- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Merdeka : Ayam Sos Nenas, Tembikai Susu Goreng, Bendi Goreng Dengan Udang Kering & Jus Apple Kasturi Dan Asam Boi

Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan. Tu tema hari kemerdekaan thn ni. Selamat hari merdeka. Thn ni jatuh pd bln pose, so takde la sambutan grand2 mcm sblom2 ni, takde lg pertunjukan perarakan mcm slalu2 tu. Ye la, bulan pose, kna la hormat, lgpn kesian kt peserta2 perarakan tu nnti, tahan ke tekak tu? Aku prnh join perarakan sempena hari kemerdekaan, penat weh. Dh la jln jauh, panas lak tu, dahaga giler. Klau bulan pose, maunyer ada yg pengsan. Tak pasal2 ada yg batal pose, sape nk tanggung?
Jatuh plak ari isnin, maka panjang la cuti kali ni. Hikmah bulan pose, bleh rehat2. Boleh masak yg grand2 ckit...ye la tu...mcm boleh caya aku ni. Malas yg amat. Pelik kan, klau hari keje tu rajin plak masak, kna plak bcuti pd hari keje, dia punya semangat bekerja tu terbawa2 wp cuti ari tu. Tp bila btul cuti mcm weekend ke, public holiday ke, liat sungguh, semangat nk buat keje tu turut hilang. Dulu2 masa bujang, weekend & hari cuti bmakna dapur pn bcuti. Pg2 ari dh kuar cari breakfast kt kedai. Kadang2 skip lunch. Ptg dh merayap ke kedai lg cari dinner. Klau tgh2 mlm tu lapar lg, baru la sibuk ke dapur cari maggi, tu pn main rendam dlm air panas jer. Klau malas sgt @ kehabisan stok maggi, buat air teh 'o' panas cicah dgn biskut kering. Punya la malas. Ceh, pjg plak menceceh ari ni!
Dh kawin ni kna la rajin. Klau malas pn, kna la merajinkan diri jugak utk diri sndiri & hubby. Kna plak dpt hubby yg suka mkn, kejap2 mkn, kejap2 mkn. Lg tak abis makanan tu, lg tu la duk usung pinggan. Tu la tabiat hubby aku klau ari minggu. Klau ari keje, dia mcm takde selera sgt nk mkn sbb penat katanya. Ari minggu kan ari bsantai, so takde keje nk buat, so mkn je la kejenya. Cmner la dua2 tak kembang..nk diet la konon tp makin bertambah berat ada la...ish3, sabo je la...
Tp tu citer bulan tak pose. Bila dh pose, kekerapan mkn tu kurang ckit dh; time buka pose, lps solat isyak & sahur. Dh cuti2 mcm ni, byk la agenda utk mknan bbuka pose. Jd utk merealisasikn agenda kami, lps asar kami ke econsave segar perdana. Sempat shopping brg nk masak sbb econsave tu dekat jer dgn umah. Juadah buka pose kami semalam; nasi putih, ayam sos nenas (resepi nk mengabiskan stok nenas semlm..cilok resepi kt sajionline), ikan bawal cermin goreng (hubby ada sebut nama panggilan dia kt kgnya tp aku dh lupa..hubby suka ikan ni tp jarang2 jupe kt pasar, kbetulan gi econsave ada & besar plak tu, terus hubby rembat sekor & klau korang nk tau rupa ikan ni, klik kt sini), bendi goreng + udang kering + fishball (cilok dr blog ct delima..aku buat berkuah ckit & aku tak taruk cili kering tp aku taruk fishball sebijik2...hubby main kutip fishball tu jer), tembikai susu goreng (juga nk abiskn stok..cilok kt sajionline gak), air jus apple & asam boi (cilok kt blog anawahid) & tak lupa buah kurma. Itu je, dh cukup kenyang dh.


