- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, August 19, 2009

Sawi Masak Lemak

Ari2 mkn yg pedas & bminyak boring gak. So ari ni aku masak sempoi jer. Ikan goreng, sambal belacan & sayur sawi masak lemak putih. Dh lama weh tak mkn sayur sawi masak cmni. Dulu klau kt kg, selang sehari my mom masak mcm ni smpai naik boring. Asyik2 masak lemak putih. Tak sawi, kobis. Takpun petola ular. Tp bila duk kl ni jarang masak cmni sbb leceh nk kna beli kelapa. Klau kt kg kelapa mmg dh ada kt umah. Stok kelapa tak pernah abis. Klau takde, cari jer bawah pokok kelapa belakang umah, msti ada. Masakan ni sempoi abis ler, mmg senang. Tipu la klau ada org ckp susah. Aku masak sawi ni ikut versi my mom, versi pantai timur ler; ikan selayang kukus/rebus sebagai pemanis kuah. Ikan lain pn bleh tp tak sesedap ikan selayang ler. Selain tu aku saje jer post resepi org lain kt sini & all of them pakai ikan bilis except resepi dr TryMasak, saje utk variasi & perbandingan. Family aku klau masak lemak msti pakai ikan selayang kukus/rebus. Klau pakai ikan bilis tu utk masak air or masak sayur lemak kuning.


Sayur Sawi Masak Lemak Putih
Resepi : saya punya
Gambar :
Liza

Bahan-bahan
1 ikat sayur sawi
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
2 ekor ikan selayang kukus/rebus - diambil isinya
1 mangkuk santan pekat
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan seketika.
2. Masukkan sawi yg telah dipotong, cili merah, bawang besar & isi ikan. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
3. Masukkan garam secukup rasa. Kacau seketika & angkat.




Sawi Masak Lemak
Posted by
CATZ

Bahan-bahan:
Sawi putih - 1 pokok
bawang merah - 2 ulas
bawang putih - 2 ulas
ikan bilis - 1 genggam
udang kering satu genggam - rendam
garam
santan - 2 mangkuk

Cara-cara:
1. Bersihkan sawi, basuh dan potong (asingkan batang dan daun)
2. tumbuk ikan bilis, bawnag putih dan bawang merah.
3. Tuang santan dalam periuk, hidupkan api.
4. Masukkan bahan tumbuk dan udang kering.
5. Biar santan mendidih, masukkan batang sawi, kacau 2 minit.
6. Masukkan daun sawi dan kacau sebentar. Biar sawi masak.
7. Masukkan garam secukup rasa. Matikan api.




Sawi Masak lemak
Sumber :
TryMasak

Ingredients
1) Sawi - dipotong kasar (1 ikat)
2) Santan (1 cawan)
3) Bawang Merah (2 ulas)
4) Lada Hitam (sedikit)
5) Ikan Rebus - dibuang tulang (1 ekor)
6) Cili Merah - dihiris nipis (1 biji)
7) Gula (sedikit)
8) Garam (secukup rasa)

Directions
1. Tumbuk hancur lada hitam, bawang merah dan ikan rebus.
2. Celur batang sawi. Apabila lembut, masukkan bahagian daunnya. Setelah hampir layu, angkat dan ketepikan.
3. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan ditumbuk. Kacau supaya santan tidak berketul. Biar mendidih.
4. Masukkan sawi, bahan-bahan perasa, dan cili merah. Kacau seketika dan hidang.




Sawi Jepun Masak Lemak
Posted by
Mama Ghock

Bahan-bahan
sawi jepun - dibersihkan (cleaned)
bawang merah dihiris - sliced shallots
ikan bilis - anchovies
santan + air - coconut milk + water to your consistency
garam secukup rasa - salt to taste

Cara-cara
1. Masukkan bawang merah, ikan bilis, bancuhan santan dan garam ke dalam periuk dan masak atas api sederhana. Kacau selalu hingga hampir didih. Masukkan sayur dan kacau hingga mendidih dan sayur masak.
2. Put shallot, anchovies, coconut milk mixture and salt to taste in a pot over medium heat. Stir always until nearly to boil and add in the sawi. Keep stirring until it cooked. Off fire.

2 comments:

blogresipi said...

Kat umah mak kt kampung pon kelapa memang byk tp kalo dah byk gitu memang malas nak buat masak lemak.ehehe... sebab malas nak kopek kelapa... ;D

ana said...

mak akak ni jenis yg rajin...dia duk saje, dia kopek seme kelapa tu siap2...nk masak, belah jer kelapa yg dh siap dikopek tu...nk suruh akak kopek kelapa tu sndiri, alamaknya kelaparan la seme org kt umah tunggu abis kopek...kopek plak guna kapak,nk guna alat kopek kelapa yg khas tu (lupa la namanya) tak pandai + tak berani sbb mata dia tajam sgt...


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).