- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, August 18, 2009

Blueberry Cheese Tart

Aku mmg suka giler kt blueberry cheese tart. Bleh dikatakn tiap2 minggu aku beli kt bakery sbelah opis ku ini. Sgt sedap. Projek nk buat tart ni mmg dlm perancangn tp blom terlaksana lg due to time constraint. Insyaallah aku akan buat juga sbb klau buat sndiri bleh mkn byk2...hehehe...So sblom laksanakn projek tu, kna selak2 resepi dulu. Nah aku dh jupe resepi yg aku rasa very easy to follow. Thanx mamafami sbb post resepi ni kt blog mama, tdk lupa juga jeni...boleh la saya cilok...ampun tuan empunya resepi...


Blueberry Cheese Tart
Source : mamafami

PASTRY
Source : Chef Anuar

Ingredients :
160g butter
80g castor sugar
1 teaspoon vanilla
a pinch of salt
1/2 egg
250g flour

Method :
1. Beat butter and castor sugar till well combined. Add in egg, vanilla and salt.
2. Add in flour and mix till a soft dough is formed.
3. Keep in the regfrigerator for about 30 minutes.
4. Press into the tart shells moulds and prick some holes onto the pastry.
5. Bake for 20 minutes or until golden brown in a preheated oven at 180 C

FILLING
Source : Chef Alex Goh

Ingredients :
250g Philadelphia Cream Cheese
60g castor sugar
20g butter
1 egg (grade B)

Method :
1. Cream the above ingredients. Place in the piping bag.
2. Pipe the filling onto the tart shells.
3. Place a bit of blueberry pie filling on top and using a toothpick, make a pattern on top.
4. Return to the oven and bake for another 10 minutes, using the bottom heat only.




Blueberry Cheese Tart
Sumber : Jeni
Sumber : Alex Goh

SWEET PASTRY
*Berat pastri yang terhasil lebih kurang 780 g.

Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.


BLUEBERRY CHEESE TARTS

Bahan-bahan
300 g Sweet Pastry

Filling

Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula
25 g mentega

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
25 g whipping kream

Bahan D
20 g tepung

Blueberry filling

Cara-cara
1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.

Nota :-
* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.
* Untuk menjadikan permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot glaze supaya ia kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)
* Strain (tapis) blueberry filling tersebut supaya filling tersebut dapat keluar dengan lancar sekiranya menggunakan piping bag ketika menghias. (Ini terkena batang hidung sendiri hari tu, bila nak pipe buat bentuk spider web tak jadi sebab tersumbat-sumbat dan berbiji-biji)

3 comments:

Anonymous said...

Bagus kumpul resipi dulu Kak Ana... nanti dah buat jgn lupe hello kat kite tau! hehe

ana said...

beres...bisa diatur

MamaFaMi said...

Alang-alang dah buat tart shells untuk Blueberry Cheese Tart ni, spare la sikit untuk buat Fruit Tartlets... sedap tau!


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).