- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Thursday, April 23, 2009

Nasi Ayam Madu

Skrg ni dh expert buat nasi ayam, konon2 la. But i used my own version like my mom used to make bcoz' my mom has no exact recipe when she cook something. Last night i thought of eating nasi ayam but a different kind of nasi ayam. Dh biasa sgt masak nasi ayam, skali skala nk gak masak a different version lak.
After going through a few nasi ayam recipe, i came across to nasi ayam madu. Looks tempting. Nasib baik menjadi. So next time around, i can serve this kind of nasi ayam to my hubby. He must be impressed.


NASI AYAM MADU
Sumber :
ruzalila80

Bahan-bahan

UTK NASI
Beras
Air rebusan ayam
secukupnya rempah tumis adik beradik
1/2 biji bawang besar - dihiris
1-2 inci halia
1 sudu serbuk pati ayam knorr
daun pandangaram

UTK SUP
1/2 ekor ayam
1/2 biji bwg besar - dhiris
2 ulas bwg putih
secukupnya rempah tumis adik beradik
1-2 inci halia
1 sudu serbuk pati ayam knorr
myk utk menumis
garamdaun sup
bwg goreng

UTK AYAM MADU
ayam rebusan td
3 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar madu

UTK SOS
3-4 batang lada merah
*2 ulas bwg putih
*2 biji tomato
*bleh juga gune tomato puri
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos chili
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula

Cara-cara
> Rebus ayam n halia dahulu. angkat ayam n ketepikan. air rebusan bhg 2. utk sup n nasi.
> UTK NASI - tumis bwg,rempah tumis hingga naik bau. masukkan air rebusan ayam,halia, serbuk pati ayam,daun pandan,garam.kacau rata.then masukkan beras n masak seperti biasa.
> UTK SUP - tumis bwg, rempah tumis sampai naik bau. masukkan air rebusan yg satu bhgn td. n masukkan serbuk pati ayam knorr n garam skit. matikan api. ketika menghidang taburkan daun sup n bwg goreng.
> UTK SOS - blend yang bertnda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.
> UTK AYAM MADU - ayam yg dh direbus td campurkan ngan kicap manis n madu. Gaul rata. Perap dlm 10-15 minit. Panaskan minyak boleh la menggoreng. ati2 kadang meletup2 sbb ayam nih agak berair. bleh juga dbakar menggunakan oven. alaskan plate ngan aluminium foil n masak smpai kehitaman sedikit ayam tuh.jgn smpai hangus sudah! :P
> SOS KICAP - lebihan perap ayam madu jgn buang. amik n masukkan sedikit sup ayam td. kacau. dah siap! masa nk mkn sos kicap nih n sos merah leh curah kat ayam td.>




Nasi ayam madu
oleh: Nadia

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun

Cara-cara
1. Bersih ayam. Potong ikut suka
2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi




Nasi Ayam Memadu (",)~
Sumber :
Mrs.FaiRuz De'houzze

Bahan-bahan ( 2 orang ) :

(untuk nasi)
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
4 beradik(cengkih,bunge lawang,kayu manis,buah pelaga)

(untuk sup)
stgh kilo rangka ayam@kaki n leher ayam(klu ade)
1 sup bunjut adabi
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 kiub ayam

(untuk sos merah)
sebiji tomato
3biji cili merah hidup
gule n garam

(untuk ayam memadu)
1/2 ekor ayam
madu(ley pakai a'sal iswid yg dok egypt)
sebatang serai
sebiji bawang merah
2ulas bawang putih
sedikit garam
*(serai,bawang merah,bawang putih,garam diblender)

(hiasan)
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun

Cara-cara :
1. Untuk sup,tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang n berbau wangi.Masukkan air, rangka ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak

2. Untuk masak nasi, bersihkan beras.panaskan mentega,tumis 4 beradik dlm periuk nasi pas mentega cair,masukkan beras.Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masak seperti biasa.
3. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu n bahan yg sudah siap diblender selama stgh jam. Goreng dengan minyak penuh dan api yg sederhana.Air perapan ayam ley dimasak berasingan tuk dijadikan sos kicap.

