- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, April 14, 2009

Daging Dendeng

Daging dendeng? X prnh dengar pn tp sbenarnya prnh la mkn cuma x tau namanya. Skrg baru tau. Ia sejenis mknan Padang, Indonesia. Resepi ni msti kna cuba...
Daging Dendeng
Sumber : Harian Metro


Bahan:
200 gram daging (direbus hingga separuh masak, seelok-eloknya daging batang pinang untuk sajian dua orang)
Garam secukup rasa
10 gram ketumbar
2 liter minyak (supaya daging tidak lekat di kuali)

Cara membuatnya:
1. Daging yang separuh masak dihiris nipis.
2. Rendam dalam larutan garam dan ketumbar.
3. Tapis daging dari air yang direndam itu.
4. Goreng dalam minyak panas yang banyak sampai kering.

Cara membuat sambal hijau atau merah:

Bahan:
3 potong cili merah
2 ulas bawang merah
2 helai daun limau purut
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Sedikit minyak (untuk menumis)

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang dan daun limau purut, tumis sampai harum.
2. Masukkan cili yang sudah dikisar atau ditumbuk.
3. Tambahkan gula dan garam mengikut selera.
4. Tumis sehingga cili masak.
* Selepas itu hidangkan dendeng kering bersama sambal merah atau hijau ini.





Daging Dendeng
Sumber :
Yusnida


Bahan – bahan
1 kg daging lembu
1 camca kecil ketumbar
1 camca jintan manis
30 tangkai cili kering
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Asam jawa
Sedikit kicap

Persediaan untuk daging
1. Rebus daging hingga empuk
2. Potong daging nipis-nipis selebar 1 atau 2 inchi
3. Di tumbuk sedikit di dalam lesung (supaya tidak liat)
4. Gaulkan bersama kicap masin dan manis (perap seketika)
5. Gorengkan sehingga sedikit garing.Ketepikan

Persediaan Sambal
1. Kisar jintan manis,ketumbar,bawang merah,bawang putih,cili kering sehingga lumat
2. Tumiskan bahan tadi sehingga garing dan perahkan asam jawa.
3. Rasakan garam dan gulanya
4. Setelah kering sedikit bolehlah masukkan daging tadi.
5. Kacau dan balik - balikkan hingga sebati
6. Sedia dihidangkan.




Dendeng
oleh:
erna

Bahan-bahan ( 4 orang )
500gm daging
4 biji tomato
2 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
garam secukupnya

****Bahan A (dikisar)*****
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
10 ulas bawang merah
3 sudu besar cili giling
sedikit halia

Cara-cara
1. Daging di hiris nipis dan digaul sedikit dengan bahan A. Perapkan sekejap.
2. Goreng daging ini hingga garing. Ketepikan.
3. Kemudian tumiskan lebihan bahan A, masukkan tomato, garam, gula, kicap dan daging. Masak hingga kering.



Daging Dendeng
Kiriman: watie

Bahan-Bahan:
1 kilo daging
1 kilo bawang merah besar-racik halis
½ kilo bawang putih-racik halus
$2.00 halia-racik memenjang
sedikit cuka/air asam jawa
garam
serbok perasa
sedikit gula
kicap tamin lemak manis (utk anggaran daging nampak hitam)
$1.00 cili kering-blender

Cara:
Daging direbus, apabila masak hiris nipis,kemudian hirisan daging digoreng dengan minyak separuh masak(tak garing).kemudian tumbuk gorengan daging tadi sehingga agak hancur.bahan yang diracik halus, digoreng berasingan sehingga garing.
panaskan kuali, tumis cili-sampai garing(kehitaman), masukkan kicap(anggaran agak hitam), tambah perasa garam gula air asam/cuka-gaul sebati.dah sebati dan garing, masukkan daging kacau,bawang merah goreng kacau,bawang putih goreng kacau last sekali halia goreng kacau.




