- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, April 11, 2009

Lasagna

Everyone loves italian food. Remember pizza, spaghetti? But today i'm going to make lasagna. Konon2 nk impress my hubby + dh lama nk mkn ni but the easiest place to get it is at pizza hut but my hubby malas nk gi sana. I've bought all the ingredients a few days ago.
Actually i've the intention to make this b4 but whenever i look at the ingredients, i surrender. Very hard to get & the lists are too long. Kna gi supermarket baru bleh dpt. Then the steps/methods. Too complicated. Too many steps. For me yg x sabar dlm bab2 memasak ni, blom cuba dh surrender awal2. But then i remember seeing an artist made it in a tv programme. It looked very simple even though we have to make different sauce & filling saparately for it. But once u've finished making the sauce & the filling, it just a piece of cake (konon2 la). Susah pn xpe as long as my hubby were impressed with my effort & hardwork. My hubby said next time bleh buat lg. Wooo...boleh but tunggu la bila budget ada lebih :-) coz' the cost is quite expensive to make lasagna though but utk suami tersayang, apa2 pn boleh.
Too many recipe i found in the internet. The hard way & the simple way. Complicated ingredients & the simple one. After considering too many times, i decided to try kak madiha's recipe. Coincidently i've all the ingredients. But i bought instant lasagna bcoz' i don't have to boil it first.


LASAGNA
Sumber : Resepi.net
Kiriman : Kak Madiha

Bahan2
1 bungkus (225 gm) Kulit Lasagna kering (MaDiHa beli jenama San Remo dlm kotak.
1 s/b marjerin
½ s/k garam
Air secukupnya , untuk merebus
(Kalau dapat beli lasagna instant lagi senang tak payah nak merebus)
125 gm mozarella cheese ~ diparut halus

Bahan2 Sos Daging
2 s/b marjerin
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus
500 gm Daging cincang (Madiha guna jenama ramlee sepeket 400 gm tu)
250 gm Tomato, kupas, parut (Madiha guna 3 biji ~ just potong2 & terus blend dlm blender basah tanpa air.. tak parut pun)
300 gm Sos Tomato dlm botol
100 cc Air (madiha guna setengah cawan jek)
3 blok kiub maggi lembu
1 s/k Oregano serbuk
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir

Bahan2 Sos Putih
50 gm marjerin (tak timbang pun.. bubuh dlm 3 sudu besar)
50 gm Tepung gandum ~ bancuh jadikan pes likat dengan sedikit air
400 cc Susu Cair Evaporated (Madiha guna 1 tin susu cair)
100 cc Air (Madiha guna 100 ml)
125 gm Keju Cheddar parut (Madiha guna mozarella cheese)
1 blok kiub maggi lembu
¼ s/k serbuk lada putih
¼ s/k serbuk buah pala

Cara Menyediakan Kulit Lasagna
1. Panaskan air hingga mendidih, tambahkan marjerin dan garam. Masukkan kulit lasagna satu persatu ke dalam air mendidih dan masak hingga kulit lasagna lembut. (Jgn terlalu lembut sgt.. nanti terkoyak) Toskan dan masukkan dlm sebesen air biasa.

Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air. Bubuh kiub pati lembu MAGGI, oregano serbuk, garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.

Cara Masak Sos Putih
1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata. Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan keju parut, kiub pati lembu MAGGI, serbok lada putih & serbok pala.
2. Masak hingga mendidih dan mengental.

Penyediaan Terakhir
1. Sapu loyang atau caserole empat segi dengan marjerin di sekeliling, (Madiha guna loyang 4 segi 10" x 10". susun kulit lasagna pada dasar loyang.
2. Ratakan ½ bahagian sos daging diatasnya dan ½ bahagian sos putih. Ratakan perlahan2. Susun kembali kulit lasagna diatasnya.
3. Ulangi proses sama spt tadi diakhiri dengan susunan lasagsa di atas sekali menutup sos putih.
4. Taburkan cheese parut atasnya.
5. Bakar dengan suhu oven 180°C (atas bwh) hingga kuning kecoklatan (± 40 minit). (suhu bergantung oven masing2)
6. Angkat. Sajikan panas.