4. Untuk sos merah,blender sume bahan n masak.Rasa smpai menepati citarasa anda.Klu pekat sgt,tambah air cikit eiyh.



Nasi Ayam Madu
Kiriman: Ruzila Antasha Idris

Bahan-Bahan:
4 cawan beras
1 ekor ayam (dipotong 6)
2 paket sup bunjut
1 ½ inci halia
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 sudu besar madu
4 sudu besar kicap manis
3 liter air
sedikit garam dan serbuk perasa

Cara:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Setelah kuning, masukkan air, sup bunjut dan ayam. Tambahkan garam dan serbuk perasa dan masak hingga ayam empuk.
2. Setelah masak, keluarkan ayam dan perap bersama madu dan kicap manis. Sebahagian dari sup tadi dicampurkan bersama beras yang telah dibersihkan lalu dimasak seperti biasa.
3. Kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi di dalam minyak yang sedikit. Setelah
masak, potong ayam kepada bahagian yang kecil.



NASI AYAM BERMADU

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
1 bungkus sup bunjut ADABI
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Garam dan lada sulah secukup rasa

Tumbuk
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara
•Tumis bawang merah, putih dan halia yang dikisar hingga wangi. Masukkan air dan sup bunjut. Biar 3 minit.
•Masukkan ayam dan masak hingga empuk lebih kurang 10-15 minit. Tambah garam dan lada sulah.Ketepikan dan biar sejuk sebentar.
•Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dicuci dan sedikit garam. Jumlah kuah mesti sama dengan banyak air kalau masak nasi biasa.
•Semasa nasi tengah masak, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih, sos tiram dan madu. Goreng (jangan terlalu lama sebab ayam dah masak).
Sedia untuk dihidangkan...




Nasi Ayam Madu
Sumber : mamasya

Bahan
12 ketul ayam
5 ulas bawang putih-tumbuk
2 cm halia- tumbuk
3 ulas bawang putih + 2 cm - potong tipis2 utk nasi
5 cawan kecil beras
2 sudu marjerin (pilihan)
sehelai daun pandan
1 kiub ayam
2 sudu besar madu
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
serbuk lada hitam,garam
2 biji kentang dan sebtg carrot -potong dadu kecil (pilihan)
sos cili manis utk ayam (ni kes malas nak buat sendiri)
ulam dan hiasan;
-daun bawang,daun sup&bawang goreng
-daun salad/timun,buah tomato

Cara-cara
1. Rebus ayam bersama2 bawang putih ,halia dan sedikit garam hingga mendidih dan ayam hampir masak.
2. Ambil air rebusan ayam sebanyak jumlah beras dan masukkan dlm rice cooker .Masukkan beras,daun pandan,bawang dan halia yg dihiris dan majerin,kacau dan masak macam biasa.
3. Ayam disejatkan sekejap,kemudian gaul dgn kicap pekat,madu dan sos tiram.Biarkan sekejab utk perap.Goreng dgn api yg sederhana sehingga agak kuning.
4. Utk sup tambahkan air,garam , lada hitam,kiub ayam dan kentang&carrot.Masak sehingga mendidih dan kentang empuk.
5.Hidangkan nasi dgn ayam dan salad/timun dan buah tomato.Letakkan sos cili ke atas ayam. Taburkan bawang goreng dan daun sup dlm sup.



NASI AYAM MADU
Sumber :
yullina

Bahan untuk Nasi
1 kilo beras
1/2 cawan halia yang telah ditumbuk
1/2 cawan bawang putih yang telah ditumbuk
3 helai daun pandan(tak de daun Pandan)
1/2 sudu makan garam
serbuk perasa
air rebusan ayam sama sukatan beras
minyak untuk menumis
1 sudu makan Majerin

Bahan untuk Sos
15 batang lada merah(ina guna cili kering)
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil Air limau
3/4 cawan air masak
1 sudu teh garam
sedikit air asam jawa
1/2 cawan gula

Bahan untuk Ayam Goreng Madu
1 ekor ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
air untuk rebus secukupnya
minyak untuk menumis

Untuk dikisar
1 ibu jari hali
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara Menyediakan

Cara untuk membuat Nasi Ayam
Panaskan minyak dalam periuk nasi. Kemudian masukkan halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehinnga naik bau, masukkan garam, serbuk perasa dan airrebusan ayam (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. Masukkan beras & majerin gaul rata. Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak.

Cara untuk membuat Sos
rebus bawang putih & lada merah(yg telah di kisar) bersama jus limau ,asam jawa, garam , gula dan air .masak sampai pekat. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.

Cara untuk Ayam Goreng Madu
Bersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. Campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 - 2 jam. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. Goreng ayam hingga kulitnya garing. Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya. Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.
Ina ambil dari resepi Kak Diana dan ubah sikit mengikut apa yg ada kat umah.Thanks Kak Diana.....

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).