- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, April 24, 2009

Nasi Ayam Goreng

Punya la syok mkn nasi ayam madu mlm td. Siap meratah lg ayam madu tu. Sedar2 ayam dh abis, nasi ada lg balance. So fikir punya fikir, nk buat ayam madu lg dh malas, then i suddenly remember a fried rice recipe using nasi ayam.


NASI AYAM GORENG

Bahan-bahannya
2 mangkuk nasi ayam
½ cawan sayur campur
2 biji telur
sedikit serbuk lada sulah
sedikit kicap cair
secukup minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak, pecahkan telur dalam kuali dan goreng untuk pecah-pecahkan telur tersebut. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan sayur campur, kicap cair dan serbuk lada sulah dan gaul rata. Masukkan telur yang telah diketepikan tadi dan nasi ayam. Gaul rata.
3. Angkat dan letakkan diatas pinggan dan hidangkan bersama Ayam Goreng Madu/ Ayam Goreng Ketumbar dan Sambal Nasi Ayam.

Nota: Warna Nasi Ayam Goreng haruslah coklat cair sikit. Resipi ini tidak perlu menggunakan bawang putih sebagainya kerana rempah tersebut telah pun ada sewaktu kita menyediakan Nasi Ayam.



Nasi Ayam Goreng
Sumber: Majalah Wanita Jun 1999

Bahan-Bahan:
3 camca besar minyak
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 peket perencah nasi goreng Maggi
150 gm ayam tanpa tulang (didadu)
Sedikit bawang goreng
100 gm udang tanpa kulit (didadu)
½ cawan kacang pis
2 ½ cawan nasi ayam
1 biji telur ayam
Hirisan cili merah

Cara:
1. Tumis bawang putih di dalam minyak panas sehingga kekuningan. Masukkan perencah maggi dan goreng sehingga selama 3 minit.
2. Masukkan pula nasi dan goreng sehingga ia masak.Tolak nasi ke sebahagian kuali dan masukkan telur.
3. Masak telur sehingga ia beku dan gaul sehigga sebati. Hias dan hidangkan.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).