Lasagna Senang
posted by Ogyrosli

Bahan :

A.
Few sheets of instant lasagna
Mozarella Cheese

B. Meat Sauce :
1 botol pasta sauce - Preggo/Ligo/ Dolmio or whatever brand u have in your kitchen cabinet
1 packet minced meat/chicken Ramly
1 tin cendawan butang, buang air, hiris
1 batang celery, hiris
2 bawang besar (warna putih utk rasa best, tak de bawang biasa pun ok)
4 biji bawang putih, cincang halus
sedikit lada hitam (kalau tiada pepper mills, tumbukkan biar pecah-pecah sikit)
minyak jagung untuk menumis
sedikit bay leaves

Cara :
1. Panaskan minyak, tumis kedua jenis bawang hingga wangi. Masukkan daging dan kacau hingga daging separuh masak. Masukkan lada hitam. Kacau hingga lada hitam dan daging sebati.
2. Masukkan pasta sauce dan 1/2 botol air (pakai botol pasta tadi). Masukkan cendawan dan masak hingga sedikit pekat.
3. Masukkan celery dan bay leaves. Biarkan sekejap sehingga mendidih semuanya. Tutup api.

C. White Sauce :
1/2 cawan air
2 cawan fresh milk (low fat/full fat, ikut suka)
1/2 cawan butter
1/2 cawan parmesan cheese (tiada pun tak pe)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 teaspoon oregano

Cara :
1. Panaskan butter
2. Masukkan oregano, kacau sekejap
3. Masukkan tepung gandum dan kacau
4. Masukkan fresh milk dan air. Masak hingga pekat. Masukkan cheese. Kacau sekejap dan tutup api.

D. Cara Menyusun :
1. Letak meat sauce dulu. Ratakan dalam loyang.
2. Susun lasagna sheet. Yang instant ni tak perlu di rebus, letak terus. Lasagna sheet kena kecik dari loyang yer. Jangan letak hingga memenuhi loyang, bila masak dia kembang dan nanti dia terkeluar.
3. Letak white sauce
4. Ulang ikut berapa lapis dikehendaki. (Selalunya 2X dah cukup)
5. Pastikan ianya berakhir dengan white sauce.

E.
Masukkan dalam oven. Bila dah separuh masak, bolehlah tabur Mozarella Cheese atas lasagna anda. Teruskan bakar hingga masak.




Lasagna simple
oleh: eza

Bahan-bahan ( berganting kpd saiz dish )
1 bungkus daging / ayam kisar
1 tin sup tomato
1 - 2 tin sup cendawan
1 botol bolognese sauce ( brand maggie dlm paket pun ok tp kena bancuh air / brand kimball murah)
1 tin cendawan butang
mix vegetables ( kalau nak )
1 paket mozarella cheese ( beli kat kedai buat kek murah )
Italian herbs ( kalau nak )
garam & lada hitam
1 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih - potong dadu
1 kotak kepingan lasagna ( tak perlu rebus dulu )

Cara-cara
1. bawang besar dan bawang putih ditumis.
2. Masukkan daging / ayam kisar dan goreng sebentar. Masukkan sos bolognese, garam, lada hitam, Italian herbs, mix vegetables dan cendawan. Masak hingga hampir kering, jangan terlalu berair.
3. Sediakan baking dish yang nak digunakan dengan menyapu sedikit butter / magarine di keliling.
4. Taburkan satu lapisan nipis daging kisar tadi di bawah baking dish.
5. Kemudian letak satu lapisan kepingan lasagna. Pastikan seluruh lapisan daging tadi ditutup.
6. Di atas lapisan kepingan lasagna letakkan satu lapisan sup cendawan
7. Di atas lapisan sup cendawan letak satu lapisan sup tomato pula.
8. Di atas lapisan sup tomato ulangi dengan satu lapisan daging dan ulangi langkah 4 - 7 . Pastikan lapisan paling atas adalah lapisan sup tomato. ( jangan buat banyak sangat lapisan nanti tinggi sangat )
9. Di atas lapisan sup tomato taburkan mozarella cheese. ( Lagi banyak lagi sedap ) Taburkan Italian herbs di atas cheese.
10. Bakar dalam oven dengan suhu 180 C selama 15 - 20 minit . Nak test kalau dah masak cucuk bahagian tengah hingga ke bawah kalau kepingan lasagna tak keras lasagna sudah masak. Pastikan cheese tak hangus!




