- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, April 28, 2009

Sotong Bakar

Today i cooked something simple...sotong bakar. Kebetulan semlm ada jupe sotong besar2 kt pasar mlm. Terus la rembat. Encik mat gebu, ur recipe is marvellous..but others recipe i jot down here were also good..ada masa bleh cuba recipe org lain lak.


Sotong Bakar Ringkas
oleh: Mat Gebu

Bahan-bahan ( 2 -3 orang )
500 g sotong besar
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam

BAHAN2 UNTUK SAMBAL ASAM:-
1 inci belacan, dibakar
1 batang cili merah
10 - 12 biji cili padi
2 biji bawang merah kecil
Asam jawa sebesar ibu jadi, ramas dalam 3 camca besar air
3 biji limau kasturi
Sedikit garam dan gula

Cara-cara
Sotong dibersihkan, asing kepala dan badan. Cuci bersih bhg dalam badan sotong, kelar2 badan sotong tapi jgn putus. Bersihkan juga kepala sotong. Gaulkan dgn serbuk kunyit dan sedikit garam. Bakar sotong dalam oven/api arang atau pun grill. Bakar kurang lebih 5 - 8 minit pada setiap bahagian (kalau bakar lama2 nanti jadi "selipar jepun"---->liat).

UNTUK SAMBAL ASAM:- Dalam lesung batu, satukan cili merah, cili padi, garam dan belacan. Tumbuk hingga separuh lumat, masukkan bawang merah tadi dan terus menumbuk hingga agak lumat (jgn terlalu lumat). Masukkan jus asam jawa dan perasakan dgn sedikit gula. Perah jus limau kasturi hingga tahap kemasaman yg diingini. Mesti ada rasa masam, manis, pedas dan masin dalam sambal ini.
Bolehlah dihidangkan bersama2 sotong bakar tadi...



Sotong Bakar Bersambal
oleh: junjs11

Bahan-bahan ( 4 orang makan )
3 ekor sotong saiz besar-jgn potong

Bahan kisar:-
@6 ulas bawang merah
@3 ulas bawang putih
@1 in halia
@1 batang serai
@ 2 in lengkuas
@4 sudu besar cili kering (ikut suka kalau nak lebih)
@1/2 sudu teh ketumbar
@1/2 sudu teh jintan manis
@4 sudu besar butter/minyak
@garam dan gula secukup rasa
#boleh ditambah hirisan daun limau purut jika suka

Cara-cara
1. Sotong dibersihkan. Biar seekor2. Perap dengan bahan kisar selama 15min.
2. Letakkan sotong dan bhn2 perap diatas kertas foil dan bakar selama 20-30min atau hingga masak.
3. Sudah masak, bolehlah dipotong2 dan hidangkan. Sotong ni siap dibakar dengan sambalnya, boleh juga dimakan dengan air asam..



Sotong bakar berkicap
Sumber :
Jun

Bahan-bahan
4 ekor sotong besar
1 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
3 ulas bawang putih-kisar
3 biji bawang merah-kisar
1/2 sudu teh pepper
1 sudu teh jus lemon/limau

Cara-cara
gaul sotong ngan sume bahan n perap selama 1 jam. bakar hingga masak.



Sotong bakar ala bbq
Sumber : Jun

Bahan-bahan
udang (jun guna sotong)
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh garam (x isi pon)
daun kari

Cara-cara
gaul udang/sotong ngan sume bahan, perap 2 jam. bakar hingga masak. makan ngan kicap bercili..sedapppp!



SOTONG BAKAR
Sumber :
princessharyati

Bahan-bahan;
Sotong
olive oil
serbuk kunyit
rosemare kering
garam

Cara-caranya;
Gaul semua. Pastu bakar siap. Yang oren tu ulam carrot di potong memanjang.



SOTONG BAKAR SAMBAL NENAS
Sumber :
masz73

SAMBAL NENAS

BAHAN-BAHAN
-4 senduk lada boh
-3 biji bawang merah kecil*
-1/2 biji bawang merah besar*
-2 ulas bawang putih*
-1 inci kunyit hidup*
-1/2 inci halia*
-2 btg serai*
-1/4 nenas*
- 1 helai daun kunyit(dimayang halus)
- 3 helai daun limau purut(dimayang halus)
-garam,gula n aji secukup rasa
-beberapa biji limau kasturi

CARA-CARA MEMBUAT SAMBAL NENAS
-kisar bahan yg bertanda*..
-panaskan minyak dlm kuali then tumis bahan yg dikisar td...kacau2 masukkan lada boh..
-tumis hingga naik minyak..then perasakan ngan garam,gula n aji..
-bila dh siap..masukkan daun kunyit n limau purut yg dh dimyng td..gaul2 sebati ...

CARA-CARA MEMBUAT SOTONG BAKAR
- bakar sotong hingga masak
- gaul dgn sambal nenas
- siap



Sotong Bakar
Sumber :
Yatie

Caranya:
1. Squid marinated with turmeric powder and salt then grill for 15 minutes on non-stick pan (hope I'll the grill pan soon)
2. then served with air asam . sedapnye

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).