- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, July 29, 2008

Thank U Ain

Last friday, my best friend, ain took me for dinner to celebrate my birthday at TESCO cheras.The bills are on her.She paid me for a cake & chicken chop.

Black Pepper Chicken Chop

Bahan-bahan ( 2 orang )

*UNTUK DIPERAP*
2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 cm halia (cincang)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos Lee & Perrins
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
garam secukup rasa

*SOS BLACK PEPPER*
1/2 botol sos lada hitam
2-3 sudu besar sos tiram
3-4 cendawan butang (cincang)
1/2 biji bawang besar (cincang)
garam/gula secukup rasa

Cara-cara
1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. OK?


CHICKEN CHOP SOS REMPAH

Bahan
3 keping daging dada ayam[buangkan tulang]
Kentang goreng
3 helai daun salad
1 jagung rebus [potong 3]
1 biji tomato [hiris ]

Bahan Perap
1 s/b rempah kari ayam
1 s/b sos tiram
1 s/k cili mesin
1 s/k serbuk lada hitam
1 s/b minyak

Cara
1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 3 jam
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yg diperap sehingga masak.
3. Susunkan semua bahan dalam pinggan steak dan siramkan dengan sos berempah.

SOS REMPAH

bahan
2 s/b majerin
2 ulas bawang putih ]
2 ulas bawang merah ] cincang halus
1 s/b rempah kari
1/2 cawan stok ayam
1 s/k tepung jagung [bancuh ngan sikit air]
100 gm cendawan butang [cincang]
1 s/b sos tomato
garam

cara
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan rempah dan stok.
3. Masukkan sos tomato, cendawan dan garam.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Tutup api dan siramkan pada ayam.

SOS LADA HITAM

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam

SOS CENDAWAN

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar lada hitam
1 tin mushroom sup
1/2 cawan mushroom [cincang halus]
1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.


CHICKEN CHOP

Bahan-bahannya
2 keping daging ayam, dibuang tulang dan diketuk isinya
1 biji telur, dipukul sedikit
½ cawan tepung jagung
minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar jus limau
½ sudu teh garam
½ sudu the serbuk lada hitam
½ sudu teh soda bikarbonat

Bahan untuk sos
250 ml stok ayam
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada putih
1/8 sudu teh serbuk lada hitam
¼ sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos Worcestershire
½ sudu teh kicap cair
beberapa titis kicap pekat
1 biji bawang besar, didadu kecil
1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
½ sudu besar tepung gandum

Cara-caranya
1. Daging ayam diperap dengan bahan-bahan perapan dan disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau sebaiknya semalaman.
2. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Celup daging ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan tepung jagung. Goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan.
3. Panaskan sedikit minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dicincang. Bila ia sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang telah didadu. Goreng sehingga bawang layu dan naik bau.
4. Masukkan tepung dan goreng sekejap. Kemudian masukkan pula serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram dan Worcestershire, kicap cair dan kicap pekat juga stok ayam.
5. Reneh kuah ini sehingga ia memekat. Kemudian boleh tuang sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan panas. Hidangkan juga lauk sampingan seperti coleslaw, baked beans, mash potato atau kentang goreng.

NOTA: Penggunaan soda bikarbonat adalah untuk melembutkan daging ayam tersebut. Jika tidak mahu menggunakannya pun tidak mengapa. Jika kuah tidak memekat boleh tambah 1 sudu besar tepung gandum dan kacau rata sehingga ia memekat. Sebaiknya gunakan serbuk lada hitam yang kasar-kasar jadi lebih terasa.


Simple breaded chicken chop

Bahan-bahan ( 1 orang )
1 ketul peha ayam (buang tulangnye..kalau x brape rajin..leh beli yg dah siap kat mana2 supermarket)
sedikit tepung jagung
1 biji telur (pukul sedikit)
sedikit serbuk roti
garam dan lada sulah
minyak untuk goreng

Cara-cara
1. Gaul peha ayam dengan garam dan lada sulah. Perapkan sebentar...
2. Salut ayam yg diperap tadi dengan tepung jagung.
3. Kemudian celupkan kedalam telur.
4. Kemudian salut dengan serbuk roti.
5. Akhir skali..goreng lah..dan hidanglah dengan coleslaw (jun guna resepi yani..yummy!!),cili sos n mayonis, baked beans, mushroom soup dan fresh orange...


