- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, August 16, 2009

Ikan Goreng Garing

Boring2 mkn ikan goreng biasa tu, apa kata kita cuba resepi di bawah ni. Resepi ni aku cilok kt satu website indonesia. Nsib baik ada pekerja indonesia kt comp aku, so bleh la refer kt diaorg istilah2 yg agak pelik bg aku. Aku masak ni utk lunch td. Boleh ratah mcm tu aje, nk mkn dgn nasi pn boleh. Sedap.


Ikan Goreng Garing
Resepi asal :
Odilia Winneke - detikFood

Bahan:
4 ekor ikan salmon/kembung - dibersihkan
2 ulas bawang putih - parut/ditumbuk halus
1 sdt garam
minyak goreng

Tepung gorengan
75 g tepung beras
1 sdm tepung gandum
1 sdt garam
1/2 sdt lada sulah
100 ml air (lg bagus jika guna ais)

Sos
3 sdm sos tomato
1 sdm sos cili
1 sdm kicap manis
1 sdt cuka masak
1/2 sdt gula pasir
1/2 sdt garam
1 sdt tepung kanji
75 ml air
* dimasak bersama hingga menjadi pekat/likat

Cara membuat:
1. Buang kepala ikan, hiris membujur kedua sisi badan ikan hingga mendapatkan 2 keping hirisan daging ikan pada tiap ekor ikan.
2. Lumur daging ikan dengan bawang putih dan garam. Perap selama 30 minit. Toskan.
3. Panaskan minyak yang banyak di atas api sedang. Celupkan sepotong daging ikan ke dalam adunan tepung gorengan dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
4. Sajikan ikan dengan Sosnya dan tabur dengan kucai atau daun bawang hiris.

2 comments:

blogresipi said...

Kak Ana, mekasih wish besday kat kite... hopefully akak sihat2 selalu... psst, ikan goreng garing ade lg tak? nak!!! hehehe

ana said...

dh abis ler...meh la umah, bleh akak sediakan...nk post jauh sgt


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).