Ayam Sos Nanas
Sumber :
sajionline

BAHAN-BAHAN:
1/2 biji nanas * balance nenas semlm, sbb tu masak resepi ni
5 ketul peha ayam
4 sudu besar sos tomato
3 sudu sos cili
1 labu bawang besar
1 biji capsicum
Sedikit susu cair

CARA MENYEDIAKAN:
1. Goreng ayam dengan sedikit tepung Koki Thai sehingga garing.* Aku goreng pakai tepung gandum jer.
2. Masakkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan susu cair.
3. Setelah mendidih, masukkan bawang, capsicum dan nanas yang dipotong dadu.
4. Letakkan ayam goreng dalam nanas yang telah dikeluarkan isinya.
5. Curahkan sos di atas ayam yang telah digoreng dan sedia dihidangkan.




Ikan Bawal Cermin Goreng
Picture :
Azita

(Lumur dgn garam & serbuk kunyit jer, goreng smpai garing)




Tembikai Susu Goreng
Sumber :
sajionline

BAHAN-BAHAN:
1/2 biji tembikai susu

BAHAN SADURAN:
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung pulut
1 sudu kecil gula
Air secukupnya
Secubit garam

BAHAN HIASAN:
Sirap strawberi
Mayonis

CARA MENYEDIAKAN:
1. Potong tembikai susu mengikut kesesuaian.
2. Bancuhkan bahan saduran se­hingga sebati. Panaskan minyak dan celupkan tembikai susu di dalam bahan saduran tadi.
3. Kemudian goreng sehingga masak atau kekuning-kuningan. Setelah masak, angkat dan tuskan.
4. Hiaskan dengan mayonis dan sirap strawberi. Hidangkan.




Bendi Goreng Dengan Udang Kering
Resepi dari Kak Ummi
Kiriman :
CT Delima

Bahan-bahan:
15 batang bendi - basuh dulu kemudian potong serong
1 cawan isi ayam - yang dipotong kiub
Sebungkus fish ball - dibelah dua
3 ulas bawang merah - di tumbuk halus
2 ulas bawang putih - di tumbuk halus
1 biji cili merah - hiris serong * aku taruk 2 biji
1 sudu besar cili kisar * aku tak taruk sbb hubby tak nk pedas sgt
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar air asam jawa
sedikit garam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili... goreng sebentar dan masukkan cili kisar, kacau - kacau 3 - 5 minit.
2. Kemudian masukkan isi ayam, goreng lagi hingga ayam masak sedikit.
3. Masukkan kicap, fish ball dan juga sayur bendi. Kacau sebentar dan masukkan air asam jawa (untuk menghilangkan lendir bendi).
4. Masukkan garam dan sedikit air. Masak bendi hingga lembut sedikit. Matikan api, siap dan boleh dihidang.




Jus Apple Kasturi Dan Asam Boi
Sumber :
anawahid

Bahan-bahan ( 3 orang )
5 biji apple hijau
9 biji asam boy
Gula
Ais batu
Air masak
6 biji limau kasturi

Cara-cara
1. Potong apple hijau dan buang bijinya.
2. Blend bersama air dan gula
3. Kemudian masukkan kedalam jug.
4. Tuang jus tadi kedalam gelas perahkan limau kasturi 2 biji dan masukkan 3 biji asam boy dan ais.
5. Anda boleh tambah gula ikut rasa selera anda.

Sunday, August 30, 2009

Nasi Goreng Hawaii

Menu sahur kami mlm td; Nasi goreng hawaii. Malas nk masak yg grand2, kbetulan balance nasi masa berbuka td ada lg cuma lauk jer yg dh abis, so hubby ckp masak nasi goreng je la. Kebetulan nenas dh ada, so projek masak nasi goreng hawaii ni bjalan dgn jayanya. Hubby mmg tak mkn sayur tp dia mkn nenas tu + mix vege tu pn dia mkn except carot.