Lasagna
oleh: nihadriz

Bahan-bahan ( 6 orang )
300g daging cincang (lagi senang kalau guna brand Ramly)
1 botol prego (yang kecil)
2-3 batang celery
cendawan butang (sebanyak yang suka)
2 biji tomato (potong dadu)
1 biji lobak merah (dihiris halus)
1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar)
3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
1 peket Cheddar cheese (115g)
1-2 cawan susu
Sedikit garam untuk perasa
(Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti pepsicum, broccoli dll kalau nak)

Cara-cara
1. Panaskan oven 180 C
2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
4. Masukkan sedikit air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.
5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
7. Sediakan sauce pan, panaskan.
8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.
10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
14. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)




Lasagna
Sumber & Gambar : Julia

Bahan-bahan untuk daging
1/2 kg daging cincang
1 biji bawang holland
3 sudu besar minyak zaitun
satu sudu kecil basil kering
3 sudu besar tomato puree
3 sudu besar air
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai bay leaf
1 sudu kecil gula

Cara
1. Panaskan minyak, masukan bawang hingga naik bau.
2. Masukkan daging cincang dan serbuk kunyit.
3. Apabila daging hampir masak tambahkan tomato puree dan air.
4. Diikuti dgn basil kering dan bay leaf.
5. Apabila sudah agak kering dan daging sudah masak tutup api dan sejukkan.
6. Nota : Tak perlu letak garam sebab mushroom sup sudah masin. Kepingan lasagna segera yang tidak perlu rebus. 2 tin mushroom sup yang dimasak agak pekat. Mozarella chesse yang telah di parut secukupnya.

Acara lapis melapis
1. Caserrole yang saiznya mengikut saiz kepingan lasagna di gris/sapu dgn mentega.
2. Susun kepingan lasagna >>daging cincang>>mushroom sup>>mozarella chesse.
3. Teruskan sehingga bhn-bahan habis dan bahagian ats sekali mestilah mozarella chesse.
4. Bakar selama 40 minit atau sehingga lidi boleh tembus sampai ke bawah.
5. Biarkan setengah jam dalam oven sblm di masak.
6. Siap sedia untuk dimakan.



Classic Lasagna
Sumber : Sahabat Nestlé

Bahan
250 g lasagna kering

Inti Bolognese
2 1/2 sdm mentega
1 sdm minyak zaitun
100 g bawang cincang
50 g batang seledri cincang
100 g lobak, cincang halus
600 g daging lembu cincang
100 g daging ayam cincang
2 sdt garam
6 sdm NESTLɮDANCOW Fullcream, larutkan dengan 500 ml air
½ sdt pala serbuk
2 buku chicken kiub MAGGI, larutkan dengan
600 ml air
300 g tomato merah, cincang
1 sdm tomat pasta
1 sdt oregano serbuk
100 g daun bayam, hiris halus

Bechamel Sauce
150 g mentega
6 sdm tepung
8 sdm NESTLɮDANCOW Fullcream, larutkan dengan 750 ml air
½ sdt garam
½ sdt pala serbuk
½ sdt lada putih serbuk

