- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, August 3, 2009

Ikan Rebus Goreng Tepung

Korang pernah mkn ikan rebus goreng celup tepung tak? Aku rasa klau ikan segar yg dicelup tepung tu pernah la kot. Ptg ni aku masak ikan rebus celu[ tepung goreng tp ikan rebus tu bukan ikan yg kita beli siap direbus tu (cuba korang gi supermarket besar contohnya giant, msti korang jupe ikan yg dh siap direbus ni) tp aku pakai ikan yg direbus sendiri @ lbih tepat lg ikan singgang. Mlm td hubby ckp nk mkn ikan singgang tp ikan aye @ tongkol takde stok kt umah. Yg ada ikan kembung jer, so nak tak nak kna la masak gak. Sbenarnya tak best sgt singgang ikan kembung ni sbb isi dia tak manis (hubby yg ckp), so ari ni ada la lg balance. Nk mkn singgang lg mcm dh tak best, nk goreng cmtu pn dh biasa sgt so terfikir la nk buat celup tepung. Resepinya sebijik resepi kt bawah. & klau korang nk buat masakan ni tp tak dpt cari ikan rebus yg ready-made, aku sertakan skali resepi utk ikan rebus (resepi ni lbih kurang mcm nk buat ikan singgang & my mom biasa singgang ikan mcm ni sbb klau letak kunyit hidup & bawang putih, klau tak abis mkn mmg tak sedap bila hangatkan blik. So klau nk masak singgang dlm kuantiti yg byk, biasa mak aku masak sempoi cam gini jer. Mak aku biasa masak lebih sbb nnti senang nak letak dlm sayur lemak, cekodok & kadang2 dlm nasi goreng).


Ikan Rebus Goreng Tepung
Sumber :
trymasak

Bahan-bahan
1) Ikan rebus (3 ekor)
2) Tepung beras (1 cawan)
3) Santan pekat (1 sudu)
4) Air kapur (sedikit)
5) Serbuk kunyit (sedikit)
6) Garam (sedikit)

Method
1. Gaul sebati tepung beras bersama santan, serbuk kunyit, garam dan air kapur.
2. Celup ikan ke dalam adunan dan goreng hingga garing. Angkat dan hidang.


Ikan Rebus
by:
TryMasak

Ingredients
1) Ikan kembung (3 ekor)
2) Asam ( 6 keping)
3) Garam (1/2 sudu besar)
4) Air (1 cawan)

Method
1. Masukkan asam keping ke dalam periuk.
2. Letakkan ikan di atas asam dan masukkan air.
3. Taburkan garam.
4. Rebus kira-kira 5 minit.
5. Ikan rebus boleh dimakan dengan sambal dan ulam, atau dimasukkan ke dalam masakan lain.


2 comments:

blogresipi said...

Tak pernah makan lagi ikan rebus goreng tepung nie... macam best pulak...

ana said...

cuba jgn tak cuba...ni resepi yg mmg tak dirancang


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).