Nasi Goreng Hawaii
Hubby's version

Bahan-bahan:
3 sudu besar kicap cair
1 sudu teh minyak bijan - takde pn takpe
2 sudu besar minyak - klau ada minyak jagung lg bagus
4 biji bawang merah - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 cawan nenas - dipotong dadu (boleh juga guna nenas dlm tin)
6 cawan nasi sejuk
1 1/2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
3 biji telur - dipukul
1/2 mangkuk sayur campur
1 cawan daun bawang yg dihiris halus - mlm td aku tak taruk sbb hubby tak mkn
1 cawan sosej yg dipotong

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Goreng bawang merah & sosej buat seketika, kemudian masukkan bawang putih & goreng seketika. Masukkan nenas, nasi, kicap cair, sayur campur, garam, gula & minyak bijan & goreng lbih kurang 4-5 min.
2. Buat lubang di tengah2 nasi, masukkan telur & goreng telur tu lbih kurang 2 min @ hingga 1/2 masak. Kemudian kacau nasi & telur perlahan hingga telur masak sepenuhnya (hubby tak mkn 1/2 cooked egg).
3. Hiaskan dgn daun bawang.




Nasi Goreng Hawaii
Kiriman: Nur Hayati Kamaruddin

Bahan-Bahan:
1 mangkuk nasi
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari
¼ nenas - dicincang
1 mangkuk kecil sayur campuran
2 batang frankfurter didadu kecil
2 Sudu Cili kisar
Marjerin untuk mengoreng

Cara:
1. Panaskan marjerin. Tumiskan Bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan rempah kari dan cili kisar dan tumis hingga naik minyak.
2. Masukkan nenas, sayur campur, dan frankfurter. Kacau hingga sebati. Setelah itu, masukan bahan perasa secukupnya dan akhir sekali masukkan nasi. Goreng hingga semua bahan sebati dan pecahkan 2 butir telur kedalam nasi. Goreng sebati dan hidangkan ketika panas lagi.




NASI GORENG HAWAII
Sumber : Kak Liza
Gambar :
Siti Hajar

Bahan-Bahan:
3 mangkuk nasi sejuk
3 ulas bawang merah ] hiriskan
3 ulas bawang putih ]
1 biji cili capsicum ] potong dadu
2 biji cili merah ]
1 cawan mix-vege
2 batang frankfurter [potong dadu]
5 biji chicken ball [potong kecil]
1 s/b lada hitam
2 biji telur
2 s/b majerin

1 pokok daun bawang [potong kecil]...hiasan

Cara:
1. Panaskan marjerin. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili capsicum dan cili merah dan tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan mix-vege, chicken ball dan frankfurter. Kacau hingga sebati.
4. Masukan nasi, lada hitam dan garam. Goreng hingga semua bahan sebati.
5. Pecahkan telur kedalam nasi. Kacau dan gaulkan sebati.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun bawang.
7. Sedia untuk dimakan.

Saturday, August 29, 2009

Pecal Ikan Siakap

Dh lama teringin nk buat ikan masak pecal ni tp malas nk masak bila mkn sorang2. Time hubby ada ni la bleh masak. Biasa org guna ikan pari/ikan keli/ikan sembilang/talapia utk masak pecal tp aku tpaksa switch kpd ikan laut lain sbb hubby tak mkn ikan pari, ikan keli, ikan sembilang & talapia. Aku punya la nk memandai guna ikan laut selain ikan pari sbb ikan tu jer yg sah2 hubby mkn. Mulanya was2 gak nk masak sbb bila tengok resepi seme guna ikan2 air tawar @ ikan pari but thanx to lelayong sbb aku jupe resepinya yg guna ikan siakap. Apalagi, aku terus beli ikan siakap & cuba masak. Sedap gak tp tak tau la jd ke idak sbb blom prnh mkn lg pecal ori. Lps ni, masa hubby takde la, bleh cuba pecal ikan pari sbb aku mkn ikan tu.


