- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, April 17, 2009

Puding Mangga

Actually i made this manggo puding last week. Maklum la skrg ni musim mangga aka mempelam. Very cheap ooo & very sweet. Last week my hubby bought 4 kilos of manggo. I can't finish them all alone. So i'm thinking of making something with it. Fikir punya fikir, i got an idea. Why not making pudding? But i didn't know how. No problem bcoz' internet always come to my rescue.


PUDING MANGGA
Sumber : Mamazieza RN
Gambar : Rashidah RN

Bahan-bahannya
10 gm agar-agar
2 sudu susu cair
1 cawan gula
1 biji telor
1 mangkuk mangga (Masak) blend ehhh...
3 cawan air

Cara-caranya
Agar-agar & air di masak. Gula 1 cawan, dan mangga di kacau bersama hingga sebati. Masukkan susu 2 sudu yang dicampur dengan telor. Digaul lalu tuang di acuan ikut cita rasa sendiri dan masuk dalam peti ais.

Nota Kak Rashidah: Masa saya buat saya tidak mengunakan mangga masak yg diblender sebaliknya saya mengunakan 5 cawan air mangga - 1000 ml (jus yg dah siap beli aje.



Puding Mangga
Sumber : Stephen Wong
Gambar : Jeni

Bahan-bahan
1 sdb serbuk gelatin (Saya tambah lagi 1 sdb dan 2 inci agar-agar stripe tu nak kasi
keras mcm agar-agar)
3/4 cawan gula
1 cawan air panas
3 cawan puri mangga (ambil isi mangga dan blend)
1 cawan susu sejat
8 ketul kiub ais

Cara
1. Blend isi mangga hingga halus.
2. Satukan puri mangga, susu sejat dan ais.
3. Masukkan gelatin, gula dan air panas dan kacau hingga hancur semuanya.
4. Satukan bancuhan puri mangga dan bancuhan gelatin.
5. Kacau hingga semua ais cair.
6. Tuangkan bancuhan puding ke dalam bekas puding.
7. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 3 jam.



Puding Mangga
oleh: Ringo

Bahan-bahan ( 6 orang )
2 biji mangga ranum
170ml F&N krimer sejat
80ml fresh cream
100g fresh milk
1/2 s/k tepung custard
600ml air suam
100gm granulate sugar
15gm serbuk gelatin
setitik dua pewarna kuning

Cara-cara
1. campur gelatin dengan 300ml air suam, kacau dan biarkan selama 10 minit.
2. campur air selebihnya dengan gula dan kacau hingga larut.
3. kupas kulit dan buang biji mangga, mixer/FP kan isi sampai jadi puree.
4. campur 1 dan 2, masukkan 3, krimer sejat, fresh cream, fresh milk, tepung custard, dan kacau. masukkan pewarna dan kacau lagi.
5. letak bowl tadi diatas air berais dan kacau sehingga sejuk dan kelihatan pekat. kalau suka boleh tambah mangga yang dipotong dadu kecil2 untuk merasa texture yang berbeza dalam pudding ini.
6. tuang kedalam bekas pudding, sejukkan dalam petisejuk selama 1 atau 2 jam sebelum dihidang. bolehlah dihias dengan hirisan manggo dan mint.



Mango pudding
oleh: yani

Bahan-bahan ( 150ml- 4 cups )
50ml susu segar
50g gula
1 1/2 sudu kecil gelatin + 1 sudu besar air
250g isi mango yg dah dikisar (puree)
50g plain yogurt
125ml whipping cream
utk Hiasan
2 biji mango
susu pekat manis secukupnya

Cara-cara
1. Masukkan serbuk gelatin ke dalam 1 sudu besar air. Kacau dan biarkan 10 minit. (Jgn masukkan air ke dlm serbuk gelatin utk elakkan gelatin dr berketul-ketul)
2. Panaskan susu segar dan gula sehingga gula cair. Jangan sampai mendidih. Sejukkan sekejap. Kemudian masukkan gelatin tadi . ( Ini utk mengelakkan gelatin tu dari berbau) Kacau sehingga gelatin larut.
3. Masukkan semua bahan-bahan lain ke dalam food processor/blander. Mix sehingga semuanya sebati.
4. Kemudian masukkan campuran gelatin dan susu tadi. Mix lagi.
5. Akhir sekali bolehlan tuang ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum mkn.
6. Sebelum hidang bolehlah dihiaskan dengan susu pekat dan juga mango yg dipotong dadu.
7. ** whipping cream tu boleh juga digantikan dgn susu sejat- tp rasanya x sepadu rasa yg guna whipping cream.


Puding Mangga
Sumber: Majalah Perempuan Mac 1998

Bahan-Bahan:
40 gm agar-agar
1 liter air
250 gm gula
300 gm puri mangga
1 sudu teh esen mangga
Sedikit pewarna kuning

Cara:
Didihkan air dengan agar-agar dan gula. Masukkan puri mangga dan pewarna. Bila sudah masak, tuangkan ke dalam acuan dan biarkan sejuk. Hidangkan dengan salad buah-buahan.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).