Taburan:
200 g keju Parmesan parut

Cara membuat
1. Rebus lasagna dengan air secukupnya dan sedikit garam hingga lembut. Angkat dan toskan secara terpisah agar tidak melekat dan ketepikan. (Lebih mudah gunakan Instant Lasagna tak perlu direbus)
2. Inti Bolognese: Cairkan mentega, tumis bawang putih, batang seledri dan lobak hingga layu.
3. Tambahkan daging cincang, kacau hingga berubah warna dan kering.
4. Tuang susu DANCOW dan bubuh pala, kacau hingga mendidih dan susu berkurang.
5. Tambahkan tomato dan kiub ayam, kacau dengan api kecil hingga pekat.
6. Bubuh serbuk lada putih, oregano dan garam, jika perlu. Masak hingga seluruh cairan susut dan pekat.
7. Masukkan bayam, kacau rata. Angkat. Ketepikan
8. Bechamel Sauce: Panaskan mentega hingga cair.
9. Tabur tepung, kacau hingga rata.
10. Tuangi 2 sdm susu, kacau hingga adonan bergumpal.
11. Tambahkan setengah bagian sisa susu, sambil kacau-kacau hingga licin.
12. Tuang sisa susu, bubuhi garam, lada putih dan pala. Kacau hingga mendidih dan pekat. Angkat.
13. Penyelesaian : Griskan pinggan tahan panas 23 x 34 x 5 cm dengan mentega.
14. Susun lembaran lasagna di bagian bawah pinggan hingga tertutup. Tuangkan 1/3 bagian
15. Ragu Bolognese di atasnya, ratakan.
16. Taruh 1/3 bagian saus Bechamel di atasnya. Ratakan.
17. Tabur keju Parmesan. Ulangi melapis sebanyak 3 kali.
18. Lapisi atasnya dengan lasagna. Percikkan sedikit minyak zaitun dan taburi keju.
19. Bakar dalam oven bersuhu 180 C selama 25 menit. Diamkan selama 10 menit sebelum dipotong-potong.



Lasagna

Bahan
1 bungkus (225 gr) Kulit Lasagna kering, siap beli
1 sdm Margarine
½ sdt garam
Air secukupnya , untuk merebus
(Kalau dapat beli lasagna instant lagi senang tak payah nak merebus)

Sos Daging
2 sdm Margarine
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus
500 gr Daging cincang
250 gr Tomato, kupas, parut
300 gr Sos Tomato dalam botolan
100 cc Air
3 blok kiub maggi lembu
1 sdt Oregano bubuk, ½ sdt Garam, ½ sdm Gula pasir

Sos Putih
50 gr Margarine
50 gr Tepung gandum
400 cc Susu Cair Evaporated
100 cc Air
125 gr Keju Cheddar parut
1 blok kiub maggi lembu
¼ sdt serbuk lada putih
¼ sdt serbuk buah pala

Cara membuat
Panaskan air hingga mendidih, tambahkan margarine dan garam,rebus kulit lasagna kering hingga masak. Angkat. Toskan.

Sos Daging
1. Panaskan margarine, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga masak.
2. Tambahkan tomato parut dan sos tomato dan air. Bubuhi daging lembu MAGGI kiub, oregano serbuk, garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih dan mengental.

Sos Putih
1. Panaskan margarine, masukkan tepong, kacau rata. Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan keju parut, MAGGI® kiub, serbok lada putih serbok pala.
2. Masak hingga mendidih dan mengental.

Penyediaan
1. Siapkan pinggan tahan panas yang sudah disapu margarin, susun kulit lasagna pada dasar pinggan.
2. Ratakan ½ bagian sos daging diatasnya dan ½ bagian sos keju. Susun kembali kulit lasagna diatasnya.
3. Kerjakan satu lapis lagi dengan sisa sos daging dan sos keju.
4. Taburi atasnya dengan campuran keju cheddar dan keju mozarella parut diatasnya.
5. Panggang dengan panas oven 180°C hingga kuning kecoklatan (± 40 menit).
6. Angkat. Sajikan panas.