Siakap Masak Pecal
Posted by
lelayong

Bahan-bahan:
1 ekor Ikan Siakap - tapi kalau guna Pari lagi best / Bakar kosong atau sapukan sedikit garam
8-10 biji cili api
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 cawan santan pekat
Sedikit jus asam limau
Garam
Gula
Ajinomoto

Cara-caranya:
1. Tumbukkan cili api, bawang merah dan bawang putih
2. Dalam periuk masukkan bahan yg ditumbuk tadi bersama semua bahan di atas
3. Dengan api perlahan, panaskan bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
4. Tuang kuah tadi di atas ikan yg sudah sedia dibakar.
5. Yummyyyyyy!!! Sedia untuk dimakan.

Friday, August 28, 2009

Ondeh-ondeh Labu

Ari ni hubby pesan tak payah masak. Dia nk beli lauk yg dh siap jer kt banting. So aku buat kuih je la. Teringin nk mkn yg manis2, terdetik di hati nk buat buah kacik-ca. Hehehe...msti korang pelik, apa la jenis kuih ni yer. Ni org kg aku yg panggil, bhs standardnya onde2 @ buah melaka. Onde2 yg biasa tu dh slalu sgt buat, onde2 keledek pn dh try ari tu. Ari ni nk try onde2 labu plak. Bukan labu air tu tau tp labu kuning tu...my mom panggil labu peringgi...resepi pilihan ari ni dicedok dr resepi.mesra.net sbb seme bhn2 yg dinyatakan dh ada kt umah. Nk cuba resepi sayang suhana & syahmi pn boleh gak tp satu2 la kan...


Onde-onde Labu
Sumber: Majalah Jelita Januari 1997
Gambar :
zumurphy

Bahan-Bahan:
1 biji labu sederhana besar
200 g tepung pulut
1 ketul gula melaka, dipotong dadu
1 periuk kecil air
½ biji kelapa parut
Sedikit garam

Cara:
Labu dipotong dadu dan direbus hingga empuk. Lenyek labu sebelum digaul tepung pulut hingga sebati. Buat bebola kecil dan isi tengahnya dengan dadu gula melaka. Masak air di dalam periuk hingga mendidih. Masukkan bebola labu di dalam air mendidih. Angkat apabila ia terapung. Golek bebola labu di atas kelapa parut yang digaul sedikit garam.




Onde-onde Labu
Posted by
Sayang Suhana

Ingredients
abt 350g pumpkin, boiled, drained and mashed
200g glutinous rice flour
50g tapioca flour
1 tbsp ghee
1 block of gula melaka/palm sugar - slivered
The Coconut
abt 2 cups of grated coconut (without skin)

Method
1. Steam the coconut with a pandan leaf for a few minutes. Add abt a tsp of salt and mix evenly.
2. Mix pumpkin flesh, both flour and ghee and work into a nice smooth dough. Add water if it's too dry or add more flour if it's too wet. Make a small ball, thumb a hole in the centre, insert some slivered palm sugar, pinch dough back together and roll back into a ball.
3. In a pot of boiling water with a knotted pandan leaf, slide the balls and boil them. They will float once they're cooked.
4. Drain out excess water and immediately dump into the steamed coconut. Roll until it's fully coated. Serve.




Onde-Onde Laboo
oleh:
syahmi

Bahan-bahan ( 20-30 biji )
1/4 biji labu
1 sudu besar tepung gandum
Tepung pulut secukupnya
Gula merah
Kelapa parut + garam

Cara-cara
1.Rebus labu hingga empok. Toskan airnya dan lenyek hingga hancur. Sejukkan.
2.Uli labu dengan campuran kedua-dua tepung hingga menjadi doh bulat.
3.Ambil sedikit doh , isikan dengan gula merah dan gentel bulat2. Ulang hingga doh habis.
4.Rebus bebola2 dalam air mendidih. Bebola akan timbul bila ia sudah cukup masak.
5.Angkat bebola yang timbul dan terus golekkan dalam kelapa parut.
6.Atur dalam piring dan hidangkan.

