Bahan
1/2 kg daging batang pinang
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 ulas bawang besar dipotong bulat
1 inci halia dihiris halus
2 inci kulit kayu manis
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 batang serai ditumbuk / dikisar bersama bawang putih tadi
1 biji capsicum
1 biji tomato
1 biji lobak merah dipotong nipis
1 sudu besar taucu
minyak masak
garam dan gula secukup rasa
Cara
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan bunga lawang, cengkih, kayu manis dan gaul. Kemudian masukkan daging dan gaul hingga separuh empuk. Masukkan pula taucu, lada benggala, lobak merah, bawang besar, tomato dan segala-gala perasa. Kalau nampak kering sangat masuk air sikit. Gaul hingga masak.
Bahan
150g daging batang pinang —dihiris nipis
2 sudu makan taucu -dibasuh
2 ulas bawang putih
2 cm halia muda
3 biji cili merah -dihiris kasar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak masak
gula dan garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
2. Masukkan daging, kemudian masukkan sos tiram, kicap cair dan taucu. Tumis sehingga daging empuk.
3. Setelah itu masukkan cili merah, goreng sehingga semuanya masak.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
ACAR TAUCHU DAGING
Bahan Menumis
2 biji bawang merah dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
3 sm halia dihiris
2 sudu besar tauchu
Sedikit asam jawa
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa
400 gram daging dipotong secara kepingan kecil
Seikat kacang pin / kacang panjang
Sebiji timun
3 biji cili hijau
2 biji terung bulat, setiap satu dibelah empat
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak dengan api yang sederhana, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga keperangan. Kemudian bancuhkan sedikit air asam jawa dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula taucu dan kemudian masukkan daging. Tutup periuk untuk merenihkan masakan. Pastikan api sederhana kerana api yang besar akan memberikan kejutan kepada daging, lalu mengecutkannya hingga menjadi keras dan liat. Biarkan sehingga air daging keluar.
2. Tambah sedikit air mengikut kadar kuah yang anda suka.
3. Seterusnya timun tadi dikerat 3 atau 4 mengikut saiz. Belah empat dan dibuang empulurnya (bahagian tengah yang berbiji dan lembik).
4. Masukkan timun yang telah dikerat itu bersama dengan terung yang sudah dibelah empat setiap satunya. Selepas seminit, masukkan pula kacang pin. Masukkan juga cili hijau yang dibelah dua tanpa memutuskannya.
5. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan pastikan gulai itu rasanya lemak masin dan sedikit kemasaman.
6. Gulai telah sedia untuk dihidangkan.
DAGING MASAK TAUCU
Bahan A
300g daging lembu (diperap)
2 bj bwg merah (dihiris)
3 cm halia muda (dihiris)
1 bj bawang besar (dicincang)
500ml minyak utk mengoreng
125ml air
1 sudu teh tepung jagung
Bahan B
1 bj cili merah (dipotong)
1 biji benggala hijau (dipotong)
1 sudu teh kacang soya masin (tauchu) ditumbuk
Bahan c
1 sudu sos tiram
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh minyak bijan
Untuk perap Daging
1/2 bj telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh soda bikarbonat
60ml air
20ml minyak masak
Cara2
1. Potong daging mengikut uratnya kemudian ketepikan. Telur, garam, soda bikarbonat dan air digaul sama rata sehingga sebati.kemudian dimasukkan ke dalam bekas daging dan gaul rata dan masukkan minyak masak. Perap sehingga beberapa jam
2, Untuk memasaknya, panskan minyak masak di dalam kuali, masukkan daging yang diperap. Goreng seketika dan ketepikan.
3. panaskan 1 sudu makan minyak masak, masukkan bawang putih cincang dan kesemua bahan A. Goreng sehingga berbau harum kemudian bolehlah dimasukkan daging dan air
4. Campurkan kesemua bahan B dan biarkan mendidih selama 30 saat. Akhir sekali masukkan air tepung jagung utk memekatkan kuahnya. sedia utk dihidang.
No comments:
Post a Comment