- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, August 21, 2009

Pizza Best

Aku suka pizza, hubby plak kureng tp dia suka order pizza. Tiap2 bln mmg wajib mkn pizza, bleh la mkn pizza terbaru slalu. Biasa dia suruh aku yg order sbb katanya aku yg nk mkn, so aku bleh pilih ikut selera aku. Order pn pan pizza jer sbb saiz tu jer aku larat abiskn. Sronok gak sbb dia yg bayarkan, so aku bleh order ape2 aje. Dulu2 masa duk kl suka la masuk pizza hut, mkn2 sambil lepak2. Skrg ni main delivery order jer, katanya lg best mkn kt umah smbil lepak2 depan tv.
Niat nk buat pizza tu mmg ada tp takde keberanian sbb mcm rumit jer. Hubby plak slalu order pizza kt pizza hut, sbb tu niat tu tak termakbul. Esok dh nk puasa...dh tak bleh masak yg mcm2 ragam spt sblom ni sbb perut tak bleh sumbat byk, waktu mkn pn dh pendek (klau tak pose bleh mkn 24 jam kan), nnti mbazir plak. So aku gagahkn jugak diri ni utk buat pizza sblom pose ni, nnti dh pose mcm tak larat jer nk mkn & abiskn pizza tu, tu pn lps tengok resepi kt blog kak madiha. Nmpak mcm senang jer nk buat wp byk rencahnya. Saje nk tengok reaksi hubby. Jd mmg jd for the first time like me tp hubby ckp, lain kali beli yg dh siap je la...sbbnya dia kesian tengok wife dia duk uli doh pizza tu. Tak kesah la, at least aku dh buat...


PIZZA BEST
Sumber : Gabungan dari resepi2 di internet (terima kasih pada tuan empunya resepi)
Hasil nukilan :
kak madiha


Bahan2 Untuk Doh: (dpt 2 pizza saiz besar / 3 pizza saiz sedang)
500 g tepung gandum (MaDiHa guna 300 gm tepong roti + 200 gm tepong gandum)
1 sudu besar yis (mauripan)
1 sudu besar tepung susu
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar oregano (aku boh setengah sudu besar je)
2 sudu besar minyak zaitun (guna myk biasa je)
1 cawan air ( boleh tambah kalau tak cukup ~ MaDiHa tambah dlm 1/3 cawan kot.. bergantung pd tepong)

Cara2
Bahan-bahan di atas dicampurkan dan diuli sehingga menjadi doh yg lembut. Kemudian biarkan dough tu naik sekali ganda.

Bahan2 Untuk Layer Sos:
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
½ cawan air
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)

Cara2
1. Bahan-bahan di atas dicampurkan dan diletak atas api. Tak perlu bubuh minyak. Kacau sampai agak likat.
2. Layer sos ini untuk disapukan di atas dough sebelum diletak topping yang lain supaya pizza berasa juicy dan tak rasa kering.




Bahan2 Untuk Topping Pizza:
Sumber : Nuanza (TQ Nuanza.. tp akak ada tokok tambah juga ni)

1 labu bawang besar ~ di dadu
2 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 sudu besar minyak
2 biji buah tomato ~ didadu
3 sudu besar tomato puri (tak letak)
2 sudu besar sos tomato (ku tambah jdkan 3 sudu besar)
3 sudu besar sos cili (ku tambah)
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano
garam secukup rasa

(yg kt bwh ni ku masak je sekali dlm topping ni.. boleh juga kalau nak susun gitu jer tp aku suka ada lekat2 sos gitu )
1 ½ peket sosej ~ hiris2 suka hati
1 tin cendawan butang ~ hiris2
(boleh masukkan whatever yg u all suka utk topping dia spt crab fillet, pepperoni, buah zaitun, nenas dlm tin dll)

Cara Menyediakan Topping:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, (sos cili), oregano, gula dan garam. Masukkan bahan2 tambahan lain spt sosej, crab stick, cendawan butang.
3. Kacau sehingga pekat. Ketepikan

Bahan2 Topping Tambahan Lain
Keju mozzarella secukupnya (lagi lebih lagi sedap)
Daging kisar yang dah dimasak kering bersama sikit garam & rempah kari (rujuk resepi Olio Spaggeti)(yg di bawah ni yg aku tabur mentah2 jer atas pizza)
Capsicum hijau ~ potong kiub
Bawang besar Holland ~ mayang memanjang & lerai2kan
Tomato ~ didadu

PENYUDAHNYA
1. Tumbuk2 doh yg dah naik sekali ganda. Bahagikan doh kepada 3 bahagian (jika nak buat 3 biji pizza saiz sederhana). Bulat2kan doh dan gelek agak nipis. Letakkan di atas pizza pan atau loyang yg dilengserkan sikit marjerin. Biarkan sebentar biar naik sikit. Bakar kejap dlm 10 minit dengan suhu 175C. (step ni aku terlupa nk bakar dulu.. main tarok terus topping tu.. tu pasal pizza tu terhangus sket atasnyer tu.. kekeeke)
2. Keluarkan dari oven dan sapukan dengan sikit layer sos (sos tadi dibahagikan kepada 3 bahagian sebab nk buat 3 bj pizza kan ).
3. Sagatkan sedikit cheese di atas layer sos tadi. (fungsinya supaya cheese tersebut dpt memegang topping & tak jatuh2 masa kita nak makan)
4. Tuangkan 1/3 dari topping tadi dan ratakan, susunkan dengan topping pilihan anda yg lain spt capsicum, tomato, bawang holland, nenas bla bla bla..
5. Taburkan pula dengan daging kisar yg dimasak kering tadi. (kalau taknak boh pun takper.. aku boh sebab memang ada stok lebihan buat olio spagetti tu)
5. Akhir sekali taburkan atau sagat mozarella cheese then bolehlah dibakar selama lebih kurang 15 minit dengan suhu (175C). (masa tu bergantung pada oven masing2... lain oven lain masa yg diambil)

2 comments:

blogresipi said...

Gebu nye pizza akak tuh... kite pon ade pizza nak wat sahur nie... pizza kotak jer lah.hehehe

ana said...

Sememangnya pizza kotak jd penyelamat time darurat nk mkn pizza...


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).