Thursday, August 27, 2009

Sarak@Sarok@Solok Ikan

Ni feveret my mom ni. Dia suka buat time bulan2 pose ni. Bhs standard solok ikan tp kt kg kami dipanggil sarak ikan @ lbih tepat lg sarok ikang. Biasa org buat solok @ sarak lada tp sarak ikan lg best bg saku sbb aku tak mkn lada/cili. Dh la lada yg digunakan tu mahal ckit, tak dimkn, rugi la. My mom slalu bising klau buat solok lada sbb aku siang2 buang lada tu. Biasa my mom kukus sarak ikan ni mcm buat solok lada tu tp ada gak yg goreng. Aku blom acu cuba try test lg versi goreng ni. So kt sini aku post 2 versi sarak ikan; kukus & goreng.
Rupanya hubby tak pernah mkn sarak ikan ni. Biasa dia mkn solok lada jer. Bagus ni, kna buat ni. Aku ikut resepi fairlady6565 sbb korang pn tau hubby aku tak mkn bawang, halia, lengkuas @pn sayuran tp aku pakai ikan selayang saiz besar jer. Klau ikutkn selera aku, aku ikut jer resepi yg ada bawang, halia, serai & daun kesum tu tp kesian kt hubby. Sah2 dia tak mkn, buat penat jer masak. Boleh gak taruk bwg tp nk kena tumbuk smpai lumat smpai takde rupa bwg tu tp bg aku tujuan taruk bawang yg dihiris tu sbb nk gigit/kunyah bwg tu, baru ada kick. Klau setakat nk dptkn rasa jer (tak bleh rasa pn sbb dh sebati seme) baik tak yah taruk. Jimat bwg...hehehe. Kononnya nk mkn dgn nasi but in the end kami ratah mcm tu jer. Hantu ikan betul...meow...


SAROK IKAN KEMBONG
Sumber :
Mama Alissya

Bahan2
6 ekor ikan kembong
1/2 biji kelapa
8 ulas bawang merah
1/2inci halia
4 biji cili merah
garam & gula

Cara2
1.Mula2 keluarkan isi ikan dan jangan sampai kulit ikan terkoyat
2.Kisar kelapa,bawang,halia dan isi ikan
3.Kemudian masukkan cili merah yg tlh dimayang,garam dan gula gaulkan sebati
4.Setelah itu boleh isi bahan2 td dalam kulit ikan tadi kemudian kukus sarok lebih kurang 15 minit.




Sarak Ikan
Posted by
fairlady6565

Bahan-Bahannya:
3 ekor ikan kembung
5 ekor ikan selayang
1/2 biji kelapa tua di parut
Sedikit belacan
Garam
Air asam jawa
Gula

Cara Menyediakan:
1.Ikan kembung di belah belakang dan buang tulang tengah.Kikis sedikit isinya tetapi jangan sampai habis.
2.Ikan selayang dibersih dan ambil isisnya.
3.Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.Masuk kelapa parut dan tumbuk lagi hingga hancur.Gaulkan dengan belacan dan air asam jawa.
4.Masukkan garam dan gula dan gaul sebati.
5.Sumbatkan isi ikan ke dalam ikan kembung hingga penuh
6.Balut dengan daun pisang dan kukus hingga masak.




Sarak Ikan Kembung
Sumber :
1001resepi

Bahan-bahan
5 ekor ikan kembung besar
1/4 biji kelapa parut - ditumbuk halus Digiling/ditumbuk
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai
2 tangkai daun kesum, dihiris halus
1 sdb serbuk lada putih serbuk perisa dan garam secukupnya

Cara Membuat
1. Bersihkan ikan dan buang insangnya. Belah belakang ikan berhampiran kedua-dua belah tulangnya.
2. Buang tulang ikan dan keluarkan isi perutnya dan bersihkan. Kikis isi ikan hingga ke kulit tetapi jangan sampai terkoyak kulit ikan.
3. Tumbuk halus isi ikan. Campurkan semua bahan dan gaulkan rata-rata. Sumbat campuran ini kedalam ikan dan ikat kemas dengan benang. Letak ikan atas sudip besar yang berlubang dan goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Lebih mudah jika anda menggunakan electrical fryer.




