- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, June 17, 2009

Salad Timun

Dh lama cari resepi mcm ni. Slalu mkn acar jelatah timun jer. Saya ni 'hantu' sayur. Klau takde sayur, tak lengkap rasanya hidup. Klau takde sayuran lain, timun pn ok buat ulam. Dh jupe resepi salad timun ni, bleh la slalu buat. Nasib ari ni ada yogurt dlm peti ais. So, bleh ganti tairu tu. Tp saya ada juga jupe resepi salad timun ni guna mayonaise. Ok gak ni. Thanx diana for this fantastic recipe & idea.


JAJIK (SALAD TIMUN)
Sumber :
Diana

Bahan-bahannya
1 batang timun, dibuang kulitnya, dipotong dadu isinya (yang kat tengah berbiji-biji tu buang)
½ cawan tairu
1 ulas bawang putih
1 sudu teh daun pudina, dihiris halus
1 sudu teh minyak zaitun
garam secukup rasa

Cara-caranya
Masukkan semua bahan-bahan didalam mangkuk dan gaul rata. Enak hidangkan sejuk.

Nota D: Bila menyediakan Jajik ini yang penting timun dan kalau gunakan tomato hendaklah ditoskan sekering-keringnya, kerana bila dah digaul dengan tairu ia akan mengeluarkan air. Jadi sebaiknya selalu yang D timun D akan sejukkan dalam peti sejuk dan juga tairu. Bila waktu nak menghidang potong-potong, gaul-gaul dan hidang. Jadi saladnya tidak terlalu berair.


SALAD TIMUN VIETNAM
Sumber : Chef Zam

Bahan-bahan
2 biji timun muda, dikupas kulitnya dibelah dua dan dihiris nipis
125g dadih
2 ulas bawang putih, dicincang halus
2 sudu makan minyak zaiton
1 sdt jus limau nipis
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
sedikit daun pudina, dihiris nipis

Cara memasaknya
1) Campurkan minyak zaitun, bawang putih, dadih, garam, jus limau nipis dan serbuk lada sulah sehingga sebati.
2) Masukkan timun dan gaul rata.
3) Taburkan hirisan daun pudina.



Cucumber Salad (Salad Timun)

Bahan-bahan untuk salad
1 biji timun (di potong memanjang atau apa saja bentuk)
1/2 biji nanas ( dihiris kecil mengikut cara anda)
2 hingga 3 sudu besar mayonaise
2 sudu besar sos cilli

Cara-caranya
1. Masukkan timun dan nanas yang telah dipotong ke dalam mangkuk
2. Tambahkan mayonaise dan sos cilli
3. Gaul rata kesemua bahan
4. Ianya boleh dimakan dengan nasi atau pun di makan begitu sahaja.


Salad Timun
Sumber: Jelita November 1987

Bahan-Bahan:
5 biji telur direbus
2 tangkai daun salad
3 biji tomato
3 biji timun muda
1 botol sos tomato
3-4 tangkai cili masak
3-4 ulas bawang putih
Sedikit tepung jagung
Gula
Garam ikut rasa
½ cawan air

Cara:
Telur direbus, dipotong memanjang / bulat dengan menggunakan benang ataupun pemotong telur. Daun salad dibasuh bersih & dipotong-potong. Timun dibasuh bersih & dipotong 2 cm. Tomato pun dibuat demikian juga. Cili & bawang digiling halus. Campurkan sos tomato, cuka, cili giling, garam, gula, tepung, air & dimasak di atas api.

Cara Mengaturnya:
Mula-mula atur salad, kemudian timun potong, tomato & telur. Hiaslah dengan bunga tomato. Bila hendak menghidang, baru tuang kuahnya.

1 comment:

Anonymous said...

Salad timun dengan mayonis nie first time kite tgk... sekali sekala ubah selera best jgk..
ps: cute2 je timuns yg dok berjoget tue kak.hehe


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).