Daging Dendeng
Oleh :
suejoshua
Bahan-bahannya:
1/2 kg daging lembu pejal
1/2 mangkuk cili kering *
10 biji bawang merah *
1/2 cawan gula melaka
1/2 cawan air asam jawa
3 s/b kicap pekat manis
1/2 cawan bawang goreng
Garam, perasa dan gula

Cara-caranya:
1. Rebus daging bersama sedikit halia dan 2 biji bawang putih yang telah dititik hingga lembut, angkat dan toskan airnya.
2. Potong nipis2 daging yang telah direbus tadi dan tumbuk setiap hirisan daging hingga leper, buat sehingga habis.
3. Kisar bahan yang bertanda *
4. Panaskan minyak didalam kuali, gorengkan daging yang telah ditumbuk leper tadi sehingga garing, angkat dan toskan minyaknya.
5. Dikuali yang sama, gunakan sedikit saja minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan gula melaka, air asam jawa, garam, perasa dan sedikit gula pasir, kacau rata sehingga kering, masukkan daging dan bawang goreng, kacau sehingga sebati dan bolehlah ditutup apinya.




DAGING DENDENG
Oleh : Kak Liza

Bahan-Bahan:
1 kg daging lembu [yg tiada lemak]

bahan mesin [kasar]
15 tangkai cili kering
15 tangkai cili merah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 s/b gula merah
garam dan kunyit

Cara:
1. Daging lembu dibersih,kemudian digaulkan sedikit garam & direbus hingga empuk dikeluarkan& dihiris nipis-nipis serta lebar.
2. Kemudian digoreng hingga garing dan angkat.
3. Tumbukkan daging dalam lesung supaya lembut sikit lagi.
4. Panaskan sedikit minyak dlm kuali,tumiskan bahan yg dimesin kasar tadii sehingga naik baunya.
5. Masukkan daging tadi dan digaulkan hingga rata sesuaikan rasanya.Bila telah garing bolehlah diangkat dan hidangkan.




Daging Dendeng Puti Mazura
Sumber : Puti Mazura
Gambar : Jeni


Bahan-bahan
1 kilo daging batang pinang , bang with mallet until soft, marinate with sugar, salt and a few dashes of soy sauce. Leave to marinade for at least 2 hours
10 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
5 ulas bawang putih ditumbuk kasar
15 tangkai cili kering, direbus dan dikisar
4 batang serai, dikisar bersama cili kering
3 camca besar ketumbar, disangrai dan kisar kasar
setengah cawan air asam jawa
4 camca besar kicap manis
1 cawan air (atau lebih)
garam
gula
3 cawan minyak

Cara
1. Pijarkan dua sudu makan minyak, tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan ketumbar dan goreng sampai wangi.
3. Masukkan cili pes, goreng hingga terbit minyak.
4. Masukkan daging yang telah diperap dengan bahan perapan sekali, balik-balikkan untuk "seal"nya.
5. Bila sudah "seal" daging, masukkan air, didihkan dan kemuidan kecilkan api, tutup kuali/periuk.
6. Bila daging sudah empuk, buka penutup, masukkan air asam jawa & kicap dan biarkan renih sehingga air kering.
7. Masukkan minyak masak yang selebihnya dan besarkan sedikit api.
8. Goreng sehingga kering dan garing, masukkan gula dan garam (jika masih tawar).
9. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.



Daging Dendeng
Sumber: sherrie@century.com.my
Bahan-bahan:
½ kilo daging
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 tangkai serai
2 cm halia
10 tangkai cili kering - direbus & kisarkan - boleh tambah
¼ cawan kicap pekat / kicap manis
3 sudu mkn gula merah
2 sudu mkn gula pasir
½ cawan air asam jawa - dibancuh dengan stok daging
Garam secukup rasa
Sedikit air - lebih kurang 2 cawan
Minyak untuk menumis

Cara-cara memasaknya:
1. Rebus daging bersama air sehingga daging empuk.
2. Toskan & tumbuk daging hingga agak lerai – ketepikan.
3. Kisarkan bawang merah, bawang putih, halia & serai bersama air stok daging-stok jangan banyak sangat, agak-agak boleh dikisar sahaja.
4. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau & masukkan cili kisar-tumis hingga sedikit garing.
5. Masukkan air asam jawa - gaul & tambahkan kicap, gula merah & gula pasir-gaul lagi.
6. Masukkan daging-gaul biar sebati & sesuaikan garam–masak hingga kering & bolehlah diangkat

Tips:
Daging kalau nak tumbuk sampai lerai macam serunding pun boleh-air stok takleh banyak masa mengisar coz nanti bahan kisar lambat garing & kurang wangi - jangan risau kalau lauk berlebihan / tak habis - just panaskan semula & goreng hingga betul-betul kering (jadi macam serunding tapi lebih garing) - sesuai dimakan dengan pelbagai jenis nasi, roti, ketupat & roti jala.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).