SOLOK IKAN
Sumber : Kak Liza
Gambar :
raykinzoku

bahan
3 ekor ikan kembung yg besar
10 ulas bawang kecil
1 s/k lada hitam
1/2 biji kelapa parut
1 biji telur
garam secukupnya

Cara
1. Ikan dibersihkan dan buangkan tulang tengahnya.
2. Kikiskan isi ikan perlahan supaya kulit ikan tidak terkoyak. Cincangkan lumat.
3. Tumbukkan bawang, kelapa dan lada hitam.
4, Campurkan telur dan garam dalam aadunan yg ditumbuk & isi ikan. Gaul rata.
5. Masukkan semula kedalam kulit ikan dan bentukkan saperti ikan.
6. Gorengkan ikan tu sehingga masak.
7. Hidangkan bersama nasi putih.

Wednesday, August 26, 2009

Kerabu Perut

Masa puasa ni tekak nk mkn yg masam2 jer. So ari ni aku masak makanan yg sah2 hubby aku takkan mkn; kerabu perut. Nsib baik dia tak blik buka pose kt umah ari ni. Hubby aku ni tak mkn organ dlman binatang ni kecuali hati ayam. Ari ni aku buat sebiji mcm resepi ainal. Ada rasa masam2 dr cuka & tomato, tu yg bselera tu. Mkn dgn nasi sikit jer tp ratah smpai ke tgh mlm. Dlm pd tu aku post skali resepi mamasya. Dulu aku slalu buat mcm kak mamasya buat. Biasa la, org pt timur, ikan memanjang...


Kerabu Perut
Sumber :
ainal

Bahan:
1/2 kg perut lembu - potong dan bersihkan
2 btg serai - mayang halus
1/2 btg bunga kantan - mayang halus
1 biji buah tomato - potong kecil
1/2 biji bwg besar - mayang dan potong halus
cuka secukup rasa
sos ikan/sotong secukup rasa
garam dan gula secukup rasa
boleh di tambah timun/kacang pjg - potong halus dan taugeh sekiranya suka

Cara:
1.Setelah dibersihkan kesemuanya dan dipotong. Gaul.
2. Masukkan cuka, sos ikan, garam dan gula. Gaul rata.
3. Rasa dan hidang.




Kerabu Perut
Sumber :
mamasya

Bahan
Perut Lembu - bersih dan rebus sampai empuk
1 ekor ikan kembong rebus/bakar-ambil isi dan tumbuk
1/ 2 cawan kelapa digoreng hingga kuning dan tumbuk kasar
5 ulas bawang merah ditumbuk
2 biji cili merah dibuang biji dan potong tipis
sebatang serai dihiris tipis
1 biji limau nipis - utk perah/sedikit cuka makan
kacang botol/mangga muda racik/potong halus
garam,sedikit lada sulah dan gula secukup rasa.

Cara-cara
Campurkan semua bahan dan rasa masam serta masinnya.

Tuesday, August 25, 2009

Mee Goreng Hokkien

Masak mee ni gara2 tengok citer cina kt tv, diaorg masak mee hokkien. Ari ni plak bukak pose sorang2, xde mood nk masak, xde mood nk mkn nasi, so mkn mee je la. Menarik gak bila baca info pasal mee hokkien ni tau. Ada beza mee ni kt kl & penang. Klau korang nk tahu, refer kt sini. Aku refer resepi kt resepi.net. Ni klau x silap hokkien hae mee (prawn mee) sbb dia taruk udang. Klau tak taruk udang, org panggil hokkien char mee. Tak kesah la yg mn pn, jnji sedap.


Mee Goreng Hokkien
Sumber :
resepi.net

Bahan-bahannya
600 g mee hokkien - aku guna mee kuning
200 g ayam dihiris
50 g udang
50 g choy sum - aku guna sawi jer
20 g bawang putih dikisar
500 liter air rebusan ayam
1 sudu besar minyak masak
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar serbuk 'Ikan Sebelah' - aku guna kiub ikan bilis
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Rebus mee hingga setengah masak dan toskan airnya.
2. Tumis bawang putih hingga garing dan masukkan ayam dan udang.
3. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan air rebusan ayam, serbuk ikan sebelah bersama bahan perasa. Setelah itu masukkan pula choy sum. Biar seketika dan perlahankan api. Apabila kuah agak pekat, bolehlah dihidangkan.




