Another cake originally from sarawak. Ni kek yg msti kena cuba.I wonder why they called kek lumut. May be bcoz' of its green colour. I saw this cake made by mat gebu & fall in love with it instantly. I ni cepat sgt tertarik dgn apa2 jer warna hijau especially food except for buah yg masam2 tu for instant buah mangga muda/green apple/kedondong & apa2 aje la yg hijau tp masam.
KEK LUMUT
Sumber : Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega
3/4 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan nestum
1/2 cawan seri kaya
1 camca teh esen vanilla
Pewarna hijau secukupnya (mat guna 2 camca besar)
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan kukusan, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Satukan tepung, horlicks dan nestum, gaul rata. Ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, kacau rata.
3. Masukkan seri kaya dan susu pekat manis, putar lagi hingga rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan campuran tepung, horlicks dan nestum tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan pewarna hijau, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi. Tutup dengan aluminium foil dan ikat kelilingnya dengan tali rafia, kukus 2 1/2 jam hingga 3 jam. Mat kukus 3 jam....
Kek Lumut
Posted by Aunty Yochana
recipe adapted from the book "Layered Cake" by Vickie Chieng
Ingredients:
250 gm. Butter
90 gm. sugar
1/2 Tbsp. ovalette
5 egg yolks
190 gm. condensed milk
150 gm. Kaya
120 gm. cake flour - sieved
100 gm. horlicks
5 egg white
1/2 tbsp. pandan paste
2 1/2 Tbsp. Pandan juice
Method:
(1) Beat butter, sugar and ovalette till creamy. Add in egg yolks one at a time and beat till well combined.
(2) Add in condensed milk and kaya a little at a time and beat till properly mixed.
(3) Add in flour and horlicks. Add in pandan paste and pandan juice.
(4) Whisk egg white till soft peak and then fold into butter mixture.
(5) Pour into a 8" square tin and cover with an aluminium foil. Steam for 2 hours or till cooked.
(6) Cool before slicing.
Kek Lumut
Resipi sumbangan: Fatimah binti Taip
Bahan-Bahannya:
10 biji telur
1 sudu teh vanilla
1 tin @ botol jem epal
5 gelas tepung nestum
sedikit pewarna hijau
1 tin susu manis
1 gelas tepung almond (badam)
16 ozs mentega
2 gelas gula halus
Cara Membuatnya:
1. Pukul telur hingga kembang.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis.
3. Mentega dikacau terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam adunan telur tadi.
4. Sesudah itu masukkan tepung almond yang sudah digaul bersama tepung neestum.
5. Akhir sekali masukkan susu, jem, vanilla dan pewarna hijau.
6. Kukus hingga masak.
Kek Lumut Istimewa
Kiriman: Ema
Sumber: Mak Mertua
Bahan-Bahan:
2 Bar Butter (500gm)
1 packet kecil minuman Horlick
10 biji telur (size C) / 8 biji telur (size A)
1 tin kecil seri kaya
1 tin kecil susu pekat manis
Biskut marrie (dihancurkan)
Sedikit Pewarna hijau
Cara:
1. Pukul Butter bersama telur sehingga kembang
2. Masukkan susu dan kaya.Kacau hingga sebati
3. Masukkan Horlick dan kacau
4. Masukkan biskut marrie(dihancurkan) sehingga agak agak pekat.
5. Masukkan pewarna hijau.
6. Kukus sehingga masak. (cara : cucuk lidi kedalam kek,jika adunan tidak melekat pada lidi, bermakna telah masak)
Cadangan Hidangan:
kek ini perlu disimpan didalam peti ais. Ia adalah kek lembab. Potongkan kecil kecil apabila dihidangkan. Sesuai untuk pencuci mulut kerana kek ini agak manis.
Kek Lumut
Kiriman: ann
Bahan-Bahan:
10 Biji telur
16oz mentega
1½ gula halus
2 gelas tepung gandum
1 tin (kecil) susu pekat manis
1 tin (kecil) seri kaya perasa pandan
1 botol (kecil) horlick
1 botol (tinggi) pasta pandan
2 sudu makan pewarna hijau
Cara:
1. Pukul telur hingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Kemudian masukkan telur. Gaul hingga rata.
3. Masukkan tepung gandum, susu pekat manis, seri kaya dan horlick. Gaul hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan pasta pandan dan pewarna hijau. Gual lagi hingga warna nya sebati dan rata.
5. Kemudian barulah dikukus atau dibakar hingga masak.
No comments:
Post a Comment