- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Thursday, April 9, 2009

Acar Ikan Masin

I've no idea what to cook today. Pg2 dh fikir, apa nk masak mlm ni. For the last few days, i kept on frying the salted fish (tp bukan hari2 la) apart of making gulai ikan masin last time. I've seen this recipe long time ago but i've no suitable salted fish to make it on that time. Most of the time i bought ikan gelama or ikan bilis pangkor (ikan masin yg nipis tu). So today i flip over my recipe book & managed to find again this recipe; acar ikan masin. Look delicious so i must try it.


Acar Ikan Masin
Resipi asal : Cik Bunga Kasthuri
Sukatan : Suzana
Gambar : LynnSham

Ingredients
1 peket isi ikan kurau ( rm3.50 )

Bahan-bahan diblend halus
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup

Bahan-bahan digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan pedas
1 sudu kecil biji ketumbar

5 biji bawang merah di belah dua
5 biji bawang putih di belah dua
5 biji cili padi (nak pedas tambahlah lagi)

Daun kari
2 sudu gula merah
2 sudu gula pasir
Cuka Methods/steps

Cara-cara:
1. Goreng separuh masak isi ikan masin kurau dan ketepikan
2. Tumis daun kari dan bahan-bahan yang diblend hingga naik minyak
3. Masukkan rempah-rempah yang ditumbuk tadi dan gaul sebati.
4. Masukkan gula merah + gula pasir dan cuka.
5. Masukkan bawang kecil, putih dan cili dan isi ikan kurau
6. Masukkan air dan biar dia kering...
7. Rasa le dan tambah apa yg kurang...heheheh



Acar Ikan Masin
Sumber : maisya

Bahan-bahan
1/2 lb ikan kering
2 oz cili padi
4 oz bawang putih
2 oz bawang merah
2 oz kunyit hidup
25 batang cili kering
3 sudu teh biji ketumbar
2 sudu teh jintan putih
6 sudu besar cuka
1/2 sudu teh garam
daun kari
minyak

Cara-cara
1. Cili kering, ketumbar, bawang putih, bawang merah, kunyit hidup ditumbuk halus.
2. Goreng isi ikan kering hingga garing. Keluarkan minyak yang lebih, tinggalkan sedikit dalam kuali.
3. Tumis bahan-bahan (1) sampai wangi, masukkan cili padi, daun kari. Masukkan gula dan garam dan kacau sampai gula hancur. Masukkan cuka dan akhir sekali ikan kering.
4. Tak payah masuk fridge. Boleh tahan sampai seminggu.




ACAR IKAN KERING [MAKLANG]
sumber : sazylina ramly (RN)

Bahan-bahan (agak2 ajelah bahan2nya kalau buat sikit)
1 kg Isi ikan kurau / talang kering - basuh dan kemudian di goreng macam biasa
RM 2 - cili padi
RM 2 - bawang kecil
RM 2 - bawang putih
Rempah
2 gengam cili kering }
2 inci Halia } diblendkan
2 inci kunyit hidup }
4 biji bawang besar }
Daun kari (4 tangkai diambil daunnya)
RM 1 - Ketumbar (serbuk @ biji) - sekiranya menggunakan ketumbar biji, gorengkan dulu dan blend halus.
1 botol Cuka (ikut banyak mana yg nak tau, jangan tibai 1 botol pulak)
Gula
Maklang letak sedikit biji sawi...

Cara Menyediakan
1. Tumis kan daun kari sehingga wangi.
2. Tumiskan bahan blend sehingga garing / pecah minyak. Masukkan gula(biarkan manis) dan kacau sehinga hancur/mendidih.
3. Lepas tu masukkan CUKA dan kacau sampai mendidih. Masukkan isi ikan/ cili padi / bawang kecik dan putih.
4. Cukup sekadar mendidih seketika saje. Tutup api.

Nota : Jangan tambah garam kerana masinnya sudah ada pada ikan. Sedap dimakan selepas satu hari kerana semua rasa dah bersatu. Makan dengan nasi panas



ACAR IKAN MASIN
Sumber : Kak Liza

Bahan
300 g isi ikan masin [talang/kurau/merah]
100 g cili mesin
200 g gula
100 gm bawang merah ]
5 ulas bawang putih ] mesin halus
2 inci halia [mayang halus]
100 g kismis
100 g lobak asin
1 s/k jintan manis ]
1 s/k jintan putih ] mesin halus
1 s/k kunyit ]
10 biji bawang merah [biarkan sebiji-sebiji]
1 cawan cuka tiruan
1 cawn minyak untuk tumis
1 s/b bijan goreng untuk tabur
garam

Cara
1. Potong kecik ikan masin dan gorengkan.
2. Panaskan minyak dan tumislan bawang y2 dimesin sehingga wangi
3. Masukkan cili dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak.
4. Masukkan jinta mesin dan kacau rata.
5. Bila naik minyak masukkan cuka, gula dan halia.
6. Bila dah mendideh masukkan lagi kismis, lobak asin dan biarkan mendideh lagi.
7. Masukkan bawang dan ikan masin yg digoreng tadi.
8. Bila dah naik minyak boleh tutup api



acar ikan masin
Sumber : mist

Bahan2
200 gm ikan kering (Talang or kurau)
50 gm cili padi
100 gm bawang putih
50 gm bawang merah
50 gm kunyit hidup
200 gm gula
25 btg cili kering
3 sudu teh biji ketumbar
2 sudu teh jintan putih
6 sudu besar cuka
1/2 sudu teh garam
daun kari
minyak untuk menggoreng

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).