- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, August 2, 2009

Sambal Goreng

Aku suka mkn sambal goreng tp tak prnh buat sndiri. Mkn yg org buat. Nk buat mcm rumit jer. Tp bila dh kawin ni, sifat malas tu kna buang jauh2, nnti tak pasal2 suami cari yg lain sbb bini dia malas masak. Org ckp ni masakan jawa...ooo, patut la aku tak tau buat, my mom pn tak prnh buat sbb kami bukan org jawa. Aku suka sambal goreng yg agak basah, bukan yg kering tu. Tp kan klau aku nk buat kna taruk lauk lbih ckit la sbb hubby tak mkn sayur, tempe & tauhu. Ni lauk mlm td sbenornya. Resepi ni aku dpt dr satu program masakan kt tv. Aku dh ingat2 lupa resepinya tp nsib baik jd, klau tak, buat malu jer kt hubby sbb memandai jer masak benda yg tak prnh dimasak & dia tak prnh makan. Maaf yer puan2 sbb takde sukatan, main agak2 jer.


Sambal Goreng

Bahan: * kuantiti takde sukatan, main agak2 jer
Kacang panjang
Udang
Paru/hati lembu/hati ayam
Tempe - dipotong kiub
Tauhu - dipotong kiub
Cili merah & hijau - dihiris nipis
Santan pekat
Minyak untuk menumis

Bahan untuk menumis
Bawang merah - dimayang
Bawang putih - dihiris halus
Lengkuas - ditumbuk halus
Halia - ditumbuk halus
Serai - dihiris halus
Cili kering - ditumbuk halus * cili boh pn boleh
Kunyit hidup - ditumbuk halus * serbuk kunyit pn boleh
Sedikit belacan

Bawang goreng
Air asam jawa
Gula merah
Garam & gula secukup rasa
Air

Cara Membuat:
1. Mula2, gorengkan sebentar tempe, tauhu, udang, limpa/hati lembu/hati ayam & kacang panjang.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih sampai harum. Masukkan lengkuas, halia, kunyit, serai, cili merah & cili hijau. Gaul rata.
3. Masukkan cili kering, sedikit belacan & air asam jawa. Gaul lagi.
4. Masukkan udang, tempe, tauhu, paru, kacang panjang & bawang goreng. Kacau.
5. Terus masukkan santan & kacau rata.
6. Masukkan gula merah, garam & gula secukup rasa.
7. Biarkan ia agak kering, angkat & boleh la dihidangkan.




Sambal Goreng
Sumber :
kak elle

What you need:-
Sliced 4-5 garlics
1 inch lengkuas
3-4 serai
5 red chilis
blacan will be used later
Tofu
Tempeh
Prawns all cleaned
Long beans also sliced
Chillie paste
Asam jawa
Bawang goreng
Santan
Air
Garam & gula

Method:-
1. Fry your tofu and tempeh first and put aside to cool.
2. In a frying wok heat up 3tblspoon of oil and tumis the sliced ingredients.
3. Add 2 tablespoon cili,2tblspoon fried shallots(for those who are cili queens can add more cili).
4. Tumis till fragrant add in the blacan (mixed with a bit of santan)
5. Stir in the prawns and long beans.
6. Squeezed the asam with some santan too ..... cook for few minutes.
7. Add the fried tofu and tempeh.
8. Pour a about 1 tablespoon of santan and a bit of water.
9. Add salt and sugar to taste.




SAMBAL GORENG BANJAR
Gambar :
resipidiana

Bahan-bahannya
2 paket kacang buncis, dipotong 2 inci panjang
3 biji kentang, dipotong memanjang
10 ekor udang, dibersihkan
15 tangkai cili padi thailand, dihiris
2 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih
1 kotak santan
1/2 cawan bawang goreng
sedikit asam jawa (sebesar telur ayam)
3 cm belacan
3/4 cawan air
1 sudu teh garam
2 sudu makan gula
serbuk perasa, jika suka
minyak memasak untuk menumis

Cara-caranya
1. Ramas belacan dan asam jawa bersama air. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, kemudian goreng kentang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula kacang buncis setengah masak. Angkat dan ketepikan.
4. Tumis bawang putih, cili padi dan bawang besar sehingga naik bau. Kemudian masukkan bancuhan belacan dan asam jawa tadi. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
5. Masukkan udang, bila udang telah masak masukkan santan pekat dan bawang goreng.
6. Masukkan juga kentang dan kacang buncis. Bila kuahnya mendidih, angkat dan boleh dihidangkan.

Nota: Jika tak nak pedas boleh gantikan cili padi thailand dengan cili merah.




♥Sambal Goreng Pengantin (1)™
oleh:
kak fida

Bahan-bahan ( 20 orang +- )
1 kilo daging *
1 kilo paru *
1 kilo hati lembu *
@20 tangkai cili kering
@3 biji bawang besar
@ 10 ulas bawang putih
@1/2 jari halia
@ 2 hiris lengkuas
@ 8 batang serai - hiris
10 tangkai cili kering - cuci,gunting serong dan goreng garing.
2 cawan bawang goreng
1 cawan air asam
garam dan gula secukup rasa
Secukup minyak utk menggoreng dan menumis.

Cara-cara
1.Bahan bertanda * direbus,didadu kecil dan digoreng berasingan.
2.Bahan bertanda @ dikisar halus.Panaskan minyak dlm kuali dan tumis hingga garing. Masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa.
3.Masukkan bahan yg digoreng dan gaul rata,tambah sedikit air dan masukkan cili kering goreng dan bawang goreng dan gaul lagi hingga rata dan sebati. Masak hingga rata.
4.Sambal goreng ini jangan dimasak terlalu kering,biar basah2 sedikit.

2 comments:

blogresipi said...

Adeh...sedap plak tgk sambal goreng yg bermacam macam jenis tue...

ana said...

:)...rambang mata kan tengok resepi2 ni smpai sy sndiri tak tau nk cuba yg mn...


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).