- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, April 8, 2009

Ketam Bercili

I've been wanting to eat crab since last week. Dah lama x mkn ketam. Mcm mengidam plak. I went to pasar mlm with my hubby & saw big fresh crab at one stall. I thought of buying it but my hubby said no bcoz' he already bought some fishes & chicken enough for a week.
So yesterday i went to pasar mlm alone & this time i bought 3 crabs, enough for 1 person. I've been thinking to cook ketam bercili since last week. Recce others recipe & managed to find some interesting & simple recipe. So here u are...


Ketam Bercili
oleh: Hazel

Bahan-bahan ( 4 orang )
5-6 ekor Ketam Batu (Sri Lankan Crab)
8 ulas Bawang Putih - dikisar
15-20 Cili Kering - dikisar
1/2 botol Sos Cili (size kecil)
1/2 botol Sos Tomato (size kecil)
2 sth Cuka (optional)
Garam & Gula (secukup rasa)
2 biji Telur (dikocok)

Cara-cara
1. Rebus/kukus ketam hingga kulitnya bertukar warna (kemerah2an)
2. Selepas itu, kopek kulitnya & bersihkan. Sepit ketam pula harus diketuk supaya mudah dimakan isinya.
3. Tumis bawang putih yg tlh dikisar hingga naik bau. Baru masukkan cili kering dan tumis hingga garing.
4. Kemudian masukkan pula sos cili & sos tomato. Gaul rata.
5. Bila sudah agak garing, masukkan pula cuka, garam & gula. Masukkan 1/2 cawan air bersama ketam yg tlh dibersihkan tadi. Gaul rata.
6. Tuangkan telur yg tlh dikocok. Biarkan 10saat. Baru balik2an ketam.
7. Sajikan ketam dgn sedikit hirisan daun ketumbar.




Ketam Bercili
Sumber : Yusnida

Bahan – bahan
1 kg ketam
70 gm bawang merah }
40 gm bawang putih }
300 gm cili merah } dikisar
100ml minyak masak
semangkuk kecil sos tiram
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya
1. Ketam dipotong mengikut citarasa anda, dibersihkan dan kemudian digoreng .
2. Tumiskan bahan kisar . Biarkan sehingga naik baunya dan garing.
3. Masukkan sos tiram, garam dan gula . Kacau hingga sebati .
4. Masukkan ketam dan balik - balikkan seketika . Bolehlah diangkat dan dihidangkan.




Ketam Bercili
by
nisa96

Bahan-bahan
4 ekor ketam segar (bersihkan)
1 biji bawang besar (potong dadu)
4 biji bawang putih (tumbuk)
2 biji tomato (potong dadu)
3 sudu besar tomato sos
3 sudu besar cili giling
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tiram
2 batang serai
daun ketumbar
2 biji cili merah (hiasan)
2 inci halia (dihiris)

cara nak masak
1. Ketam dibersihkan dan ketuk sepitnya. Rebus dengan 1 cawan air hingga masak atau separuh masak. Angkat dan toskan. Air digunakan untuk stoknya.
2. Panaskan kuali dengan 2 sudu besar minyak masak. Tumiskan dulu bawang putih, dan bawang besar. Masukkan cili giling hingga masak.
3. Masukkan semua sos, stok ketam, halia, serai, tomato dan sedikit air.
4. Masukan ketam, daun ketumbar dan gaul rata.
5. Siap dan hidangkan dengan hiasan cili merah.



Ketam Bercili
Oleh :
Puteri Ledang

Bahan-bahan:
2 ekor ketam (paling baik ketam nipah) dibersihkan dan dipotong dua
2 batang serai diketuk
seulas bawang merah dan bawang putih (dimayang)
1cm halia dihiris nipis
10 buji cili padi ditumbuk
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
Sedikt gula

Cara memasaknya:
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak
2. Bila minyak panas masukkan serai, bawang, halia dan cili, kacau hingga rata.
3. Bila naik bau, masukkan sos tiram kira-kira 3 sudu besar.
4. Masukkan sedikit garam dan gula. Kalau nak berkuah, masukkan sesenduk air. (Jgn banyak sangat nanti kuah dia tak pekat). Akhir sekali masukkan ketam tadi. Gaul hingga rata dan tutup kuali dalam 2 minit. Dan ..lepas tu tutup api ..dan sediakanlah pinggan mangkuk ...boleh makan dah....



Ketam Bercili
Oleh :
pakndak

Bahan-bahannya:
3 camca besar serbuk kari
2 ekor ketam - dibersihkan dan dikukus
garam dan air

Bahan tumis:
3 camca besar minyak masak
5 tangkai cili kering - dikisar
10 helai daun kari
7 ulas bawang merah - dihiris
1 biji limau kasturi - diambil perahannya

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis. Kacau rata sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit garam dan tambah air jika terlalu kering. Angkat dari dapur.
3. Tuang kuah tadi pada ketam dan hidang panas-panas.



ketam masak bercili
Oleh :
NaNNa

Bahan;
1kg ketam bunga
sebuk kunyit
garam
myk untuk goreng

Bahan A;
cili kering(rendam & kisar)
bawang besar
bwg putih
1cm halia
1tagkai serai

Bahan B:
2tbsp sos tiram
3 tbsp sos cili
4tbsp sos tomato
garam n gula secukup rasa

Cara:
1. gaulkan ketam dgn kunyit & garam.Goreng kan ketam.Dgn mengunakan myk yg sama(myk mengoreng ketam).
2. tumis bahan A hinga naik wangi. Masukan bhn B.Tumis hingga pecah minyak.Masukan ketam yg digoreng.kacau rata.SEDIA DI HIDANGKAN



Ketam Goreng Bercili
Oleh : anisah aziz

Bahan-Bahan
Ketam - 4 hingga 6 ekor
Cili Api - 15 biji (dikisar)
Cili Kering giling - 3 sudu
Udang kering - sedikit (dikisar)
Sos tiram - 1 sudu
Kicap cair - 2 sudu
Bawang Merah & putih- 5 ulas (dikisar)
Gula merah - 1 sudu
sedikit air asam jawa,garam,air secukupnya

Cara Membuatnya
1.Tumiskan semua bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2.Masukkan cili kering giling dan sedikit air,kacau dan biarkan agak garing.
3.Masuk gula merah,garam dan air asam jawa dan kacau sebati.
4.Masukkan pula sos tiram dan kicap cair,kacau sebati dan biarkan mendidih,garing dan pekat hingga naik minyak.
5.Akhir sekali masuk ketam dan sedikit air lagi,kacau sebati dan tutup biarkan ia masak dan hidangkan.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).