Chicken Chop Zahara Bee
Sumber : Zahara Bee

Bahan
Beberapa paha ayam
Telur
Tepung jagung
Serbuk roti
Minyak utk mengoreng

Perapan
Lada putih
Garam
Sedikit air limau
Bawang putih – ditumbuk
Halia - ditumbuk

Cara:
1. Ayam dibuang tulang, bersihkan dan gaul bersama bahan2 di atas. Perapkan beberapa jam.
2. Ayam dicelup pada tepung jagung, kemudian di celup dlm telur yg telah di kocok dan golekkan kepingan ayam ke dalam serbuk roti (tekan sedikit supaya serbuk roti lekat pada ayam).
3. Goreng dlm minyak panas hingga kekuningan.

* Boleh lah di hidangkan dgn brown sauce, kentang dan salad ikut selera masing2. Kentang tu I guna russet potato. Dicuci bersih dan cucuk2 dgn garfu kemudian gaul dgn sedikit butter dan garam. Masukkan dlm microwave (high) lebih kurang 3-5 minit. (karot & brokoli pun saya gaul butter & garam dan masukan sekali bersama kentang dlm microwave) Keluarkan kentang, belah empat dan taruk sedikit butter di atas kentang. Makan dgn brown sauce. Macam mash potato kat kfc gitu (cuma kentang tak dilenyek).
* Brown Sauce boleh di beli di supermarket. Cuma bancuh dgn air dan didihkan. (ikut arahan dibalang).


Chicken Chop Kak Ros

Bahan2nya
2 keping dada ayam
1 s/b sos tiram
1 s/b lada hitam
halia
1/2 biji bawang besar
3 biji bwg putih
1/2 kiub pati ayam maggi
1 s/b kicap pekat

Caranya...
1. semua bahan kisar dan ketuk ayam serta cucuk ngan garpu..perap 2 atau 3 jam setelah diperap, amik ayam tadi dan lumur sedikit ngan tepung gandum, pastu telur dan serbuk roti..goreng hingga garing
2. lebihan bahan perap tadi masukkan dlm periuk, dan campur ngan sedikit air dan masak hingga mendidih, sesuaikan rasa dan masukkan tepung jagung..utk pekatkannya..Klu ade minyak bijan masukkan 1 sudu..lagi kick rasanya..ok dah siap , hidangkan panas2 dgn kentang putar, kentang goreng dan coslow…

kentang putar
kentang direbus dan dilenyek
1 sudu besar marjerin or butter
susu 1/4 gelas
lada sulah

Caranya..
Lenyek kentang dan masukkan marjerin dan susu sesuaikan rasa dan masukkan lada sulah. Curahkan lebihan kuah chicken chop tadi utk nampak lebih menarik.

Coslow
1/4 Kobis
1/2 batang Corrot
1/2 biji Bawang besar
2 s/b Mayonis
garam

Caranya...
Kobis dan lobak merah, bawang besar di cincang halus, masukkan mayonis dan perahan lemon, sesuaikan rasa dan masukkan lada sulah..simpan di dalam peti ais beberapan jam.


Chicken Chop
From : fatima@bnm.gov.my

Bahan-bahan :
4 - 8 keping daging ayam yang telah dibuang tulang & diketuk
1/2 cawan jus limau
1/2 cawan air bawang putih
1 sk serbuk lada hitam
2 sb kicap pekat
2 biji telur dipukul
1 cawan tepung jagung bubuh sedikit garam untuk perasa
Minyak untuk menggoreng
Hiasan - timun, tomato kentang goreng dan daun salad

Cara-caranya:-
1. Ayam diperap bersama jus limau, air bawang putih, kicap dan serbuk lada hitam.
2. celupkan didalam tepung jagung & telur yang telah dipukul sedikit.
3. goreng kepingan ayam didalam minyak yang sederhana panas.
4. angkat & hias dengan timun, tomato, kentang goreng dan daun salad.
5. hidang bersama sos chicken chop.

Sos :
150gm sos cili
1 s.k. gula (optional)
2 cawan stok ayam
1 s.b. brown gravy (boleh dapat di s/mrkt - dlm pkt)
3 ulas bawang putih - kisar halus
3 cm halia kisar halus
100 gm sos tomato
Sedikit garam
Serbuk lada hitam kasar (ikut suka)

Cara-caranya:-
1. Tumis halis bersama bawang putih, masukkan gula, sos tomato, sos cili, Garam dan air rebusan (stok ayam).
2. Angkat dan siram ke atas chicken chop.

Chicken Chop

Bahan2:
1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam) Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara:
Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).