- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, April 5, 2009

Cekodok Udang Geragau/Baring

Udang geragau aka baring again. Maklum la byk lg stok kt umah. So today i'm making cekodok udang geragau/baring. As usual, for the person who didn't know to cook, i followed the following recipes, kiranya campur2, cacar marba. Instead of using baking powder/bicarbonate soda, i used egg only (no stock for both ingredients). Ok la gak, a little bit fluffy, xde la keras.


CeKoDoK GeRaGaU
oleh: mama_myvi


Bahan-bahan ( seisi keluarga )
1 cawan udang geragau
1 cawan tepung gandum
2 sdm cili kisar
1 cwn air panas (+ 1 1/2 sdt garam + 1/2 sdt serbuk kunyit + 1/2 sdt soda bicarbonat)
1 biji bwg merah (dimayang)
daun sup & daun bawang (dimayang)

Cara-cara
1. campurkan semua bahan-bahan di atas
2. goreng menggunakan minyak yang banyak sehingga kekuningan
3. angkat,hidang dan boleh dimakan..





CEKODOK/JEMPUT-JEMPUT GERAGAU
Sumber : Mamafami

Bahan-bahan :
250g udang geragau
1 biji bawang besar ~ didadu atau dihiris
1 sudu besar serbuk rempah kari
1/4 sudu kecil serbuk penaik
tepung gandum secukupnya
air secukupnya
garam
minyak untuk menggoreng

Kaedah penyediaan :
1. Basuh udang geragau hingga bersih dan masukkan ke dalam mangkuk.
2. Campurkan bawang, serbuk rempah kari, serbuk penaik, tepung gandum, garam dan air secukupnya. Bancuhan mestilah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Sudukan 1 sudu besar bancuhan ke dalam minyak panas dan gorengkan hingga keperangan.
4. Angkat dari minyak dan toskan minyak. Letakkan di atas kitchen towel untuk menyerap minyak yang berlebihan.
5. Hidangkan bersama Sos cili Thai atau apa-apa sos yang anda suka.




Penderam udang geragau
Sumber : Kasturi


Dikisar halus
5/6 ulas bawang merah
2/3 bawang putih

200 g udang geragau basah~(boleh tukar pada ikan bilis basah)
3 biji telur kocok lepas
5 sudu makan self raising tepung
serbuk kunyit
secukup rasa garam
1 btg cili merah/hijau di mayam halus
Daun bawang potong memanjang
Minyak mengoreng secukupnya

Cara-cara
1. Telur dan bahan2 kisar disatukan, kacau rata
2. Masukkan tepung kacau rata.
3. Kemudian masukkan bahan seterus dan kacau rata lagi
3 Panas kan minyak, goreng adunan tadi mengunakan sendok kecil, goreng hingga kekuninggan angkat dan tos.
#Resepi ini enak makan begitu saja atau dengan kicap cili padi berteman nasi panas dan kuah bening.





Cekodok Udang Geragau
oleh: ameskay

Bahan-bahan ( 2 org bersaiz besar macam saya muahahahah! )
2-3 genggam udang kepal/geragau - kalau suka banyak boleh tambah
1 labu bawang besar saiz besar
1 biji kentang saiz besar
2 keping kulit roti/roti potong
10 sudu besar tepung gandum
Air yg cukup utk bancuh adunan tepung & rendam roti
Garam secukup rasa
Minyak yg banyak untuk goreng tenggelam (deep fry)

Cara-cara
1. Kentang & bawang besar dicincang. Halus/kasar terpulang selera masing-masing.
2. Roti direndam dalam air. Ketepikan sekejap.
3. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana besar.
4. Dalam mangkuk/besen adunan, masukkan tepung, kentang, bawang, udang kepal yg dah dicuci dan garam, gaul sebati. Tambah air sedikit demi sedikit sehingga mendapat kecairan/kepekatan yg menepati citarasa anda. - Utk yg baru2 nak cuba buat ckodok, jgn kacau beriya2 sangat, buat bentuk nombor 8 semasa mengacau adunan sehingga semua tepung larut dan bahan2 sebati.
5. Hancur2kan roti yg dah direndam tadi, masukkan dalam adunan, kacau rata.
6. Cedok adunan dengan sudu dan jatuhkan ke dalam minyak panas tadi dengan berhati2. 7. Saiz cekodok bergantung pada berapa banyak anda cedok adunan dan berapa banyak minyak yg anda gunakan - lagi besar kuali, lagi banyak minyak, lagi banyak boleh goreng dalam satu2 masa.
8. Goreng hingga garing/kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak cekodok sebelum hidang. Sedap makan begitu saja atau dgn sambal/sos yg anda suka.
9. Nota tambahan : Cekodok lebih sedap & lebih gebu/rangup jika adunan disimpan semalaman dalam peti sejuk. Saya kurang gemar rasa udang kepal (yg suka family saya je...) tapi bila dah simpan semalaman dalam peti sejuk dan goreng keesokan harinya, rasa dia cam cekodok Adabi pun ada...




CUCUR UDANG RANGUP
Kiriman: DIRO

Bahan-Bahan:
TEPUNG KEK
TELUR
TAUGEH (LETAKKAN BANYAK SEDIKIT)
DAUN KUCAI
UBI KENTANG (DIPOTONG DADU)
UDANG GERAGAU/HIDUP
SEDIKIT GULA
SEDIKIT GARAM

Cara:
TEPUNG KEK DIBANCUH DENGAN AIR KEMUDIAN MASUKKAN TELUR, TAUGEH, DAUN KUCAI, UDANG, UBI KENTANG, GARAM DAN GULA DI GAUL SEHINGGA SEBATI. KALAU BOLEH BANCUHAN BIARLAH LEMBIK SEDIKIT. GORENG DENGAN MENGGUNAKAN MINYAK YANG PANAS

Cadangan Hidangan:
DIHIDANGKAN BERSAMA TAHU GORENG DI CICAH DENGAN SOS ATAUPUN KUAH KACANG





Cucur Udang Geragau
Sumber :
kacip
Bahan-bahan
Udang geragau
Tepung
Garam
Jintan
Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Basuh bersih udang, buang kotoran pada udang-udang tu, bilas
2. kemudian bancuh laa tepung. Tepung pun agak-agak je kira nak bagi melekat laa.
3. Pastu garam, jintan sket dan serbuk kunyit sket.
4. Goreng dlm minyak yg banyak

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).