Mee Hokkien Hitam Pekat
Rujukan dan alih bahasa: Malaysian Hawker Favourites (English) by Rohani Jelani.
posted by
Traveler

Bahan
500g (1lb) mee gandum oriental / atau mee spghetti atau Mee Udon Japanese (spt contoh)

3 senduk minyak
5bj bwg. putih (hentak dan dipotong)
150g (3/4 cawan) dada ayam, dipotong nipis
150g (3/4 cawan) udang sederhana besar, dibuang kulit

150g (1/2 cawan) sotong segar, dipotong bulat spt. cincin sepanjang 3cm.(1in)
150g ( 3 cawan) sayur sawi potong setiap 4 cm (2 in )
150g (1 cawan) kubis cina atau kubis biasa yg bulatdipotong 1 cm (1/2 inci tebal)

Bahan Kuah
2 1/2 sudu besar kicap hitam pekat
1 sudu besar kicap biasa atau 'light soya sauce'
1 sudu besar sos oyster
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil lada hitam serbuk
2 sudu kecil tepung jagung
250 1ml (1 cawan) air

Cara-cara
1. Campurkan segala bahan kuah ke dalam manguk, dikacau mesra dan diasingkan. Jerang 1 1/2 liter atau 6 cawan air ke dalam periuk sehingga mendidih. Tambahkan mee ke dalam air yang mendidih sehingga ia menddih sekali lagi dan mee yang direbus menjadi lembut. Campurkan sedikit minyak ketika menjerang untuk mendapat mee yang berkilat . Tapiskan mee yang sudah lembut sehingga agak kering.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng bawang putih sehingga wangi dan keperangan.
Tambah dada ayam dan udang di kepanasan api yang tinggi selama 2 minit, sebelum menambah sotong. Teruskan menggoreng seminit dua lagi sehingga nampak semuanya agak masak. Sekarang masukkan kuah yang diasingkan tadi ke dalam kuali dan tunggu sehingga ia mendidih.
Bila mendidh barulah masukkan mee yang telah diasingkan ke dalam kuali dan kacau dgn. api yg. tinggi selama 5-7 minit.
3. Tambah daun sawi dan kubis dan teruskan mengacau kuali selama 2-3 minit dan teruskan penggunaan api yg paling tinggi (ingat masakan cina selalu menggunakan api yg tinggi untuk menghasilkan rasa yang agak unik di dalam masakan ).
4. SIAP!. Kalau nak lagi sedap, makan dengan sambal belacan.




MEE HOKKIEN
Sumber :
trymasak

Ingredients
1) Mee kuning (500g)
2) Udang (100g)
3) Sotong (100g)
4) Kobis (100g)
5) Sawi (100g)
6) Bawang besar (1 biji)
7) Bawang putih (2 ulas)
8) Air rebusan ayam (2 cawan)
9) Tepung jagung (1 sudu besar)
10) Kicap pekat (2 sudu besar)
11) Minyak bijan (1 sudu kecil)
12) Serbuk lada putih (secukup rasa)
13) Minyak untuk menumis

Directions
1. Tumis bawang putih dan bawang besar yang dicincang hingga wangi.
2. Goreng sotong dan udang hingga empuk.
3. Masukkan air rebusan ayam, kicap pekat, minyak bijan dan serbuk lada putih. Biar mereneh seketika.
4. Masukkan kobis, sawi, dan mee kuning. Gaul rata hingga sayur layu dan mee sebati.
5. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air. (Jangan masak terlalu lama supaya kuahnya tidak terlalu kering dan pekat.)
6. Hidang bersama kicap dan cili potong.

One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).