehingga masak dan arun dengan 3 cawan santan pekat. Bubuh garam secukup rasa. ketepikan
INTI:
Tumbuk ikan bersama dengan bawang merah, halia dan serai. Masak bersama bawang besar, halba dan santan pekat yang selebihnya. Kacau sentiasa sehinggan kering. Sesuaikan rasa.
CARA MENGHIDANG:
Letak pulut diatas daun pisang. Sudukan inti ikan, kemudian bungkus bulat-bulat dan kemas seperti pulut panggang. Bakar atas bara api lebih kurang 10 minit @ sehingga masak.
No comments:
Post a Comment