Lasagna Qissy Amnet

Bahan utk White Sauce
2 sudu besar butter @ 3 sudu besar olive oil
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan fresh milk (kalau nak byk sauce, bykkan susunye.. dan cheesenye..)
125g cheddar cheese ( yg ini main agak-2 je)
sedikit pepper and salt

Bahan untuk Meat Sauce
400g Ramly minced meat (1 bungkus)
1/2 cawan tomato puree
3 sudu besar cili mesin
1 labu bawang besar dipotong dadu (aku prefer pakai holland onion)
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 tin mushroom (slices-optional)
2 sudu besar gula
pepper
salt
blackpepper
Oregano (optional)

Cara2 untuk buat meat sauce
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan mince beef, tomato puree. Masak atas api sederhana hingga daging empuk dan pekat. (Lebih kurang mcm masak kuah spagetti lah) Jgn lupa masuk garam sikit, gula & pepper, oregano kalau suka.

Untuk cheese sauce
Cairkan butter/olive oil. Masukkan tepung dan kacau 1-2 min , pastikan api sentiasa perlahan. Tuangkan susu dan kacau lagi atas api perlahan hingga sos pekat.. Masukkan garam dan serbuk lada sulah kemudian angkat. Masukkan cheese yg anda suka mase tgh kuah panas tu, cheddar/ mozarella...

Lepas tu.. acara lapis melapis...kat bekas kaca tuh..letak butter sikit...mula2 letak pasta lasagna tu.. letak meat sauce, then letak lasagna sheet...pastu letak cheese sauce.. pastu tabur lah cheese byk-2.... Lepas tu ulang the same step.. .. tabur lah segala balance cheese yg ada... pastu.. bakar
dlm oven/ microwave suhu 180-185 degree selama 40-45 minit...
utk sesapa yg minat cheese...korang mesti suka punyer...




Lasagna
Sumber : shidaaziz
Foto sumbangan : zul_khaleeda

white sauce
1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
garam secukup rasa
lada hitam
susu segar atau susu UHT/ low milk or full cream secukupnya
keju mozarella secukupnya - barang 2 sudu

caranya:
1. panaskan butter hingga cair.
2. masukkan tepung & kacau. matikan api. kacau hingga rata.
3. pasang api, masukkan susu & kacau rata.
4. masukkan garam, lada hitam serbuk & keju.
5. kacau hingga keju cair & sauce jadi pekat.

meat sauce
3 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar dadu
1 biji tomato dadu
2 carrot parut halus
1/2 peket daging cincang
1 tin kecil tomato puree
1/3 botol sos spagethi (botol besar)
1/2 tin cendawan butang hiris nipis
udang & sotong (kalau suka)
lada hitam & garam secukup rasa
1 sudu besar cili blender

caranya:
1. panaskan butter dalam 2 sudu.
2. tumis bawang putih cincang hingga kekuningan.
3. masukkan cili blender dan tumis hingga pecah minyak.
4. masukkan tomato puree.
5. masukkan cendawan, tomato, bawang besar.
6. masukkan daging cincang & kacau rata hingga daging masak sedikit.
7. masukkan carrot & sos spagethi.
8. masukkan garam & lada hitam. didihkan.
9. masukkan seafood. agak2 cukup masak. tutup api.

penyediaan:
1. sediakan loyang. untuk resepi ni, shida guna loaf ukuran 8" x 4".
2. letak lasagna sheet di bawah.
3. tutup dengan meat sauce.
4. taruk lasagna sheet.
5. lapis dengan white sauce.
6. lasagna sheet
7. meat sauce
8. akhirkan dengan white sauce.
9. taburkan dengan keju campuran dan bakar suhu 150 lebih kurang 25-30 minit.
10. sedia dihidangkan.

* untuk meat sauce, shida suka buat berkuah sikit supaya dapat menyerap ke dalam lasagna sheet. pasal lasagna sheet tu instant punya. pas tu, masa membakar pun suka lama sikit sebab nak bagi lasagna sheet tu betul2 masak & lembut.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).